Assalamualaikum semua... kali ni post nak mengisahkan sebuah percintaan yang saya sendiri tidak sangka betul berlaku dalam hidup saya.
Kisah mereka ala-ala dalam lirik lagu Cinta Muka Buku dari Najwa Latif.
Saya meupakan 'mutual friend' kepada pasangan mempelai ini..
Alhamdulillah, kini mereka sudah pun bergelar suami isteri..
Kisah mereka bermula si gadis menemani ku unutk membeli makan malam..
lalu terserempak dengan si jejaka ni..
lepas bertemu selama kira-kira 3 minit,
saya bercadang untuk suggest friend si jejaka tadi kepada si gadis ini..
Dengan pantas masa berlalu, mereka menjadi kawan..
kemudian terus bertunang dan akhirnya kahwin..
gara-gara kisahnya, ramai mahu saya jadi 'match maker'
tapi saya menolak kerana...saya tidak berani mempertaruhkan dan mempermainkan
perasaan seorang kawan..kerana ianya pernah terjadi pada sahabatku dahulu..
bila disuruh match maker kan...saya hanya berkata,
"pertemuan itu bukan la sengaja..mungkin itu cara Nya mempertemukan jodohnya.."
Moga kalian bahagia sampai ke anak cucu..
Bila melihat kalian, kadang-kadang rasa geli hati..
kena si jejaka itu sahabat bersama satu badan uniform dan
si gadis itu...merupakan sahabat ku di universiti..