Monday, December 26, 2016

Nisa talk : Perangai Ibu Muda

Dari personal FB
Hai semua. Assalamualaikum.. Kalau korang friend Facebook Nisa mungkin ada nampak post ni beberapa hari lepas. Macam biasa IIUM Confession banyak benda nak confess dan topik "Perangai Ibu Muda" ni menarik perhatian Nisa. Iyelah sebab Nisa pun dalam kategori tu.

Pada mulanya memang malas nak baca, tengok tajuk pun ada rasa 'negatif'. Ingat senang nak jadi ibu muda. Tapi takpe. Kuatkan hati, open mind untuk baca. Nak jugak tahu kot-kot boleh perbaiki diri. Itu yang Nisa fikirkan. Semua orang tak perfect tapi insyaAllah mana ada ruang untuk perbaiki mesti dibuatkan.

Jadinya lepas baca Nisa rasa macam ni lah. Kalau tak nak tengok, menyampah dengan perangai Ibu Muda ni boleh je unfriend. It's stage. Sekarang turn diaorang dapat rasa jadi ibu dan diaorang happy. Nak share pada kawan-kawan yang sudi tengok dan memang happy untuk kita.

Yang wise old man tu..actually my bapak..takde la tua mana..saje nak kata tua sebabkan pengalamannya. "Your turn will come. Sabar." Apa-apa je tu ayat yang bapak ulang.

Ada jugak yang tegur Nisa sebab asyik post gambar Maira. Nisa faham sebab risau macam-macam orang boleh buat dengan gambar kita. Tapi ada jugak bila dengan geng breasfeeding mom

"Aku pelik la. Bila aku bergambar berdua je dengan suami.. ada yang tanya mana anak-anak.. bila bergambar dengan anak yang kembar tanya mana baby baru...pening aku..."

Hahaha alahaiii so acane pulak tu...
Jom sama-sama kita fikirkan...**fikir jauh***

Anisa Anuar

Post a Comment

Platemat pinggan untuk kanak-kanak

  Hi semua. Pernah tak korang mengalami,  susah nak bagi si kecik kita makan sebabkan dia nak campak pinggan dia ke bawah? Boleh jadi...