Monday, September 21, 2015

Unplanned date : Maze Runner 2 movie

Hi semua.. Apa khabar? Saya alhamdulillah sihat.. Apa citer kali ni? Citer dia macam mana, baca taw sampai habis..

Pagi Sabtu baru ni, saya hadiri kelas keusahawanan untuk lengkapkan ilmu di dada. Kemudian dapat whatsapp message, kawan sekolah rendah ajak pergi IOI City Mall di Putrajaya. Masa tu tanpa pikir panjang terus saya plan dengan dia.

Kawan saya ni timetable kerja tak menentu.. Nak ajak keluar selalu saje salah timing. Dia yang suggest untuk layan movie.. Dan saya memang Okay untuk tu. Lupa pulak, nama kawan saya ni Nazihah. Nak berkenalan ke? Go through me first yaa..

Tapi bila dia tanya, "Tak apa ke nisa keluar? Suami tak marah ke?"

Dalam hati ada rasa geli hati sebab saya dengan suami memang saling kenal kawan masing-masing. Paham tak? Tak jelas eh.. Macam ni.. Kalau suami nak hangout dengan kawan dia, saya join sama.. Begitu sebaliknya. Suami nak main futsal, saya siap borak dengan suami dan kawan-kawan dia. Sebab itu cara kami.

Jadi kami bertiga layan Maze Runner 2.. Untuk pengetahuan semua, saya tak layan lagi Maze Runner yang first. Saya suka watak Thomas sangat bersemangat, fokus pada matlamat untuk ubah generasi muda dan bantu kawan-kawan dia. Sanggup buat apa sahaja. Rempuh dengan halangan walaupun tahu bahaya menanti di depan.

Cuma Part yang zombie tu tak suka. Sepanjang scene zombie, saya tutup mata.. Terperanjat tu takyah kira berapa kali.

Jadi, unplanned date lagi best dari duduk plan yang entah bila jadinya. Walaupun selama 13 tahun tak berjumpa, akhirnya rezeki untuk bertemu dapat juga. Alhamdulillah..

Itu sahaja dari saya. Terima kasih baca sampai habis ea..

Dari penulis yang akan terus menulis,

Anisa Nadhira Binti Anuar..

Sunday, September 06, 2015

Movie Transporter Refueled


Hi semua.. Tadi layan cerita Transporter terus update.. Rating bagi untuk cerita 8.5 daripada 10 bintang. Walaupun cakap "alaaaa... Hero baru tak best..."

Korang ni bagi la peluang orang baru berkarya dan saya sangat berpuas hati lakonan dia. Tak ingat pulak nama hero baru ni.

Aksi paling best semestinya dia Transporter guna Audi S8. Perghhh korang tengok sendiri la, tulis sini tak cukup satu Page.

Satu minggu plan dengan member untuk kasi tapau satu hall, gather ramai-ramai untuk layan cerita ni.

Saturday, September 05, 2015

Berjinak dalam dunia business


Hi semua.. Apa khabar? Hope semua sihat je. So tengok tajuk pasal berjinak dalam dunia business. Siapa?? Of course me!!

Well basically, tak suka business sebab tak ada bakat and memori dapat C+ subjek Marketing bertambah penguat tak nak involve business. Jadi kenapa business?

Simple. Nak duit lebih, jalan yang jelas dengan perniagaan. Lagipun 9 daripada 10 punca rezeki datang dari perniagaan. Business jugak la career Rasulullah, Siti Khadijah, Saidina Usman bin Affan.

Tapi pendapat peribadi saya, bila kita business di situ kita akan kenal siapa diri kita. Bila rejection adakah terus down atau akan lagi bangkit.. Banyak kenal pencipta kita, Allah s.w.t.

Bagi saya kepada golongan yang cuba down kan orang lain berniaga sama ada 1) dia golongan yang pernah tidak berjaya dan merosakkan orang lain yang ada semangat berniaga 2) tak reti pun nak berniaga tapi cakap power semua benda.

Nasihat saya sebelum nak berniaga mula sekali ada ILMU. Tak ada ilmu, tak usah nak berniaga. Jangan berlagak tahu semua benda. Orang yang sudah buat jualan bulanan jutaan ringgit pun masih mencari ilmu.

