Syukur ke hadrat ilahi bila berpeluang dapat borak dengan Kak Fellina, salah seorang usahawan berjaya yang nisa follow rapat. Admire dia sebab kisah jatuh bangun bisnes dia, seorang ibu dan juga isteri. Nak kata kisah nisa dengan Kak Fel ni sama...hmmm tak la jugak. Banyak benda belajar dari pengalaman dia.
Lepas selesaikan hal rumah, tiba-tiba tergerak hati nak bukak Facebook dan waktu tu nampak post Kak Fel "anda tanya, Kak Fel jawab.." takde rasa nak tanya pun waktu tu. Kemudian yang buat nisa nak tanya, bila 2 sahabat baik komen post tu. Terus rasa "tak salah kalau nak bertanya.
Alhamdulillah soalan terjawab pasal macam mana nak konsisten solat awal waktu. InsyaAllah akan jaga ni selagi yang mampu.
Yang best post FB kali ni, boleh tengok soalan orang lain tanya. Mostly soalan ada yang sama dengan je apa tengah lalui. Rasa nak screenshot je semua..
Jadi screenshot yang mana mampu je. Terima kasih ya Allah dah gerakkan hati untuk baca post ni. Membantu sedikit sebanyak journey nisa yang akan datang.
Yang ikhlas,
ANISA
Wednesday, August 10, 2016
Borak bersama Kak Felinna
Wednesday, August 03, 2016
Seminggu jaga Maira
Best jaga Maira seminggu. Merasa la hidup housewife and full time business. InsyaAllah akan jadi pekerjaan tetap kelak. Ada rezeki lain, nanti belakang citer.
Takpe ke cuti lama2.. Alhamdulillah cukup annual leave yg ada. Susah sikit orang lain nak faham..tapi demi Maira nak unpaid leave pun sanggup.
And yes of course Maira jadi melekat dengan ibu dia. Tabik untuk ibu tunggal dan housewife yg lain.. not an easy task but sure it is super fun..
From,
Newbie mother
Saturday, July 30, 2016
Dah lama patutnya buat
Hai.. salam semua.. dah lama patutnya nisa resign..tapi kenapa stay lagi? Rasa nak resign datang selepas kahwin. Sebabkan environment memang tak bagi nisa grow sangat.. grow yang macam mana? Dari segi value of work & skills. Dah 3 tahun tapi still the same. Dari I am the only person in the department sampai la dah ada team.
Nasib nisa ni jenis tak kisah dan boleh buat hal sendiri. Tu boleh katakan kelebihan nisa. Hati kental pun iye jugak. Apa boss cakap take that as progress on working. Itulah asam garam bila bekerja. Politik kerja tu pun normal. Taknak la cerita hal orang. Better focus on myself.
Bila resign? Tunggu surat keluar. So..next plan? Banyak sangat. Berserah pada Allah sebab Allah lebih tahu mana yang terbaik. Post ni bukan nak menakutkan orang yang nak baru bekerja. Better experience sendiri. Lain orang lain journey. Jangan sebabkan cerita nisa korang taknak kerja pulak. Yang penting TAHU apa yang korang mahukan. Sebab tu nisa TAHU apa nisa nak.
Hasil nukilan,
Anisa ♡♡
Wednesday, July 20, 2016
Sambil pergi bagi ceramah, sempat lagi
![]() |
| Waktu sambut menantu di Pengkalan Chepa. Comelkan bapak.. |
![]() |
| Ni gambar raya tahun ni..bergambar pulak dengan cucu dia |
![]() |
| boleh minum ramai-ramai macam ni. |
![]() |
| berkongsi dengan yang lain |
Sebab Yerba Mate ni berbaloi sangat untuk orang yang ada kencing manis, nak bagi perut kempis, tidur tak lena, makan tak terkawal, stress di tempat kerja, nak turun berat badan,nak rawat cirit-birit,sembelit & senak perut.
Monday, July 18, 2016
Our Journey : Kisah Kek Lapis Sarawak
Hai semua. Salam sejahtera. Kali ni nak sangat ceritakan bagaimana kisah kami sekeluarga dan kek lapis sarawak. Jika kisah ini bermanfaat kepada anda dan orang lain, saya benarkan post ini di'share'kan.
