Tuesday, November 06, 2018

PENCARIAN BLOGLIST DECEMBER 2018 OLEH AIRAH SYAHIRAH


Hi semua. Hari ni ada kesempatan nak join bloglist. InsyaAllah ada kesempatan lagi Nisa akan blog-walking la ea. Nisa dapat tahu pun dari blog sayidahnapisah.

Klik banner untuk join sama
Klik banner untuk join

Nisa dah follow blog Airah. Tak sabar nak baca post yang lain. Berkenalan dengan cara penulisan. Mungkin tak berapa accurate tapi boleh kenal kan? hehe~~

Nisa nak share post yang Nisa post 2016 haritu dan Nisa rasa valid lagi untuk share.
Tips memilih pengasuh

Salam perkenalan dari Nisa kepada yang bakal terjah blog Nisa ni.

Ibu kuat menyakat


Bila dah ada anak ni, lebih-lebih lagi dah 2 tahun banyak ragam nak kena layan. Baru la tahu macam mana ibu bapa kita nak handle kita. Not easy task. Dapat pulak ibu yang kuat menyakat, anak pun sama pandai menyakat kita balik. Hahaha macam kena batang hidung sendiri. Hadap aje la labu, anyway... seronok plus geram dengan si kecik sorang ni.


Pada yang kenal, ada yang tanya "why ha..your daughter macam overly attach dengan auntie dia and not you.."

Macam biasa ibu ada jawapan, "because I always say NO to her and her aunt always say YES.."

I don't mind pun, in fact later she will looking for me. That's one thing for sure. Definitely sure.
So, if you guys ada anak buah, sebenarnya role auntie and uncle ni sangat memberi impak taw. Sama ada korang jadi auntie or uncle yang garang ataupun yang super sporting dapat membantu dalam membentuk si kecil kita ni.

Keep it up to be awesome and always support them (especially on their emotion).

Daripada, ibu Maira yang masih belajar untuk menjadi ibu yang awesome.

Tuesday, October 30, 2018

Limited edition NESCAFE Americano without sugar

Picture from Google

 
Today's entry I will like to write about this limited edition Nescafe Americano.
In conjunction with Coffee International Day, I just try out this Americano which I bought Shell petrol station.
 
What was it? The taste? If you guys use to Americano flavor, then you must try it.
 As for me, not my coffee type. But as compare other Americano I've tried before, this Americano definitely I can finish it.
 
Let's try it now..
 
Anisa

Sunday, October 28, 2018

Berita gembira untuk hari ini


Bila sudah jadi cikgu tuisyen, tidak apa yang lebih menggembirakan bila student kita dapat keputusan yang baik. Student yang Nisa ajarkan ni dari PT3 sampai hari ni untuk menduduki SPM. Nisa ajar subjek English.

Hari ni dah lama tak dengar khabar dari student. Gembira dihati bila parent ceritakan keputusan trial yang sangat memberansangkan.


Walau apa pun, Nisa bangga sebab preparation dari form 4 memberi hasil untuknya. InsyaAllah beri yang terbaik setiap pekerjaan kita. Mungkin bukan sekarang hasilnya, jika dengan izin Allah akan membantu kita di masa depan. 

Mudah-mudahan diberi kesempatan untuk bantu lagi adik-adik kita untuk menghadapi peperiksaan yang penting buat mereka.

Anisa Anuar

Friday, October 19, 2018

My Pre-loved Books


Hi all~~

Hari ni nak share buku-buku yang Nisa nak let go. Banyak ke bukunya? Boleh la banyak.

Kenapa Nisa nak let go kan buku yang ada ni?

 

  • Banyak beli buku tapi end up baca tak habis. Passion untuk buku tu macam hilang *puuff* Jadinya bagi Nisa dari tak baca, better let-go kan sahaja. Ada je buku favourite, biasanya memang akan simpan la..sayang gituu..
  • Nak beli buku lain pulak. Geram je tengok buku yang ada.
Nah ni buku yang Nisa nak let go.

