Hadiah apa nak beli untuk Atiya?

Hey semua.. Minggu ni penuh dengan hari jadi keluarga saya. Hari ni,26/2 adik saya,Awie. 2/3 hari jadi mummy dan 3/3 hari jadi adik bongsu saya,Atiya. Memandangkan yang sorang ni je hadiah macam tak boleh nak delay..so tengah pikir apa saya patut bagi...cadangan??

Dia ni minat buku..terutama buku matematik. Tapi ni option dikira 'out' sebab dia ada berlambak dan...dah tak jadi special kalau jadikan present.

Next option, MAINAN. Tapi dah tak boleh bagi soft toys dan teddy bear. Too much at home. Sampai bilik I pun jadi mangsa,okay.. Mangsa tempat penyimpanan anak-anak dia.

Susah jugak nak pikir hadiah yang sesuai. Plus, nanti bapak lagi bagi.. bestnya jadi adik bongsu ni. Sekarang dia dah tahu kakak dia dah kerja,lagi la dia nak hadiah. Cuma satu je,jangan dia request nak tab ke ipad air ke..yela kan..kalau bapak tak bagi,pada siapa pulak dia cari nanti..

Ohhh,  better pikirkan jugak present mummy dan Awie..

Please korang...ada idea tak..

Penulis yang buntu untuk beli hadiah adiknya,

ANISA ANUAR
xoxo

4 comments

Popular Posts