Pada mulanya saya dengan owner kek lapis Sarawak (panggil Auntie Dee) berkenalan kerana Yerba Mate (Argentina green tea - saya jualnya) kerana auntie nak kurus katanya. Selepas jumpa dengan bapak saya di sebuah majlis perkahwinan, bapak teus rekomenkan Yerba Mate. Mulalah sesi suai kenal, bertukar pendapat dan auntie share bisnes kek lapis sarawaknya. Tapi waktu itu, tiada apa-apa kaitan lagi dengan kek lapis sarawak. Untuk pengetahuan semua, kek lapis sarawak ini homemade dibuat oleh orang Semenanjung.
Selepas perjumpaan itu, kami hanya contact gunakan whatsapp. Biasalah sebagai seorang peniaga menjaga hubungan dengan semua yang ada. Itu dipanggil networking. Dan ketika itulah, auntie ada bagi mesej "Nanti kalau ada kawan nak beli kek lapis sarawak..boleh order dengan auntie ea..."
Saya hanya membalas,"Okay insyaAllah." Tak berani nak beri jaminan apa-apa.
Hinggalah tiba-tiba rasa terdetik nak share gambar-gambar kek lapis sarawak tu dalam twitter. Dalam hati cuma niat, "Semoga aku dapat panjangkan rezeki Auntie ni..."
Solat awal waktu seperti biasa. Rasa kurang enak bila dilambat-lambatkan.
Tidak lama lepas tu, dapat mesej dalam direct message.."Berapa ea harga termasuk postage..."
dan kemudian masuk lagi.. dalam hati waktu tu, "Alhamdulillah syukur rezeki.."
Kejadian tu buat diri ni untuk berfikir lagi jauh,"Ini baru try dalam Twitter, cuba try dalam Facebook..mesti ada nak beli..."
Selepas waktu kerja mula lah aktiviti posting iklan di profil persendirian, dengan sekali lagi niat..
"Semoga dipanjangkan lagi rezeki kek lapis sarawak ni dalam Facebook.. Dapat duit lebih ini jadikan hadiah ku kepada Maira baju raya..."
Alhamdulillah rezeki datang...nak order bukan sikit tapi banyak sekali gus.. Semua yang tengok jadi rambang mata.. Ada jugak bertanya,"Jual ke ni.."
"Ehh tak lahh tolong promotekan aje..."dan sambutan memang diluar jangkaan. Iyelah sudah nak raya, orang nak kelainan nak hidangkan waktu raya. Ada tu teringin sangat nak makan, tapi tak jumpa pulak.Ternampak posting iklan terus order.
![]() |
| Stok kek lapis sarawak homemade |
Kesimpulannya nak ceritakan, kita tak tahu dimana rezeki kita.. Dengan panjangkan rezeki orang lain,disitu jugak mungkin Allah dah bagi rezeki kita. Niat kena jaga, untuk apa kita buat. Seronok bila dapat feedback yang best kek lapis sarawak homemade ni. Ehh ada yang nak order ke? Boleh aje..tapi PM tepi la ea..
![]() |
| Yerba Mate dengan Kek Lapis Sarawak homemade |
Monday, June 06, 2016
Hadirkan diri 1 Belia 1 Property
Hai semua..Assalamualaikum. Cerita ni way back masa sebelum bersalin. Dah lama save the date untuk event ni dan alhamdulillah ada rezeki nak hadirkan diri bersama suami tersayang. Kenapa pergi? Simple. Sebab saya dan suami ada letakkan goal setting untuk memiliki rumah. Sekarang memang dah ada...tapi kami berimpikan untuk ada landed house. Masing-masing tak ada ilmu lagi berkaitan hartanah dan kami pilih 1 Belia 1 Property as our first step.
Akhirnya dapat cari pengasuh untuk Maira
Menu : Terung Masak Sambal Daebak
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
Popular Post
-
Hye guys... So, how is it going for everyone? Hope you guys not having bad time.. Me? Just spend my holiday...while my friends busy w...
-
STICKY POST SAMPAI 14/12/2012 Assalamualaikum semua...dan hye!! memandangkan saya tengah tak ada kerja... saya mengambil keputusan ...
-
Hello everyone. Another post from me for today. I want to write about this new NESCAFE Smoovlatte that I just try it out. I...