Bila baca buku ni cermat bukak...habiskan dalam 1 hari setengah je.
 
Siap balut & tak tulis pape dalamnya
 

 
Siap balut rapi, seperti 1st day saya beli.
 
Bila baca, bukak dengan cermat. Kisah inspirasi & buat kita berfikir tentang kita.

Pada yang berminat dengan mana-mana buku yang ada, boleh email ke anisaanuar@gmail.com
Harga Nisa akan mention dah include postage. Feel free untuk share dengan kenalan atau kawan yang tengah mencari.

Friday, August 31, 2018

Ter-pelajar kah mereka?



Hi semua. Biarkan Nisa buat bebelan untuk hari ni. Setelah sekian lama, Nisa rasa perlu ada tindakan.Perkara ini berlaku di kawasan dimana penempatan pelajar sangat tinggi dan menimbulkan rasa kurang selesa pada yang lain. Banyak kali diperhatikan dan ada juga teguran yang dibuat. Sepertinya, mereka tidak seperti orang yang ber-pelajaran.

Bagi Nisa, adab ini perlu istiqamah perbuatannya. Sentiasa perbaiki dan perbaiki diri. Pelajaran adab ni bukan lah teori semata-mata tetapi perlukan ada sifat kemanusiaan, rendah diri dan 'common sense'.

 
timbunan sampah
Jadi buat kalian, apa perlu dibuat? Jika anda ialah jiran kepada mereka ini, anda tutup mata - buat tak tahu sahaja atau buat sesuatu untuk tanggani.

Kepada perilaku yang berkenaan, segala tindakan ini boleh track.. kalau sampah yang dibuang, barang atau sampul belian online - kami akan dapat alamat dan paling best ada nombor telefon sekali. Jangan risau tak adalah sampai nak santau-menyantau (that is sooo NOT my style) boleh kot kita hantar longgokan dan timbunan sampah di alamat rumah anda. Macam ni lah, dah besar kan? You guys know what to do. Kalau tak tahu, feel free to ask. Tanya "Boleh tahu tak nak buang sampah kat mana?"

Sampai soalan "Macam mana ea nak buang?"

Hakak pun boleh layan la. No worries. Budak-budak kecik yang umur 2 tahun pun, tunjuk 2 ke 3 kali dah pandai nak buat.

Walaupun duduk jauh dari keluarga, tetapi diri kita sendiri tu bawak nama dan tunjuk ajar mereka kepada masyarakat. Macam "ehh baiknya budak tu, anak siapa? Pandai mak bapak dia ajar..."

Ke korang ni memang meminta untuk dimaki?

Hahaha, jangan marah lah.. gurau aje..

Okaylah cukup nak bebel ni. Ingat taw, biar kita tak berapa nak pandai tetapi adab ni jadi 'saham akhirat' kita nanti. Semoga hidup kita diberkati dan berbakti di muka bumi ini.

Empunya blog,
Anisa

Monday, July 16, 2018

Soalan yang buat ku berfikir sejenak

Hi semua.. Semua baik-baik aje?
Alhamdulillah buat Nisa.
Siapa dah try IG Story untuk 'bagi ruang' untuk bertanya
dan kita akan respond..
 
Ternyata Nisa dah cuba dan buat diri sendiri terfikir.
 
Soalan seperti ini selalu je ditanya,
dan percayalah setiap kali ditanya ada kemungkinan jawapan berbeza.
Mungkin ditambah atau berubah sepenuhnya.
 
 
 
 
Jadi lagi 5 tahun, who am I?
 
Yang pasti, bebas hutang waktu ini.
Tambah hutang? Hope not. Mintak dijauhkan.
Tak fokus sangat pada kebendaan sebenarnya, lebih pada self-development.
and yes for long run, semestinya ada perubahan.
Mudah-mudahan ke arah yang lebih baik.
 
 

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post