Hai semua. Salam sejahtera. Kali ni nak sangat ceritakan bagaimana kisah kami sekeluarga dan kek lapis sarawak. Jika kisah ini bermanfaat kepada anda dan orang lain, saya benarkan post ini di'share'kan.
Pada mulanya saya dengan owner kek lapis Sarawak (panggil Auntie Dee) berkenalan kerana Yerba Mate (Argentina green tea - saya jualnya) kerana auntie nak kurus katanya. Selepas jumpa dengan bapak saya di sebuah majlis perkahwinan, bapak teus rekomenkan Yerba Mate. Mulalah sesi suai kenal, bertukar pendapat dan auntie share bisnes kek lapis sarawaknya. Tapi waktu itu, tiada apa-apa kaitan lagi dengan kek lapis sarawak. Untuk pengetahuan semua, kek lapis sarawak ini homemade dibuat oleh orang Semenanjung.
Selepas perjumpaan itu, kami hanya contact gunakan whatsapp. Biasalah sebagai seorang peniaga menjaga hubungan dengan semua yang ada. Itu dipanggil networking. Dan ketika itulah, auntie ada bagi mesej "Nanti kalau ada kawan nak beli kek lapis sarawak..boleh order dengan auntie ea..."
Saya hanya membalas,"Okay insyaAllah." Tak berani nak beri jaminan apa-apa.
Hinggalah tiba-tiba rasa terdetik nak share gambar-gambar kek lapis sarawak tu dalam twitter. Dalam hati cuma niat, "Semoga aku dapat panjangkan rezeki Auntie ni..."
Solat awal waktu seperti biasa. Rasa kurang enak bila dilambat-lambatkan.
Tidak lama lepas tu, dapat mesej dalam direct message.."Berapa ea harga termasuk postage..."
dan kemudian masuk lagi.. dalam hati waktu tu, "Alhamdulillah syukur rezeki.."
Kejadian tu buat diri ni untuk berfikir lagi jauh,"Ini baru try dalam Twitter, cuba try dalam Facebook..mesti ada nak beli..."
Selepas waktu kerja mula lah aktiviti posting iklan di profil persendirian, dengan sekali lagi niat..
"Semoga dipanjangkan lagi rezeki kek lapis sarawak ni dalam Facebook.. Dapat duit lebih ini jadikan hadiah ku kepada Maira baju raya..."
Alhamdulillah rezeki datang...nak order bukan sikit tapi banyak sekali gus.. Semua yang tengok jadi rambang mata.. Ada jugak bertanya,"Jual ke ni.."
"Ehh tak lahh tolong promotekan aje..."dan sambutan memang diluar jangkaan. Iyelah sudah nak raya, orang nak kelainan nak hidangkan waktu raya. Ada tu teringin sangat nak makan, tapi tak jumpa pulak.Ternampak posting iklan terus order.
Stok kek lapis sarawak homemade |
Kesimpulannya nak ceritakan, kita tak tahu dimana rezeki kita.. Dengan panjangkan rezeki orang lain,disitu jugak mungkin Allah dah bagi rezeki kita. Niat kena jaga, untuk apa kita buat. Seronok bila dapat feedback yang best kek lapis sarawak homemade ni. Ehh ada yang nak order ke? Boleh aje..tapi PM tepi la ea..
Yerba Mate dengan Kek Lapis Sarawak homemade |
No comments:
Post a Comment
thanks for the comment(s) and enjoy to read more