Thursday, August 30, 2012

Beraya di Rumah MB Perak (Hari Raya Pertama)


Assalamualaikum kepada semua... entry kali ni nak cerita pengalaman beraya di rumah Menteri Besar Perak bersama sepupu saya, Alya dengan Sarah.. Cadangan datang dari Sarah..katanya tahun-tahun sebelum ni, MB Perak bagi duit raya sangat banyak.. jadi, dengan tak tahu apa akan terjadi terus buat keputusan untuk pergi Rumah Terbuka MB Perak.. katanya open house tu start pukul 2.30ptg jadi kami sampai sebelum 2.30...tu pun ramai orang..yang amat..nak masuk rumah MB tu pun...wooo ramai giler orang.. my uncle and aunty drop by kat tepi jalan...tu pun tak boleh lama..

ramai sangat-sangat... ingat nak terus serang dapatkan duit raya...tapi hold kejap dan terus cari makanan.. ada gerai lemang, cendol, ais-krim, nasi beriyani.. 
nak cari tempat untuk makan pun satu hal...sebab ada experience time raya terbuka di UiTM jadi saya bagi cadangan makan kat area depan bangunan terdekat..

dah selesai makan...tiba-tiba ada announcement, duit raya dah sedia untuk diberi kepada kanak-kanak yang hadir... dan kami tak tahu mana nak amik...dengan memberanikan diri Sarah pergi tanya kepada seorang amoi..tapi amoi tu macam tak paham...last-last ada pakcik perasan kitaorang pergi tanya orang...pak cik tu pun beritahu kat mana nak amik duit raya...dah sampai di tempat nak amik duit raya tu...woooooooo...ramainyaaaaaaaaaa orang...
picture credit to Alya and Sarah
tengok berpusu-pusu...kami datang lewat sikit,kalau tak...dah berpeluang dapat duit raya... start je kami menunggu tiba-tiba keluar pulak syarat nak dapat duit raya...semua ibubapa berusaha supaya anak-anak mereka dapat duit raya...

"kanak-kanak yang layak terima duit raya 12 tahun ke bawah dan warga OKU"

sah-sah la kami tak layak...banyak kali jugak kami bertekad nak amik...try nak mencelah-celah...last-last nak masuk pintu tu ada 'tapisan' jadi...
saya cakap "kita give-up je la k...bukan rezeki kita la"

muka kecewa tak dapat duit raya
hahaha...balik je dari rumah terbuka ni...habis semua satu rumah dah tahu... memang pengalaman yang best untuk hari raya pertama... terima kasih pada Alya dengan Sarah sebab ajak saya beraya kat rumah MB ni...tak boleh lupakan la...

Tuesday, August 28, 2012

Segment Heartbook: #2


Assalamualaikum... hari ni terasa nak ikut segmen dari blogger ni.. klik sini
dah lama sangat tak ikut segmen dari blogger...dah sampai masanya...
jadi, syarat pertama letak tajuk done... second macam biasa copy banner, sat na...

done...follow blog ni pun dah...lama dah...cuma selalu jadi silent reader aje...syukur kerana diberi pilihan untuk tiada paksaan dalam tag blogger lain...tapi kalau ada yang nak ikut, tak ada la salahnya...

"Apa yang best bila tibanya Hari Raya...."

yang bestnya bila hari raya ialah tiap-tiap tahun mesti beraya di Ipoh... pakai baju baru itu menambahkan lagi semangat nak beraya... raya kali ni dapat saya melaksanakan Solat Sunat Hari Raya...
bermaafan di rumah atok,beratur panjang untuk bersalaman dah jadi perkara mesti buat di pagi raya..
memandangkan saya ni cucu pertama, maka saya yang paling depan..
duit raya...dulu memang paling excited kalau dapat...dah tua-tua ni...tak berapa nak kisah sangat..
adik-adik saya beratur panjang...hahaha bunyi macam ramai je kan...saya ada 5 beradik je..so, mereka salam tapi memandangkan adik-adik saya lebih ramai hero...nak tengok mereka menangis sampai berair mata tu belum pernah berlaku lagi la..

tapi yang paling excited ialah MAKANAN yang sangat-sangat best...tiap kali berkunjung di satu rumah makan, makan lagi...dan lagi..lagi...woooo
saya paling suka rendang tok...tahun ni saya berpeluang untuk belajar buat rendang tok ni...boleh buat lagi la tahun depan...

gambar dari dalam kuali lagi nieh
boleh katakan semua tentang raya saya suka..tu saje la dari saya...bagi sesiapa nak join segmen ni...sampai 30 Ogos 2012...

