Thursday, February 28, 2013

3 Perkara yang mesti dihentikan segera


Assalamualaikum...dan hai semua.. Nak kongsi sesuatu dengan rakan-rakan blogger saya..
Terdapat 3 perkara Yang MESTI (dan harus) dihentikan dengan segera jika anda mahukan blog anda dipertonton dan dapat lebih ramai pengikut setia.. 

1. Berhenti dari menjadi (isi tempat kosong)

(isi tempat kosong) tu merujuk pada "professional" , "kesempurnaan" dan apa sahaja.. Apa yang penting adalah menjadi diri ANDA sendiri.. Itu permulaan idea untuk karya blog anda.. Jangan segan ekspresikan ketidak sempurnaan anda.. Ingat!! Tidak ada siapa yang sempurna.. Kongsi pengalaman dan cerita. Memang akan ada orang yang menilai tapi anda lebih kenal diri anda berbanding diluar sana..Betul kan??

2. Hentikan meng'spotlight' kan diri anda dan serlahkan potensi anda

alamak..meng'spotlight'kan tu bukan bahasa yang betul okay.. maksudnya blog bukan la sebabkan diri kita semata-mata tapi dalam sekaligus boleh memberi manfaat pada orang lain..itu sebaiknya.. Ubahkan cerita anda kepada kawan-kawan, blogger lain atau pengikut anda sebagai contohnya. Potensi pula lebih kepada bakat anda sama ada fotografi, doodle, editting dan apa sahaja.

3. Berhenti dari merisaukan "traffik" blog anda

Yea..ini memang betul.. Jangan risaukan stats dan jangan terlalu obses dengan nombor trafik. Memang betul kita akan lagi teruja bila ramai baca post kita tapi ingat pembaca kita bukan la nombor semata-mata. Pembaca kita tu la yang akan kita bantu dan boleh memberikan manfaat kepada mereka.

Selain ada ukur kejayaan anda dengan bilangan pembaca.. apa kata tukarkan arah kita kepada berapa ramai kenalan kita yang telah terjalin, ukhwah sesama kita dan saling bantu-membantu secara langsung atau pun tidak langsung. Saya percaya dengan memberi pengetahuan yang bermanfaat dan berguna pada orang lain secara konsistennya, pembaca setia anda akan makin bertambah.

Saya pernah berada dalam 3 perkara ini jugak.. Cukup perkongsiaan saya untuk 3 perkara dan mungkin ada diantara anda ingin menambahkannya. Jadi, mulakan semangat baru untuk hari yang akan datang.


Wednesday, February 27, 2013

27 Febuari pada lima tahun yang lalu


Assalamualaikum dan hai semua.. apa yang berlaku 
masa 27 Febuari pada lima tahun yang lalu? kalau ikut perkiraan la kan..
guna jari je nak kira..kalau takut konfius..

Let's the picture give you a clue..


masa tu tengah tunggu nak dapat result SPM.
Dengar je kat radio yang BSB nak datang Malaysia, terus suruh abang sedare belikan tiket..
tapi yang paling kelakar, dah beli tiket..baru terpikir saya nak pergi dengan siapa..
dan memang time tu tak pikir.. tahu nak pergi jumpa je..

Boleh dikatakan ni adalah first concert yang saya pergi..
dan...nak terima kasih kepada abang sedare ku..menjadi body guard la konon..
kesian selama setahun dia jadi bahan sebab muka rock tapi
pergi concert boy band.. hehe.. katanya, teringat lagu zaman sekolah
time ayat-ayat budak perempuan dulu..

memang sesak sangat hari tu.. sampai sekarang la ingat..
disebabkan free sitting kan..kat Sunway Lagoon Theme Park tu..
jadi kami decide untuk jauhkan diri dari speaker..bingit woo..
sepanjang concert memang nyanyi sama..bila BSB kat pentas
rasa macam...tak sangka dapat jumpa..minat diaorang ni sejak umur 5 tahun..
membesar dengan lagu BSB la katakan..

Tarikh dan hari yang sama.. 
Ada jugak niat dihati nak pergi je dapat kan tanda tangan 
buat kerja gila..pergi back stage..tapi masa tu kebudak-budakkan...
Mana tak nya..first album yang saya ada dari BSB la..
Boleh katakan semua lagu la hafal.. Fanatik? Boleh la..

