Wednesday, August 25, 2021
Menu : Terung Masak Sambal Daebak
Support bisnes member
![]() |
|
Friday, November 13, 2020
Melly 'ME time' at Catzonia, Bangi
Location Catzonia, Bangi terletak area Bangi Getaway. Waze je : Catzonia, Bangi.
Jangan jadi macam Nisa taw, confident je kat mana tu terus drive sekali salah tempat. Nasib baik la tempat yang salah tu tak jauh mana.
Sebabkan PKP ni, sebelum masuk kena buat appointment dulu taw. Inform kat diaorang nak buat apa. Sebab nanti senang, nanti datang bagi nama je lepas tu sign. Tinggalkan dalam dua jam macam tu untuk sesi manjakan diri.
Pergi situ selesa sangat, layanan dan service tip-top sangat. Nisa lambat dalam hampir sejam jugak lah dari timing appointment sebab stuck traffic jem (guna jalan dalam, tak boleh masuk highway). Macam biasa kena check-in MySejahtera, tu jangan lupa. Bukak kasut taw nak masuk tu. Masuk tu kita akan disambut kucing yang comel taw. Haihhh geram je tengok. Tengah nak register tu, ada seekor kucing duduk diam je kat kaunter. Haaaa comelnyaaaa. Alhamdulillah smooth je nak register semua.
Dari segi harga, untuk "me time"agak reasonable. Kalau dah biasa manjakan kucing boleh tahu harga tu reasonable ke tak. Masa diaorang nak trim Melly ada la tersalah potong sebab Melly tak duduk diam kan. Dapat mandikan budak ni pun dah kira kagum dah. Puas nak buat sendiri bila nak bersihkan dia ni.
Dalam kereta, sempat Melly tidur kejap haihhh panggil nama terus bangun. "Penat ke gi spa ni..."Boleh tengok IG @catzonia.bangi taw boleh tengok gelegat comel kucing yang ada. Tak silap Catzonia ni banyak cawangan, so review yang Bangi punya je taw.
Friday, October 30, 2020
Dilema tudung
Bila nak beli tudung baru tu kn...konon nak cuba warna yang bukan biasa untuk Nisa tapi end up akan cari jugak warna blue black. Suami pun akan cakap "warna ni bukan you dah ada ke..??"
"Alamak, perasan pulak dia ni..." bisik dalam hati. Yelah kita pun kena pandai cari jawapan..
Jadinyaaaa inilah jawapan Nisa dah standby kan...
Please bagitahu Nisa bukan Nisa je yang macam ni.. Bila ada geng ni, lega sikit hahaha..
"Bukan I je ada dilema ni taw..."
Sunday, October 25, 2020
Jalan-jalan Cari Makan @ Ayang Cafe, Kota Bharu
Hi semua. Post kali ni cerita jalan-jalan cari makan di Ayang Cafe, Kota Bharu. Walaupun sekarang dengan covid-19 ni, Alhamdulillah berpeluang jugak pergi. Ini pergi sebelum bermulanya wave yang ketiga ea (tanda-tanda kes naik bermula).
Asalnya tak pasti nak makan mana. Kita mintak suggest dengan family in law, katanya jom try makan sini. Maklumlah tak familiar sangat Kota Bharu. Taw situ banyak makanan sedap. Kalau duduk KB ni mau naik badan citer dia. Jadi kita ke AYANG CAFE. Lebih senang, guna waze nak cari kedai ni. Jangan terlajak selekoh taw nak cari tu. Paling senang, kedai AYANG CAFE ni kaler PINK. Iye pink. Senang nak cari.
Kami sampai pun dah pukul 9 lebih, mostly nasi berlauk dan nasi dagang dah habis. Sempat la grab satu untuk si anak dara sorang ni. Suka betul makan masakan Kelantan ni. Boleh tahan la ramai jugak tapi jangan risau SOP tetap jaga. Jarak meja tu ada. Kalau kedai makan best, customer tu silih berganti. Satu meja dah bangun, selang berapa minit dah ada orang yang duduk gitu.