Monday, August 27, 2012

Betul ke zalora.com ada problem?


Assalamualaikum kepada semua.. semalam update status kat facebook..


betul ke zalora.com ada masalah?? saya ni pun baru tahu.. iklan zalora.com dah dimainkan, jadi kiranya ok la kan... itu pendapat secara pintas dari saya.. semalam sambil usha zalora.com banyak yang cantik...especially kasut..uihhh boleh jadi rambang mata...

ada yang cakap zalora.com dapat bad feedback..saya tak berani nak cakap apa-apa, tapi saya sangat hargai keprihatinan kawan-kawan saya yang mengatakan untuk lebih berhati-hati dengan zalora.com...
boleh baca pengalaman sendiri blogger ni klik sini

ni pun sebenarnya nak usha zalora.com tapi sekadar cuci mata je...nak membelinya, tak pe la...simpan duit lagi ok kot.. belum jadi satu keperluan untuk shopping..apa-apa pun kalau betul apa yang dikatakan yang zalora.com ni ada problem, elok la mereka yang berkenaan cepat-cepat setelkan...

Sunday, August 26, 2012

lama tak update blog: raya version 2012


Assalamualaikum korang dan hai2... maaf dah lama tak update blog.. macam banyak benda rasa tak sempat je.. ni pun curi-curi time nak update something.. dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua blogger mahupun silent reader blog yang ku cintai ini.. Maaf andai ada entry dari blog ni buat anda sentap, kurang selesa dan mungkin annoying (mungkin hahaha) 

Insya-Allah from time to time akan update blog ni.. banyak benda nak cerita..tapi takut korang je tak terikut ceritanya hahaha.. hopefully la banyak.. tipu la tak rindu nak blogging dan blog-walking.. mana yang dah blog-walking tadi, dapat la lepaskan gian sikit.. 

raya kali ni amat bermakna bagi saya.. banyak rumah pak cik,mak cik yang dapat dikunjungi.. walaupun tak beraya di rumah kawan...maaf yea.. sebab tolong parents kat rumah melayan tetamu...jadi niat nak beraya kasi cancel la...hehehe.. apa-apa pun terima kasih kepada yang sudi jemput..



Wednesday, August 15, 2012

New drama series: Jane By Design


hye guys... it's been awhile.. I just watch this new hit drama Jane By Design on Astro channel 722 Star World HD or 711 Star World.. This drama are amazing to me.. I already watch 2 episodes.. Fashion, Boys and School are full package. Jane is still high school student and at the same time work as fashion designer..
Her double life as a student and fashion designer always make me so curious about her. She is such passion on her work, very descent, smart and always accept challenge..

What I like about Jane By Design?
All awesome clothes...feel like in a runway fashion show..tonnes of dress, shoes, bling bling....I do feel I want to be like her..just in my dream.. Do what you like that is what I learn from this series...be creative, take a chance, make decision even it is risky too many to list it down...so,you guys should watch it too...


Tuesday, August 14, 2012

Tahun ni Beraya di mana??


Assalamualaikum semua... diharap semuanya sihat sahaja.. 
Tiap kali raya 1st orang akan pikir balik kampung kan? 
tak kisah la, kampung kita tu kat area bandar ke atau memang kawasan kampung...

 jadi...mana korang beraya kali ni???

saya pulak macam tiap-tiap tahun dari saya dilahirkan sampai la sekarang...
akan beraya di Ipoh,Perak.. kampung belah keluarga mummy saya..
tak pernah nak rasa jemu untuk beraya kat Ipoh..

cuti raya pun dah nak dekat.. 
ada pesanan penaja sikit ni..
diharapkan anda dapat merancang perjalanan anda untuk pulang ke kampung halaman dengan selamat... ingat orang yang tersayang..
jangan lupa kasi service dulu itu kereta korang yea...
kalau ngantuk,tidoq dulu kat mana-mana kawasan R&R



Sunday, August 12, 2012

book review | Chicken Soup for the Soul:Tough Times for Teens


Assalamualaikum and hello everyone. For today book reviewing, I would like to share one of my book collection entitle Chicken Soup for the Soul: Tough Times for Teens.

Summary:  A collection of 101 true personal stories about the hardest parts of being a teenager. Substance abuse, sexual abuse, self-destructive behaviors, eating disorder, love gone wrong, family issue and death of love one are being cover in this book. Each of the story is written by other teen who overcame their challenges and found happiness and meaning in their lives.

It is an interesting book to read especially teenagers out there who live in fear of the hardest parts being a teenager. Totally being inspired by them who have courage to let others know their story.