Lepas tu, kalau tak pandai buat produk.. Guna produk orang lain. Belajar macam mana packaging, cara pembuatan, khasiat, dan bahan digunakan. Cara yang sama Pengasas D'herbs, Alif Syukri gunakan. Follow page dia untuk tahu perjalanan dia dalam dunia business.

Nasihat yang lain, hati kena kental dan ada sikap cukup - cukup mahu. Walaupun hampir setahun dah ceburi, perubahan ketara saya sudah hati kering dengan alasan dan apa sahaja orang cakap kan. Sebab orang tak faham apa kita buat, memang akan cakap apa yang dia sahaja yang betul. Surrounding semua kena orang positif.. Mesti, mesti dan mesti..

Cukup la dulu, setakat ini.. Kalau ada umur panjang mungkin saya akan ceritakan journey saya. Itu pun kalau ada yang mahu membacanya.

Salam maju jaya dari penulis,

Anisa Nadhira Binti Anuar

Friday, August 14, 2015

Banyaknya kad!!!

Apa yang banyak kad ni... Nanti tengok gambar la ea. Reaksi yang saya dapat "perghhh kencang..."

"buat apa banyak-banyak"

Well let just say that, Bila tukar status makin tambah la. Dan..... Company ku memang jaga benefit staff nya.

So, kepada kawan yang pernah offer, thanks taw.. Keep on offering others who need it.. Educate sikit kawan-kawan kita tu..

Tuesday, August 11, 2015

Write This Yourself | 3 Things that I'm thankful of


Hi guys. Today I want to write my public diary in here.
Well technically I'm all good for sharing it, so you guys can imply it to your daily life.
What I will get for it? 
Basically I get nothing, just I can help you guys to start somewhere about yourself.

Have you wonder, why your life so difficult?
Why I can't have what I want?
And people just say, "Blessed what you have. Be thankful"
People around you can advice, but it's all about yourself to think further and act upon to it.

What I do when I reach my limit, I've start to talk with myself..
"I am so thankful I have this and that"
and I will write what I've thankful of so that I can read back what I've wrote down before.

So, here's 3 Things that I'm thankful of for today 

1. My phone not working. So,instead of me worry about my work and about my social.
I should take a good rest as I'm now in recovery mode.

2. Fever, cough and blood circulation issue. Well, I think I need to start about my health from now on. I have my own family right now. When we are sick,we start to call our creator (Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ku) and we start think we did past.

3. I have wonderful husband. My chef, my nurse goshhh how am I going to do without him. Thank you for the attention and care.

Well, that's from me. And how about you? You can do it too.
You will be amazed what the outcome later on.

From the writer,

Anisa Anuar 

Cerita nostalgia - Duit syiling emas Seringgit


Hi semua.. dah lama tak menulis..
Hari ni tulis la ea sikit.. Cerita ni ada saya upload kat facebook saya,
tapi nak cerita lebih kat sini..


cerita prank ni dah lama,cuba jugak selongkar post lama-lama,rupanya takde pulak.
Prank budak-budak. Baru nak belajar.
Ideanya nak distract kawan ni,supaya prank tu menjadi.
and yes,memang menjadi walaupun pelakonnya dari budak innocent ni ecehhh up diri sendiri pulak..

"Azah, tolong la carikan duit syiling banyak2 jatuh kat pond tu..."
(muka resah gelisah)

"banyak mana keeba.. macam mana nak cari..dah malam ni.."

"please azah...orang lain busy dengan apa tah...temankan la carikan..."

ingat lagi la dialog...wahhaha..and end up azah basah lenjut kena air campuran sabun, pewangi, detergent, dan jangan tanya lebih apa lagi bahan-bahannya..

nostalgia sangat. Korang ada kenangan dengan duit syiling emas seringgit ni ke?
jangan kenangan yang menakutkan je la ek..

Thursday, August 06, 2015

House warming and open house raya Zulnisa

Hi semua.. Baru sempat nak update blog hari ni. 2hb Ogos, Ahad kami buat open house Raya untuk sahabat-sahabat dan keluarga yang datang. Dengan bantuan kakak dan adik ipar, semuanya berjalan dengan lancar.

Mula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 9 malam. Plan asalnya target 50 orang. Alhamdulillah ramai yang datang, lebih dari 50.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Walaupun first time buat open house untuk rumah sendiri, insya Allah kalau ada rezeki akan kerap kami buat.

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post