Saturday, April 06, 2013

Prank Kawan


Assalamualaikum semua.. Nak citer kat korang tentang buatkan prank kat kawan. Siap buat pelan taw.. Prank masa birthday dah lama dah..tapi ni salah satu prank still saya ingat sampai sekarang..jangan gelak taw..ni namanya pelan prank conteng2 je..segan la pulak conteng cengini...


Saya kena bawak kawan saya kat bawah cari syiling yang berlambak saya 'terjatuhkan' (konon) dan rakan subahat lain buat preparation untuk the main event...buahahahahaha!!!

"Please, teman cari duit syiling...terjatuh dari depan dorm ke bawah tu...please temankan cari.."
and kawan betul-betul percaya...and she's really searched it..

"biar betul...tak de pun duit syiling tu...banyak sangat ke?" kawan bertanya.
"banyak...sangat...sangat banyak...please carikan..ada duit syiling emas seringgit tu..kan susah cari sekarang ni..." saya beritahu dia.

sepanjang conversation tu berlalu.. rakan yang lain semua sediakan baldi yang penuh dengan sabun mandi + bedak + sabun basuh..dan saya..kena bawakkan kawan saya tu...ke arah X supaya air campuran dalam baldi kena direct padanya..

dan....last sekali memang kena...and saya sebagai yang kenakan..terkena la air campuran tu sekali..

"ohhh...duit syiling jatuh ea...berape banyak ha...duit syiling emas??" sarcastic kawan saya tu..and....disebabkan peristiwa ni...masa birthday saya...dia ni la antara plan kan nak kenakan saya sehabis baik... Miss those days...


Friday, April 05, 2013

"Giga Siblings Birthday Giveaway by Arya Addin"


Assalamualaikum...dan salam jumaat dari saya..
Pagi-pagi lagi dah join giveaway ni..tengah rajin..ecehh angkat bakul sendiri..

klik banner ni kalau nak join..

Sweet Bitter wishes pada adik-adik Aya

kalau tengok gaya dia, rasa macam anak sulung...macam saya..
so senang saya buat sweet bitter wishes pada semua adik Aya,okay?

Kepada adik Imah, adik Apit dan adik Adam,
first akak nak pesan belajar rajin-rajin taw..belajar sampai pandai..
bila belajar jangan pernah putus asa...cakap berdasarkan pengalaman sendiri..

yang kedua, suka kan menabung..tu la perkara paling akak suka buat dari kecik..
nak kata akak banyak duit kat bank, tak tahu menahu la pulak..
sebab..tahu kumpul je..kumpul untuk kegunaan masa depan..

yang ketiga, dengar pesan orang tua..
andai kata kalau nasihat pada mulanya tak masuk akal,
restore dulu..ohh simpan dulu..nanti lambat laun mesti akan paham jugak akhirnya..

okay tak sweet bitter wishes ni..
kalau boleh akak pun nak adik-adik akak sendiri yang baca ni..
jadi kakak kepada empat orang adik-beradik memang banyak ragam nak kena layan..
pape pun, diaorang la penyeri hidup...suka dan duka..
aisehh, macam sayu je pulak tiba-tiba..

untuk Aya empunya GA,
good luck dengan first GA ni...semoga ramai join GA ni..
 

Thursday, April 04, 2013

Bila ATM tak ada....


Assalamualaikum semua...
apa jadi kalau ATM tak ada ek..


hahaha...okay jangan gelak macam pontianak pulak..
ramai bila tengok gambar ni..macam-macam la reaksi..
jangan tanya nape CIMB Bank taw..
semua akan wonder "apa kena-mengena dgn ATM bola sepak tuhhh??"

#Justforlaugh

Bila Blogger Jadi Maid | review buku


Assalamualaikum semua..review buku lagi!!
buku ni saya pick random je masa beli tu..sebab guna voucher RM250 tu..
susah jugak nak habiskan..memandangkan dah habis belajar ni kan..
ohh, bukan novel je saya beli...ada lagi tu..
cuma berat sikit nak baca...so takes time..okay jap ni nak tunjuk buku tu..


rate buku ni 3 bintang setengah daripada lima..
sebab macam boleh expect apa yang berlaku..but still seronok nak baca..
Masa mula baca dah bayangkan diri sendiri...ehh cuma bezanya watak dalam buku ni
Hanis Arisya, blogger yang femus...baru graduate nak cari kerja..
and ambil keputusan nak jadi maid kat salah sebuah orang ternama.
sebabkan dia jadi maid...dia jumpa cinta sejati dia..
tempuhi pelbagai cabaran dan rintangan bersama Tengku Ashraf..
saya tak la..memang dah graduate..and nak cari kerja..tapi jadi maid kat rumah sendiri je 
hehehe..pasal cari cinta sejati...tak la..cinta terhadap adik-adik je la..

Tak boleh nak citer panjang, nanti tak best kalau orang tak baca lagi.

Wednesday, April 03, 2013

Bila mula bersatu dengan krayon


Asslamualaikum semua.. okay maybe macam comel ek bunyinya..
alahai angkat bakul sendiri la pulak.. 
ada satu hari tu tengah bosan pastu timbul rasa rindu nak main dengan krayon..
apa lagi mula berimaginasi kartun la saya dibuatnya..

before korang tengok hasil lukisan+warna yang agak childish ni,
jangan gelak...okay tutup mulut tu dengan tangan..


aah la Doreamon yang saya lukis ni...okay..memang saya yang lukis..
Doreamon saya lukis ni gemuk sikit..maklum la baru nak warming up,cengini la ghupenye..
krayon yang ada pun tak banyak..disebabkan tu..guna je mana kaler rasa kena..
dan memang ada sikit ada tak kena..
hehehe...ada yang gelak lagi ke? aisehhh...hahhaa...tengok la next lukisan saya lak..

p/s: agak-agak ada bakat jadi cikgu seni tak?
 

Tuesday, April 02, 2013

Prince Charming | review buku


Assalamualaikum semua...Setelah beberapa hari ni melayan novel
rasa nak update pasal novel la yea.. Kiranya di'approve' oleh saya kalau nak baca..hehehe
tiba-tiba sejak dua menjak ngidam novel kot..


mungkin ada yang pernah baca..
Kisah mula bertukar jadi menarik selepas Nurul koyakkan Carta Prince Charming..
Nurul dan Kelab Bola Sepak..bila baca mula la aku dok bayang
pemain dari Kelab Bola Sepak yang diceritakan ala Prince Charming..
konflik cerita menarik...sebab baca non-stop..
ending? seperti yang saya jangkakan..apa ending dia?
kena baca sendiri la..okay? tak best pulak nak citer semuanya..

rate buku ni 3 bintang setengah daripada 5
jadi, tunggu la lagi update pasal buku yang saya baca okay?
bukan ulat buku...cuma jadi pencinta novel yang tak berapa tegar..

AUSTIN MAHONE : The Next Big Thing


Hye guys.. Ni nak share pasal Austin Mahone...
siapa dia ni? Sama macam Justin Bieber bakat nyanyian dia diketahui dari video.
Mana tahu pasal dia ni...? Dari MTV to be exact..
tengok video Say Somethin' pastu pikir 
"not bad jugak ni..memang lebih kurang macam Justin masa lagu One Time"

tak pernah tengok video dia? aiseh..okay..patut la semua tercengang je tu


kalau tengok gambar ni, mesti orang pikir dia Justin la kot..

source picture from google
entah tak tahu apa future budak ni lagi.. hope muzik dia terus berkembang..
aiseh dah bunyi macam peminat pulak kan...
jom terjah blog dia Austin Mahone

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post