Wednesday, September 28, 2016
Yeayyy bawal scallop dah ada yang beli
Alhamdulillah stok bawal scallop dah makin berkurang, tandanya dah ada owner masing-masing.
Kawan masa UiTM beli 2 warna bawal scallop. Warna kelabu dan pink. Sebabkan rumah Nisa dan tempat kerja dia pun dah dekat, kami decide nak jumpa di IOI City Mall. Alang-alang boleh lunch. Walaupun bawak Maira, dia selesa ada disitu.
A few days later nampak kawan Nisa ni post kat IG dia. Terus boleh spot tu bawal scallop yang dia beli haritu. Okaylah kalau ada yang nak beli, boleh je beli dari Nisa.
Yessss semestinya bawal scallop ni selesa untuk dipakai dan senang untuk dibentuk.
Tuesday, September 27, 2016
Ada Apa Dengan Degree Housewife? | my point of view
ramai beri response baik |
Siapa yang selalu follow IIUM Confession ni ada saje yang nak dikupas. Alhamdulillah keluar topik ini dan kali ni Nisa tergerak hati nak cerita dari sudut pandangan sendiri memandangkan sekarang housewife. Disebabkan masa kerja hati kuat sangat nak jadi housewife dan boleh katakan tiap hari la cakap "nak jadi housewife, nak jadi housewife..." dah macam zikir pulak. Akhirnya Alhamdulillah Allah perkenankan doaku. Kenapa tiba-tiba jadi housewife, sampai bila dan apa reaksi orang bila jadi housewife semua dah lalui.
Dulu..dulu la kan...pernah Nisa rasa "housewife ni...macam mana diaorang survive eh...?"
Semua setakat ni baik-baik aje. Takde la teruk seperti yang Nisa bayangkan.
Nisa start jadi housewife minggu kedua bulan Ogos baru-baru ni. Atas dasar berhenti kerja dan tak dapat lagi mana-mana offer yang lain. Tak apa hanya percaya rezeki ada dimana-mana. Alhamdulillah Nisa dah dapat pun tempat kerja baru. Dah sign offer letter dah pun. Kiranya kerja housewife pun sementara je. Allah Maha Adil, nak Nisa sendiri rasa pengalaman menjadi housewife tu. Serious tak cukup 24jam. Kadang-kadang tu tak sempat nak makan, dalam otak ni macam-macam nak buat tapi apa yang mampu je boleh buat.
Jadinya nak cakap untuk mommies di luar sana, sememangnya sangat beruntung untuk jadi housewife lebih-lebih lagi ada degree ataupun master sekali pun. Hiraukan pandangan negatif orang okay? Percayalah kebanyakkan mommies yang bekerja, mereka nak sangat jadi full time housewife. Boleh jaga anak sendiri katanya tak perlu risau cari hantar ke taska atau cari babysitter.
Yang isu degree ke master ke...itu rezeki masing-masing.. tapi kan ada kajian mengatakan kalau mommies semua ni golongan bijak pandai, nanti anak-anak mewarisi taw.. Tak nak ke anak-anak u olls ni cerdik pandai. Nanti anak-anak dah start masuk sekolah senang mommies nak pantau sendiri ataupun ajarkan sendiri. Dah bonus mark dah kat situ.
Panjang celoteh dah ni. Pape pun pada ramai orang kat luar sana, tak kisah apa pun pekerjaan orang sekalipun kita seharusnya kena respect. Housewife pun sekarang dah jadi career. Ada tu housewife plus dengan bussinesswoman plus dengan blogger plus dengan part time home tuition. Macam-macam la..
Tabik hormat for all mommies with degree or master or PhD holder (apa-apa background study pun)
Salam nukilan daripada empunya blog, ANISA.
Saturday, September 24, 2016
Soalan femes : free postage ke?
Soalan femus : free postage ke?
Percayalah bila peniaga online ada kenakan postage itu, ibarat mereka sedang buka kedai mereka. Dan mereka tak mengambil keuntungan dengan postage itu.
Tapi ada peniaga yang pemurah beri free postage sama ada part of the offer atau marketing ataupun zakat bisnes mereka. Apa pun niat mereka, Doakan bisnes mereka makin maju.
Sekadar pendapat... Bukan copy paste.
