Tuesday, September 27, 2016

Ada Apa Dengan Degree Housewife? | my point of view

ramai beri response baik 

Siapa yang selalu follow IIUM Confession ni ada saje yang nak dikupas. Alhamdulillah keluar topik ini dan kali ni Nisa tergerak hati nak cerita dari sudut pandangan sendiri memandangkan sekarang housewife. Disebabkan masa kerja hati kuat sangat nak jadi housewife dan boleh katakan tiap hari la cakap "nak jadi housewife, nak jadi housewife..." dah macam zikir pulak. Akhirnya Alhamdulillah Allah perkenankan doaku. Kenapa tiba-tiba jadi housewife, sampai bila dan apa reaksi orang bila jadi housewife semua dah lalui.

Dulu..dulu la kan...pernah Nisa rasa "housewife ni...macam mana diaorang survive eh...?"
Semua setakat ni baik-baik aje. Takde la teruk seperti yang Nisa bayangkan.
Nisa start jadi housewife minggu kedua bulan Ogos baru-baru ni. Atas dasar berhenti kerja dan tak dapat lagi mana-mana offer yang lain. Tak apa hanya percaya rezeki ada dimana-mana. Alhamdulillah Nisa dah dapat pun tempat kerja baru. Dah sign offer letter dah pun. Kiranya kerja housewife pun sementara je. Allah Maha Adil, nak Nisa sendiri rasa pengalaman menjadi housewife tu. Serious tak cukup 24jam. Kadang-kadang tu tak sempat nak makan, dalam otak ni macam-macam nak buat tapi apa yang mampu je boleh buat.

Jadinya nak cakap untuk mommies di luar sana, sememangnya sangat beruntung untuk jadi housewife lebih-lebih lagi ada degree ataupun master sekali pun. Hiraukan pandangan negatif orang okay? Percayalah kebanyakkan mommies yang bekerja, mereka nak sangat jadi full time housewife. Boleh jaga anak sendiri katanya tak perlu risau cari hantar ke taska atau cari babysitter.

Yang isu degree ke master ke...itu rezeki masing-masing.. tapi kan ada kajian mengatakan kalau mommies semua ni golongan bijak pandai, nanti anak-anak mewarisi taw.. Tak nak ke anak-anak u olls ni cerdik pandai. Nanti anak-anak dah start masuk sekolah senang mommies nak pantau sendiri ataupun ajarkan sendiri. Dah bonus mark dah kat situ.

Panjang celoteh dah ni. Pape pun pada ramai orang kat luar sana, tak kisah apa pun pekerjaan orang sekalipun kita seharusnya kena respect. Housewife pun sekarang dah jadi career. Ada tu housewife plus dengan bussinesswoman plus dengan blogger plus dengan part time home tuition. Macam-macam la..

Tabik hormat for all mommies with degree or master or PhD holder (apa-apa background study pun)

Salam nukilan daripada empunya blog, ANISA.

1 comment:

  1. sekarang ni saya memang jadi full time housewife sebab tengah pregnant. kena suruh rehat je. sebab kandungan pertama kan.

    ReplyDelete

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post