Sunday, July 09, 2017
2017 Money Challenge for kids | progress
#TabungAnak
Sememangnya bila dah ada anak, mesti dah fikirkan ke depan...bukan apa yang dia akan jadi tetapi persediaan untuk mereka. Walaupun Maira baru setahun lebih dan bagi Nisa itu bukan alasan untuk Nisa tidak mulakan sesuatu untuk Maira.
Alhamdulillah untuk quarter 1 & 2 dapat dilaksanakan dengan jayanya dan lepas ni, fokus untuk quarter 3 & 4. Buat masa ni, Nisa buatkan dahulu dan bila Maira dah ready, dia pulak akan take over money challenge ni. Seronok sebenarnya buat ni dan sememangnya ni dah jadi sebahagian hobi Nisa. Boleh kan jadi ni hobi... dan tak mustahil, lepas ni kita up kan sikit amount untuk buat money challenge. InsyaAllah dengan izinNya. Ohh memang sekeras-kerasnya Nisa tak usik hasil money challenge ni. Tidak sama sekali digunakan untuk tujuan lain.
Jangan pandang nilai yang dapat dikumpul tapi effort yang kita berusaha disiplin untuk menabung.
Okay lah.. ibu bapa diluar sana boleh je buat kan untuk anak-anak ea. Jadikan money challenge ni sesuatu yang menyeronokkan.. Selamat mencuba!!!
Saturday, July 08, 2017
Shoe Rack | Lazada
Kali ni nak share Nisa ada beli shoe rack dari Lazada.
Asalnya Nisa ni jenis tak rajin nak bukak Lazada pun,
tapi sebab bapak yang rekomen kan untuk Nisa.
Biasanya apa bapak rekomen, dengan cepatnya Nisa beli tanpa ragu-ragu.
Ada 6 level shoe rack ni. Itu pun banyak space lagi kan?
Price beli waktu ni tak sampai RM30 and free shipping.
Dari segi nak tunggu delivery, tak lama pun..order weekend, isnin dah sampai.
Ada 3 kaler..dan kaler grey ni jadi pilihan.
Ada beli extra haritu sebab murah kan, tapi kalau letak 2..jadi banyak pulak.
On-hold dulu lagi satu ni..
Poll #1 : Which one you prefer?
Hi guys.. This time around just want to share you simple poll
that I have created a few days ago using Toluna.
What is Toluna? I will share you more on that later and let's focus on the findings, okay?
With try and error and I am quite surprise with people voted.
I thought no one will answer my question.
The findings are :
1. Most of them, prefer to do outdoor activity more than go out at mall.
2. The difference in percentage not too wide in gap, so we can say it is just slightly the same.
3. Most of the respondent between age 18 to 34.
I have run another poll and I can't wait to share here at my blog.
I love my passion with analysis and blog are combining together.
Gentle reminder, all findings are not totally accurate and it is just for simple analytic sharing purposes.
Friday, July 07, 2017
Belajar Kelas Kenal Abjad Bahasa Korea
Assalamualaikum dan hi semuanya.. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk belajar kelas kenal abjad Bahasa Korea. Kenapa nak kenal abjad? Bukan nya percakapan harian yang macam dalam drama korea tu.. Itu sebab kan kerana kerja yang melibatkan bahasa korea. Jadinya bukan lah nak kena translate, cuma perlu faham je.. Ada basic pun jadi lah.
Ada 14 konsonan dan 10 vowel. Nampak lebih sedikit dari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris tapi kena berlatih jugak untuk bagi mahir. Mana ada orang terer bahasa dalam sehari kn. Bagi Nisa karakter abjad bahasa korea nampak catchy. Ada yang nampak macam orang lidi pun ada. Jakun sekejap jadinya.
Apa lagi Nisa dapat? Tulis nama sendiri dengan apa yang dah belajar hihi.. Hasil tulisan dalam nervous cuba jugak confident. Feel great about it and I feel blessed.
Kamsahamida.
Thursday, July 06, 2017
Cara Track Perbelanjaan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ni tergerak hati nak berkongsi cara Nisa track perbelanjaan yang Nisa sendiri buat sejak first month bekerja. Suka Nisa nak ingatkan cara Nisa ini manual dan kemungkinan akan lost track juga tinggi tapi Nisa lebih suka cara ni walaupun ramai yang sugesst boleh guna apps. Kenapa? Call me old-fashion tapi rasa kepuasan dengan cara ni.
#1 Financial audit track - bulanan
Jadi kat sini Nisa akan check komitmen yang perlu diuruskan. Ada mention amount yang dibayar, tarikh bayar, bayar menggunakan CDM / online banking/ auto-deduct.