In my opinion, this book sure give a lot of lesson for all teenagers, like myself to survive our  youth time...Based on true story from people who live with tough time and believe to help others who might be in the same situation.. 

please ignore the 25% Off there,okay?

Friday, August 10, 2012

Misi Mengemas Rumah


Assalamualaikum dan hye semua... Bulan puasa kali ni terasa panjang bagi saya. Mungkin sebab saya bercuti, tu yang rasa panjang.. Misi mengemas rumah ni sememangnya rasa tak pernah habis disebabkan ada adik kecik ni... Mengecat rumah, kemas bilik, buang apa yang tak patut contohnya kertas-kertas sejak zaman SPM lagi, baju yang tak muat dan jarang guna diberi kepada kepada yang lebih memerlukan...

kenapa perlu tunggu nak raya baru nak buat? mungkin ada yang akan cakap, kan lebih elok jika konsisten maknanya tak perlu nak time raya baru nak buat... tapi bukan ke time raya orang nak datang ziarah-menziarahi, sanak-saudara berkumpul.. apa-apa pun alasannya bagi saya, itu la masa yang sesuai untuk melaksanakan misi mengemas rumah... 

harap kan semua kawan-kawan di luar sana pun melaksanakan misi mengemas ini...

Monday, August 06, 2012

Olympic London 2012: game pilihan anda?


assalamualaikum semua... semalam kita digegarkan berita yang Dato' Lee Chong Wei merangkul pingat perak untuk acara badminton. Beliau sememangnya hero Malaysia.. bukan rezekinya untuk dapat pingat emas.. apa-apa pun kami penyokong Dato' Lee Chong Wei akan sentiasa sokong beliau..

Olympic 2012 memang event yang menarik untuk kita tengok.. 

apa game pilihan anda??

saya punye pilihan ada 2 game.. basketball dan cycling.. antara game mesti ikut.. mungkin sebab minat la kot.. tak ada favourite team, cuma suka game tu..basketball tu lebih tengok team USA. maklum la majority dari mereka NBA Player. Cycling?? baru paham cara permainan, rasa macam menarik...tu yang suka...  korang pulak bagaimana?
akhir sekali, semoga berjaya kepada kontinjen Malaysia...bawak lagi banyak medal.. make us proud.. chaiyok3!!

haaa!! esok Dato' Lee Chong Wei akan tiba di KLIA pukul 6.30pagi..siapa berkelapangan, lepas solat subuh...pergi sambut beliau hehehee...

p/s: kalau boleh dapat full data game Olympic London 2012 ni...dengan kerajinan dan keazaman...teringin nak test performance game...siapa yang perform..team mana ada potensi, ada strategi...semua tu dengan kalau la...

Senang ke nak berfikiran positif?


Assalamualaikum dan hye kepada semua... pagi ni nak bagi otak tu berfikir sebentar... kita memang sentiasa diingatkan untuk bersikap positif. Bila kita bersikap positif, semua perkara yang mustahil jadi tidak mustahil (betul kan, tak terbalik kan ayat ni?? hihihi) 
bila berlaku sesuatu perkara yang boleh melemahkan semangat kita..kawan-kawan yang tak beri dorongan..untuk menanganinya harus berfikiran positif..
untuk buat orang lain berfikiran positif itu memerlukan bakat juga taw.. tak semua orang boleh lakukannya...

mungkin ada yang cakap, "alarhh kalau takat cakap je...aku pun boleh buat.."
pada pendapat saya, untuk sentiasa berfikiran positif memang susah bagi saya...tapi...kena buat secara konsisten..dan perlu selalu muhasabah diri...letak kan diri kita pada keadaan orang lain.. 

kepada kawan-kawan yang lain...teruskan berfikiran positif..saya pun akan berusaha untuk melakukannya juga... ini sahaja dari saya... 

so, BE POSITIVE!!!

Thursday, August 02, 2012

music of the day: Music Never Sleep by Jason Chen


I like to share this with you guys...
the melody, rhythm and lyrics are the best..


pesan yang pernah ku dengar


Assalamualaikum dan hye semua... salam ramadhan buat semua... 
teringat masa kecik, mummy saya cakap macam ni...

"jangan mandi jauh sangat (pantai), kat sana ada ikan jaws"


time tu sebab takut sangat, percaya la sebulat-bulat nya...bila dah besar ni...rasa geli hati bila pikirkan balik pasal ni...korang pun ada gak kan..
sebenarnya nak cakap kalau mandi jauh tu kan makin dalam...lemas baru tahu..
masa kecik, lagi dilarang...makin nak dibuat...
ada la hikmah nape mummy cakap macam tu...

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post