*tiket ada lagi simpan dalam album BSB Unbreakable* 

ohh hey...sekarang pun minat lagi..walaupun mereka dah..hehehe tua sikit..



#48 WW


Assalamualaikum semua..hai jugak..


for more picture about what I do and see, follow my instagram @nysa14

Monday, February 25, 2013

Hasrat Saya...


Assalamualaikum semua... Beberapa post yang lepas saya banyak cerita pasal
buku kan...boleh katakan..tu hobi saya sekarang ni..
walaupun ada masalah sikit..bila baca mesti ngantuk hehe..
bed time story kan.. nak buat mcm mne..

Hasrat Saya....nak ada library sendiri..

kredit gambar New Tech

nak letak semua buku yang saya ada...
pastu biar semua orang boleh guna..tak perlu ada kad library
or pustakawan ke... hehehe
besar kan hasrat saya...harap iye nya menjadi kenyataan...

Sunday, February 24, 2013

"2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away"


Assalamualaikum semua..
Wahh...dah 2nd year dah...ingat lagi tahun lepas saya join 1st give away anniversary..
tahniah yea remy... Jadi...nak tunjuk sokongan padu nak join la..


fuhhh...nasib baik sempat lagi nak join.. tengok ramai yang join..
lagi la rasa nak join...cepat kalau yang tak join tu tarikh last 28 Feb pada pukul 2359

kesempatan join give away nak ucapkan terima kasih pada remy,
sebab tak putus-putus singgah sini...walaupun blog ni
agak sepi sejak kebelakangan ni...
good luck pada remy...dan pada yang dah join atau bakal join..
rugi tak join give away yang ohsemm ni...hehehe..
*tiada unsur-unsur bodek di sini...*

My Reading > The Statistical Probability of Love at First Sight


Hello everyone.. I would like to make quick review on my latest reading novel.

 The Statistical Probability of Love at First Sight

It is story of two strangers meet at the airport and in one day
it became the worst and turn out to be the best way in the end..
Hadley is an American girl and Oliver is an Britain guy would not guess their 
long night on plane could change everything..
 All along I read this, I was "awhhh...that's sweet.."

I am recommend this book for you guys out there to read.
There's a climax but not so complicated twist..
which easy to everyone can relate in real life..
 It seems I read more romantic love story huh? *blushing*
Happy Reading everyone!!!

"It is when fate and love are correlate with probability" 

so...what book should I read next..

Friday, February 15, 2013

Apa saya cari bila beli buku novel?


Assalamualaikum semua...ohh hai jugak.. Sejak dua menjak ni, layan novel-novel yang ada kat rumah ni.. Walaupun sekarang dah tak pandang buku novel gara-gara ada e-book ni...tapi..bagi saya lebih suka baca buku tu sendiri walaupun ada e-book.. Jadi apa yang saya cari bila baca buku...???

1. Saya tak ada spesifik pengarang yang saya minati.. Malangnya.. Tapi kalau dah minat, walaupun bersiri...saya beli la.. Tipu la kalau saya tak layan buku J.K Rowling..Walaupun lambat dari peminat yang tegar..tetap layan..

2. Kalau cerita tu guna watak nama saya.. alahai... hehehe bak kata orang, lebih menjiwai la konon.. Walaupun watak sampingan...tapi lagi best kalau watak utama..

3. Baca sinopsis buku tu...dan ada kena-mengena dengan diri sendiri.. lagi cepat rasa nak baca..

4. Menang banyak award...ada pengiktirafan.. tu pun boleh tarik minat nak baca..

5. Bila novel tu di-adaptasi..jadi filem atau drama...tapi pelik, nape saya tak terlayan cerita Setia Hujung Nyawa.. ohh, jangan salah paham..bukan tak suka cerita tu..cuma waktu penyiaran la kot yang tak berapa nak mengizinkan..

6. Lebih pada novel English dari Melayu.. ada jugak novel Melayu, tapi banyak lagi English...mungkin sebab pengaruh mummy saya la ni.. 

Saya belum pernah cuba baca buku non-fiksyen.. Nanti ada masa nak baca la.. Harap saya boleh bacanya sampai habis..kalau tak...buku tu yang baca saya nanti...


Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post