Tuesday, August 14, 2012

Tahun ni Beraya di mana??


Assalamualaikum semua... diharap semuanya sihat sahaja.. 
Tiap kali raya 1st orang akan pikir balik kampung kan? 
tak kisah la, kampung kita tu kat area bandar ke atau memang kawasan kampung...

 jadi...mana korang beraya kali ni???

saya pulak macam tiap-tiap tahun dari saya dilahirkan sampai la sekarang...
akan beraya di Ipoh,Perak.. kampung belah keluarga mummy saya..
tak pernah nak rasa jemu untuk beraya kat Ipoh..

cuti raya pun dah nak dekat.. 
ada pesanan penaja sikit ni..
diharapkan anda dapat merancang perjalanan anda untuk pulang ke kampung halaman dengan selamat... ingat orang yang tersayang..
jangan lupa kasi service dulu itu kereta korang yea...
kalau ngantuk,tidoq dulu kat mana-mana kawasan R&R



Sunday, August 12, 2012

book review | Chicken Soup for the Soul:Tough Times for Teens


Assalamualaikum and hello everyone. For today book reviewing, I would like to share one of my book collection entitle Chicken Soup for the Soul: Tough Times for Teens.

Summary:  A collection of 101 true personal stories about the hardest parts of being a teenager. Substance abuse, sexual abuse, self-destructive behaviors, eating disorder, love gone wrong, family issue and death of love one are being cover in this book. Each of the story is written by other teen who overcame their challenges and found happiness and meaning in their lives.

It is an interesting book to read especially teenagers out there who live in fear of the hardest parts being a teenager. Totally being inspired by them who have courage to let others know their story.

In my opinion, this book sure give a lot of lesson for all teenagers, like myself to survive our  youth time...Based on true story from people who live with tough time and believe to help others who might be in the same situation.. 

please ignore the 25% Off there,okay?

Friday, August 10, 2012

Misi Mengemas Rumah


Assalamualaikum dan hye semua... Bulan puasa kali ni terasa panjang bagi saya. Mungkin sebab saya bercuti, tu yang rasa panjang.. Misi mengemas rumah ni sememangnya rasa tak pernah habis disebabkan ada adik kecik ni... Mengecat rumah, kemas bilik, buang apa yang tak patut contohnya kertas-kertas sejak zaman SPM lagi, baju yang tak muat dan jarang guna diberi kepada kepada yang lebih memerlukan...

kenapa perlu tunggu nak raya baru nak buat? mungkin ada yang akan cakap, kan lebih elok jika konsisten maknanya tak perlu nak time raya baru nak buat... tapi bukan ke time raya orang nak datang ziarah-menziarahi, sanak-saudara berkumpul.. apa-apa pun alasannya bagi saya, itu la masa yang sesuai untuk melaksanakan misi mengemas rumah... 

harap kan semua kawan-kawan di luar sana pun melaksanakan misi mengemas ini...

Monday, August 06, 2012

Olympic London 2012: game pilihan anda?


assalamualaikum semua... semalam kita digegarkan berita yang Dato' Lee Chong Wei merangkul pingat perak untuk acara badminton. Beliau sememangnya hero Malaysia.. bukan rezekinya untuk dapat pingat emas.. apa-apa pun kami penyokong Dato' Lee Chong Wei akan sentiasa sokong beliau..

Olympic 2012 memang event yang menarik untuk kita tengok.. 

apa game pilihan anda??

saya punye pilihan ada 2 game.. basketball dan cycling.. antara game mesti ikut.. mungkin sebab minat la kot.. tak ada favourite team, cuma suka game tu..basketball tu lebih tengok team USA. maklum la majority dari mereka NBA Player. Cycling?? baru paham cara permainan, rasa macam menarik...tu yang suka...  korang pulak bagaimana?
akhir sekali, semoga berjaya kepada kontinjen Malaysia...bawak lagi banyak medal.. make us proud.. chaiyok3!!

haaa!! esok Dato' Lee Chong Wei akan tiba di KLIA pukul 6.30pagi..siapa berkelapangan, lepas solat subuh...pergi sambut beliau hehehee...

p/s: kalau boleh dapat full data game Olympic London 2012 ni...dengan kerajinan dan keazaman...teringin nak test performance game...siapa yang perform..team mana ada potensi, ada strategi...semua tu dengan kalau la...

Senang ke nak berfikiran positif?


Assalamualaikum dan hye kepada semua... pagi ni nak bagi otak tu berfikir sebentar... kita memang sentiasa diingatkan untuk bersikap positif. Bila kita bersikap positif, semua perkara yang mustahil jadi tidak mustahil (betul kan, tak terbalik kan ayat ni?? hihihi) 
bila berlaku sesuatu perkara yang boleh melemahkan semangat kita..kawan-kawan yang tak beri dorongan..untuk menanganinya harus berfikiran positif..
untuk buat orang lain berfikiran positif itu memerlukan bakat juga taw.. tak semua orang boleh lakukannya...

mungkin ada yang cakap, "alarhh kalau takat cakap je...aku pun boleh buat.."
pada pendapat saya, untuk sentiasa berfikiran positif memang susah bagi saya...tapi...kena buat secara konsisten..dan perlu selalu muhasabah diri...letak kan diri kita pada keadaan orang lain.. 

kepada kawan-kawan yang lain...teruskan berfikiran positif..saya pun akan berusaha untuk melakukannya juga... ini sahaja dari saya... 

so, BE POSITIVE!!!

Thursday, August 02, 2012

music of the day: Music Never Sleep by Jason Chen


I like to share this with you guys...
the melody, rhythm and lyrics are the best..


pesan yang pernah ku dengar


Assalamualaikum dan hye semua... salam ramadhan buat semua... 
teringat masa kecik, mummy saya cakap macam ni...

"jangan mandi jauh sangat (pantai), kat sana ada ikan jaws"


time tu sebab takut sangat, percaya la sebulat-bulat nya...bila dah besar ni...rasa geli hati bila pikirkan balik pasal ni...korang pun ada gak kan..
sebenarnya nak cakap kalau mandi jauh tu kan makin dalam...lemas baru tahu..
masa kecik, lagi dilarang...makin nak dibuat...
ada la hikmah nape mummy cakap macam tu...

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post