Monday, June 06, 2016

Akhirnya dapat cari pengasuh untuk Maira


Assalamualaikum semua. Lagi beberapa hari saya dah nak mula kerja selepas 2 bulan dapat maternity leave. Perkara yang common ibu bekerjaya akan fikirkan. Siapa nak jaga anak masa pergi kerja nanti? Boleh stress jugak fikirkan bila tak ada kenalan nak tanyakan. 

Saya tengah nak cari pengasuh yang jaga tak ramai anak so that akan fokus lebih kat Maira nanti. Sejak dengar cerita yang tak best pasal pengasuh sekarang memang tak nak hantar taska.
First thing dalam kepala otak terfikirkan kawan yang ada baby duduk kat Putrajaya. Dia recommend cari pengasuh gunakan Facebook group. Kawan tu terus invite masuk group tu.


Alhamdulillah lepas iklankan nak cari pengasuh dapat 3 calon pengasuh dan last minute pengasuh berjaya kami pilih. Masa nak tengok calon pengasuh - suami & mummy ikut sama. InsyaAllah boleh kami bekerjasama. Everything semua nampak perfect dari segi tempat & my baby will be the only baby yang pengasuh tu akan jaga.

Tapi boleh ke ibu ni berpisah kejap dengan anaknya... Tabahkan hatiku ini..

Hasil nukilan,
Newbie Mother

1 comment:

  1. Assalamualaikum.

    Datang sini singgah n follow skali.
    Fikir yang baik2 sahaja..Ins Shaa Allah,baby anda akan ok dibawah asuhan pengasuh yg dipilih.

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post