Thursday, May 30, 2013

Tak tahu nak pilih siapa...


Aisehhh...Jangan risau ni bukan pasal soal hati dan perasaan.. Selalunya setiap bulan saya akan pilih seorang untuk featured dalam blog ni untuk segmen khas blog Anisa's Corner iaitu Breaking Down My Favourite Blog untuk bulan saya rajin blog-walking dan rajin update.. Jadi walaupun saya boleh la kiranya ada jugak blog-walking tapi masih tak jumpa lagi..

Syarat yang saya dah letakkan bila sekali blog tu dah featuring untuk Breaking Down My Favourite Blog, dah tak boleh untuk akan datang.. Review khas untuk bulan itu contoh untuk post ramai pengunjung September 2012

Jadi lately tak berapa pandai nak pilih...tu yang timbul isu tak tahu nak pilih siapa..tapi insya-Allah akan datang, saya cuba pilih yang saya suka untuk Breaking Down My Favourite Blog of The Month..
Macam mana nak dipilih? Yang saya rasa selesa nak baca post nya, selesa blog-walking kiranya yang saya selesa la...jadi jawapannya agak subjektif gitu..

And...selalunya saya review blog tu in english...just in simple English word...Mana la taw kot orang negara luar baca ke..haaa~~ siapa yang tahu..

p/s : Saya ni tak berapa cerewet orangnya..

Monday, May 27, 2013

Imaginasi masa kecik2


Semua orang ada imaginasi masa kecik2...saya pun tak terkecuali..
Dulu memang ada cita-cita + impian nak buat macam ni


pernah buat jugak dulu...guna selimut..timbunkan bantal banyak-banyak..
memang besar la jugak... Habis la satu bilik tu decorate..
so kiranya jadi designer tak professional la..

Korang macam mana? Mesti sama kan..
baik ngaku..entah-entah main kawen-kawen kan kat pondok belakang rumah tuhh..

Sunday, May 26, 2013

BLOG BERWAJAH BARU!!!


Hye semua.. Kalau perasan blog ANISA'S CORNER sudah berwajah baru..
baru ada peluang nak update kan..
Sempena itu...nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Amal 
sebab sudi editkan blog ni yang AMAT menepati citarasa saya..
masa tu nampak post cik Amal yang INI
saya rasa mungkin dah sampai masa cari orang editkan blog saya yang amat simple ni..
nak jugak merasa berwajah baru..
tengok post ini untuk semua blog yang dia editkan.. INI

mula-mula dia bagi tengok preview banner yang bakal dia editkan

first impression..wow memang macam saya bila nak blogging..
warna kuning memang warna kegemaran saya..
terharu sangat masa tu.. 
sepanjang tempoh cik amal editkan...rasanya macam saya ni je yang susah untuk dihubungi
maklum la jarang online..maaf yea cik Amal..
kena banyak bersabar sikit kalau dapat orang macam saya ni..

bagi saya, saya AMAT berpuas hati cik Amal editkan blog saya..
cik Amal, ramai kawan saya puji lawa blog awak editkan..
jadi terima kasih taw.. memang tambah sayang blog ni..makin sayang la..



Saturday, May 25, 2013

"Kenapa tengok cerita tu?"


Sejak dua menjak ni update pasal rancangan tv je.. tu je la cara spend masa sambil-sambil dengan rutin harian.. So, bukak la rancangan tv berkaitan GOSIP..yeahh gosip...sebenarnya, tak heran sangat pun pasal gosip artis ni... tengah-tengah fokus nak paham cerita terhangat tu..

"akak, tak ada citer lain ke nak layan...gosip ni...dosa taw tak.." kata adik saya.

"akak...(tarik nafas panjang) tak nak sangat pun tengok...tapi..(mengeluh panjang) nak paham kn aje...bukan nak mintak benda yang sama terjadi pada akak atau org sekeliling akak..boleh la akak boleh jadikan iktibar.."

memang soalan budak kecik kadang-kadang boleh buat orang yang dewasa ni..berpikir banyak kali..
Apa-apa pun memang betul pun tak elok dilayankan GOSIP, tapi yang fokus tadi tu sampai artis tu kena buatan orang...macam-macam kan sekarang ni...dah tak kenal sape pun untuk di'buatan' orang.. tak nak komen apa-apa pun..kalau siapa tahu..cerita sape yang saya jadi fokus nak paham...diam-diam je taw..

Jadi apa reaksi anda bila adik atau orang yang lebih muda tanya macam ni pada anda..

Friday, May 24, 2013

Addicted dengan "The Pickers"


Hey semua... sejak dua menjak ni..saya makin layan dengan rancangan tv dekat channel History..
kisah dua orang pengumpul barang-barang yang ada sejarah disebalik barang yang mereka jumpa..
dan jual kepada pengumpul atau pembeli yang berminat..

gambar dari google
Mick dan Kevin memang kelakar tengok diaorang tawar-menawar..
dan pada masa yang sama memang belajar banyak benda dari rancangan ni.
dari barang berkaitan gas dan pam minyak,
motorsikal buruk mahupun kereta buruk..

senang citer, they know what they are looking for..
and tu memang sangat mengkagumkan..
baru addicted dengan cerita ni...dan saya galakkan kawan-kawan pun tengok sama..
baru tahu revolusi barang yang kita tengah pakai sekarang ni..

ada lagi satu sama jugak macam the pickers..
Pawn Stars...boleh la..tapi saya prefer dengan The Pickers..

My POU have a Bieber Look


Hey guys... So, who play this POU thing..
Definitely me...of course.. and I want to share you guys my Rockey
with Bieber look..


This is when Rockey look hungry..awwwww~~
look adorable huh.. don't worry I have my sister and brother who can take care of him..
Play with him, bath him and even feed him..
I want to change more look on him...but how..I wonder..

Can you imagine I make a post just for Rockey..
yeahh...even you guys might laugh at me now..
I am 23 years old..but look more like a kid.
 

Thursday, May 23, 2013

Nasib baik tak buat macam ni time konvo


Hai korang... tengok la tajuk post...bukan main lagi..
wahaha...tu je yang dapat terpikir.. 
apa yang nasib baiknya...


alahai segan betul...tapi memang sebelum naik pentas...ni la paling takut kalau terjadi..
dah macam having nightmare la..
yang paling epik, ada seorang budak lelaki...diploma statistik tak silap..
dia pergi peluk Dato' Sahol masa time saya konvo tu..
terkejut la semua orang.. gosok-gosok la mata ni nak make sure tak salah tengok..

saya pulak...tak terangkat tangan nak buat tanda Yes,Aku dah berjaya!!

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post