Monday, March 04, 2013

BIG BAD WOLF BOOKS!!!


Hai semua.. Semalam saya pergi ke BIG BAD WOLF di MINES. Semalam juga hari jadi adik saya dan dia berasrat untuk ke sana.  Kebanyakkan buku harga dari RM1 sehingga RM20. Jadi rambang mata la bila nampak banyak buku tu.. Sampai je di sana, tengok ramai orang di sana terutama pelajar yang kebanyakkan guna voucher buku. Semua dengan membawa kotak, beg besar malah ada yang bawa bakul beroda untuk bawa buku.

picture from google
Apa yang saya beli?? Ada la. Hehehe.. Boleh tahan la kan..Hasil gabungan buku saya dan adik-adik saya.


Masa tengah nak cari buku ada jugak rasa sedih. Nape? Sebab ada buku saya beli dalam 2 tahun lepas harga belas-belas (tak ingat harga sebenar) tapi bila nampak buku tu ada kat BIG BAD WOLF ni haaa!!! RM5??? urghhhh!!! hehehe... Jadi nasihat saya, bila ada event macam ni...ladies, please..jangan pakai heels.. tak seronok nanti nak shopping sakan. Sebab tu yang saya alami.. 


Gambar ni beg yang kami sekeluarga guna.. Kalau boleh nak tambah lagi.. Tapi cukup la.. Harap ada lagi BIG BAD WOLF BOOKSALE ni.. jadi untuk tahu semua update tentang event ni, boleh layari facebook Big Bad Wolf Books. Ohh, saya nak mula membaca la ea kawan-kawan.. Bye~~

Post a Comment

Bye 2017 and Hello 2018 for Anisa Anuar official blog

Hi semua. Ambil kesempatan dalam post ni nak ucap terima kasih sepanjang 2017. Segala keringat dan gelak tawa tidak akan ku lupakan sampa...

Cerita Panas Blog Minggu Ini