Adanya ni akan nampak dengan lebih jelas.
#2 Financial audit receipt
![]() |
| slip bank, receipt belian |
| lebih pada online banking receipt |
Simpan semua receipt yang ada. Hardcopy dan juga softcopy. Adanya ni, boleh tengok habit perbelanjaan macam mana.. ohh ada jugak transaction untuk business.
Not easy to manage, but I able to do it..lepas ni insyaAllah konsisten teruskan.
Apa saja cara kita nak guna, pucuk pangkal semuanya melibatkan disiplin dan diri kita sendiri.
Pada yang ada pasangan pula, perlu banyak ada meeting kewangan, at least a month.
Tu la Nisa dengan husband selalu buat hehe...Alhamdulillah outcome discussion ada hasil yang baik.
Apa saja cara kita nak guna, pucuk pangkal semuanya melibatkan disiplin dan diri kita sendiri.
Pada yang ada pasangan pula, perlu banyak ada meeting kewangan, at least a month.
Tu la Nisa dengan husband selalu buat hehe...Alhamdulillah outcome discussion ada hasil yang baik.
Okaylah cukup sharing ringkas dari Nisa.
Boleh share post ni, jika rasa ada manfaatnya.
Terima kasih.
ANISA ANUAR
Tuesday, July 04, 2017
Maira picnic
Cerita Ahad lepas bila Maira bosan dah main kat rumah.
Habis satu rumah dipunggah dengan barang mainan dan buku dia.
Last option yang ibu boleh fikirkan, PICNIC!!
Okay apa nak kena ada main picnic ni..hurmm sel-sel otak mula berfungsi.
Nak bagi Maira main ni, ibu pun kena jadi kreatif taw.
Nak tarik minat dia dan Nisa pulak memang terhad kan penggunaan phone depan dia.
Hanya akan 'belanja' tengok video Didi & friends kat youtube kalau dia behave.
Berbalik pada picnic Maira ni. First, ibu kena cari alas tikar atau pelapik.
Lepas tu, keluarkan semua 'kawan-kawan' dia ada..and of course ibu and ayah already invited.
Then, mesti la ada favorite thing dia..FOOD!!!
And volla...jadi picnic untuk Maira.
Ada siapa-siapa nak join Maira picnic ke?
Dah lama tak picnic kat taman...boleh la ada rezeki nanti kita picnic ea Maira.
Sunday, July 02, 2017
Bila bab makan, dia....
Hi semua.. Jadi apa cerita anak kesayangan sorang ni? Well, Maira sekarang suka makan..which is good and pleasant.. Tiap kali nampak orang makan, mesti ada cakap "Nak..nak.." sekali dengan angguk yang bersungguh. Ada jugak yang pesan, dia sekarang stage akan cakap nak and kita as parents kena kawal jugak sebab tak semua dia boleh makan. Dia akan cakap "nak" to everything..
Ada satu masa bulan puasa lagi beberapa hari nak raya, time bukak puasa boleh tahan banyak dia makan. Lepas tu, sampai guling-guling sebab perut penuh.. nak naik tangga,baru 2 anak tangga dah mengah..haiyaaa anak..anak... geli hati tengok..
Sejak hari tu, tak bagi banyak dah...berhenti sebelum dia kenyang yang amat..
Itu cerita minggu lepas dan latest raya baru ni, tak mau kita suapnya dia. Nak makan sendiri okay.. Dah besar, nak makan sendiri..
One thing yang Nisa suka dengan Maira, bila ditanya "Maira sedap tak?"
"Sedap,sedap.." dan yuppp dengan angguk bersungguh plus kunyah bersungguh. Bagi Maira makan, rasa seronok je bila masak ke atau suapkan dia.
Dia ikut perangai sape? Of course la Nisa.
Non-stop eating. Yes.
Suka makan. Yes.
Pantang ajak makan. Yes.
Bersungguh makan. Yes.
Nisa rasa syukur untuk ni. Ada geng si kecik bila makan. Thank you Maira.
![]() |
| time ni Maira temankan ibu teringin teppayaki |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Menu : Terung Masak Sambal Daebak
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
Popular Post
-
Assalamualaikum Dan Selamat semuanya. Hari ni rasa tergerak nak share tips pilih pengasuh. Percayalah tak begitu mudah InsyaAllah dengan ...
-
Assalamualaikum semua.. kali ni saya hanya nak memeriahkan contest yang tengah mendapat sambutan hangat untuk menguji SEO yang saya hanya d...
-
Hi semua, Nisa nak launching Birthday Giveaway untuk blog Nisa ni. Birthday Nisa sebenarnya 14 Mei (yeeeaaaaa) Jadi Nisa rasa i...