#nisatalk
#nisaatwork
#rahsiakekalremaja
#arisaaliciouscake
Sunday, September 18, 2016
Preloved item : Koleksi Ana Muslim
Salam semua. Kali ni Nisa nak buat preloved item Koleksi Ana Muslim.
Nisa ceritakan ciri-cirinya dan beberapa detail yang lain ea.
1. Kondisi : 4 daripada 5
2. Sebab nak let go : Adik terbeli 2 kali.
3. Dibalut kemas.
4. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 tahun keatas. Boleh digunakan oleh pelajar sekolah untuk buat Buku Nilam.
5. Sebuah buku dijual dengan harga RM7 termasuk postage dan untuk kedua-dua buah buku RM12 termasuk postage. Harga asal setiap buku RM9.90.
6. Hanya terdapat 2 buku ini sahaja. Jika sudah ada pembeli akan dimaklumkan di ruangan komen.
Boleh whatsapp terus kepada Nisa 013-6436218 kepada yang berminat.
Nisa juga available di Carousell untuk barangan preloved yang lain. Add akaun @anisaanuar di Carousell.
Produk Baby Tropika | Review
Sangat friendly used, sesuai untuk baby kita dan paling penting buatan dari Malaysia.
Suka gunakan Baby Hair & Baby Oil ni pada Maira. Lepas Maira cukur rambut 2 bulan, terus pakaikan minyak ni..bau lavender macam Maira pakai perfume. Rasa best bila nak cium baby kita.. Masa nak pakaikan tu, tak lupa untuk selawat bahagian umbun-umbun.
Untuk Baby Herbal Cream pulak, letakkan pada Maira bila dia sakit perut nak membuang, ataupun kembung perut. Letak di bahagian kaki, urut-urut lepas tu berlaku natural call untuk Maira. Ada jugak letakkan Herbal Cream ni bila belakang kepala Maira ada kesan-kesan gatal merah-kemerahan. Lepas sapukan Herbal Cream, esoknya dah elok kulitnya.
Boleh dapatkan barangan Baby Tropika daripada Nisa seperti yang Nisa recommendkan.
Baby Hair & Body Oil (30ml) RM20 (SM) RM22 (SS) |
Baby Herbal Cream RM40 (SM) RM42 (SS) |
Terus whatsapp kepada Nisa ke 013-6436218. Ceritakan pemasalahan baby anda dan Nisa akan rekomenkan yang terbaik kepada yang bertanya.
Wednesday, September 07, 2016
Sesi sharing : Magiknya Solat Dhuha
tutup nama kawan tu...rahsia takmo gtaw nama..nnt korang cari |
terharu...mengigil taw baca masa dapat msg ni haritu |
hasil karya cik amal |
Sunday, September 04, 2016
Jadi cikgu tuisyen
Cikgu Nisa nak lalu ni...dah hampir sebulan berkecimpung dalam arena home tuition ni. Dah lama nak jadi cikgu tapi bukan nak spend masa 8 pagi sampai 5 petang.. love the passion in teaching. I guess already in my blood.
Jadi pe cikgu Nisa ngajar ni.. cikgu ajar sekolah rendah & student PT3 untuk subjek matematik & sains. Gambar tu masa kelas ganti subjek sains untuk student darjah 3 sampai 5. Hyper sangat diaorang ni...tapi best ngajar diaorang..
Cikgu Nisa style mengajar macam mana?
Amboi style eh..haha style cikgu Nisa ngajar lebih pada macam mana nak jawab ikut skema dan terus go through topik tu kiranya ulangkaji bersama. Cikgu Nisa lebih suka buat latihan dari baca nota..
Alhamdulillah husband & family faham niat nak buat home tuition. Sebab cikgu Nisa kena drive pergi rumah student & kena tinggalkan Maira kejap dengan husband.. Terima kasih semua 😊😊😊
Hasil nukilan,
Cikgu newbie..cikgu Nisa
Saturday, September 03, 2016
Arissalicious Cake open for Raya Haji
update as at 2 September |
Menu : Terung Masak Sambal Daebak
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
Popular Post
-
Hello friday..How are you? I'm definitely fine...Just want to spend my last week of internship. Why my mum have related to facebook...
-
hye there... it is good to be back.. one word for today is about coffee . it is my one of favourite drink..besides iced lemon tea.....
-
Hi guys!! I'm here to share something that I found in Google Extension quite helpful to me, especially when my work task mostly I w...