Assalamualaikum semua. Terima kasih rakan di twitter kerana memberi topik yang menarik untuk dibincangkan. Soalannya ialah "Adakah personaliti atau perangai seseorang tu boleh melambangkan dengan cara pemanduan dia?" Soalan ini subjektif dan bagi saya seronok jugak kalau boleh buat research pasal ni.
Saya pernah alaminya sendiri, bila di selekoh perumahan kawasan kediaman saya memandu 35 km/j atau lebih kurang dari ini tapi akhirnya saya mendapat 'jelingan yang tajam' dari pemandu yang ingin laju. Memang pada mula, rasa bengang di hati...tapi bila dipikirkan balik waktu tu sudah 5.30 petang dan hanya di pikiran waktu itu, "ohhh, dia nak amik anak kat nursery kot...kalau lambat nanti kena caj kan.."
Macam mana pulak situasi bila anda cuba masuk ke laluan yang lain, bagaimana reaksi pemandu lain bila anda ingin masuk laluan lain? walaupun dah diberi signal..ada yang bertimbang rasa, ada yang tidak sabar bukan? Perkara yang pernah saya alami, saya mengambil masa 10 minit untuk ke laluan lain gara-gara kesesakan waktu tu. Last sekali, saya turunkan cermin tingkap kereta, angkat tangan seolah-olah berkata, "Boleh saya nak lalu..?" (walaupun memang tengah cakap cuma tak berapa kuat) dan akhirnya dapat masuk laluan lain.
sumber gambar dari Google |
Kita juga boleh buat judgement jika pemandu bertindak sedemikian..cuma adakah judgement itu akan jadi positif atau pun negatif.. Jadi apa pandangan anda? Pernah alami perkara yang sama atau yang lebih 'luar biasa'? Anda boleh ceritakan disini..
baru amik gambar pagi tadi pasal ni... hu hu hu... personaliti vs pemanduan...
ReplyDeletetak suka ngan pemandu yg pentingkan diri... buat jalan tu macam moyang dia yang punya.. sabar ajela.. kena saling tolak ansur
ReplyDeletememang tak suka pagi2 menghadap jem...paling tak suka org yg potong q tu.....hampeh!!!
ReplyDelete