Saturday, October 17, 2020
Pengalaman Diving (Open Water)
Thursday, June 18, 2020
Masak - Masak PKP by Anisa
Hi semua. Hari ni Nisa nak share gambar yang Nisa masak waktu PKP ni. Boleh katakan mostly masak tapi ada jugak request nak tutup dapur sehari. Kita macam support lokal bisnes gitu. Soalan yang common bila kita dah masak ni
"Apa nak masak ea hari ni?"
Walaupun kadang-kadang terpaksa tanya anak nak masak apa, last sekali kita jugak la decide nak masak apa. Ingatkan menulis kat blog je ada "block" moment, memasak pun boleh jadi juga ea. Ada jugak try menu baru, maira pun "taknak makan tu ibu...""Try dulu.. Rugi tak try..."
Haaaa dah makan tu tak berhenti pulak dah. Menambah pulak tu. "Sedap kan? Kalau tak makan tadi, habis semua ibu dengan ayah makan..."
Nak share gambar lauk yang Nisa buat hari tu. Kebanyakkan menu Nisa banyak tengok YouTube CikNom. Cara dia explain dengan bahan-bahan semua jelas. Termasuk apa nak buat kalau jadi macam ni atau macam tu. Biasanya Nisa akan tengok video, faham kan persiapan dia dan cara nak masak. Setakat ni semua menjadi.
![]() |
| Ni lauk kangkung belacan |
![]() |
| Ni Udang masak lemak. Menu dari ayah Nisa sendiri. |
![]() |
| Bihun goreng |
Tuesday, June 09, 2020
Blog Review : Blog Adianiez
Hi semua. Hari ni Nisa ambil masa untuk review blog Blog Adianiez sempena pemenang Birthday Giveaway Nisa bulan lepas.
Follower pun ramai bangat dan Nisa pun baru follow, tapi tah macam mana tak ter-follow sebelum ni. Itulah kata bukan rezeki untuk follow waktu itu.
Dari segi susunan dalam blog ni, Nisa suka sangat - kemas dan senang nak cari button follower, Entri Popular dan Topik Pilihan. Baca post Tukar Pintu Tandas dah rasa macam nak tukar pintu toilet sekarang jugak, aci tak ada feeling macam ni? Susunan untuk current post pun cantik, nak jugak susunan macam tu.
Semoga kita dapat maintain ukhwah dalam dunia blog dan mana tahu sampai luar blog pun. Apa-apa pun tahniah untuk Birthday Giveaway haritu.
Sunday, May 31, 2020
Keputusan Birthday Giveaway Anisa Anuar official blog
Hi semua.. Alhamdulillah selesai sudah Birthday Giveaway yang Nisa buat baru-baru ni. Terima kasih kepada semua yang join simple Giveaway. Sebabkan itu kepada semua yang join Giveaway, Nisa akan letakkan permanent dalam bloglist Anisa Anuar official blog ni.
Sebelum umumkan pemenang Giveaway yang semua orang tunggu, Nisa ambil kesempatan ini menceritakan berkaitan produk NIQA. Kebiasaan Nisa akan perkenalkan NIQA ni, kami pakar penjagaan tudung secara menyeluruh. Ada 3 produk utama kami
- NIQA Instant Stain Remover - menghilangkan kotoran dengan segera. Dengan mudah diceritakan senarionya, kita dah tak perlu pergi ke sinki untuk bersihkan kotoran sampai basah lenjun baju kita. Cuma gunakan NIQA Instant Stain Remover dan wet tissue (kain basah)
- NIQA Hijab Wash - semudah rendam, bilas dan sidai. Kita digalakkan mencuci tudung kita dengan hand-wash untuk bagi tudung kita dalam keadaan yang baik untuk jangka masa yang lama. NIQA Hijab Wash juga mampu menghilangkan kesan peluh, kotoran foundation di keliling tudung.
- NIQA Hijab Awning Starch - biasa Nisa akan cerita ni nak bagi tudung kita 'on-point' dan terletak cantik gitu. Kalau zaman dulu kita letak plastik keras kat tudung tu.
![]() |
| Kami pun ada buat trial pack ni buat mereka nak cuba buat kali pertama |
![]() |
| Nape rasa budak ni makin chubby |
![]() |
| maafkan tulisan doktor ku ini..dulu teringin nak jadi doktor tapi takut darah, simpan je angan tu. |
2 pemenang Produk NIQA - Instant Stain Remover plus with wet tissue NIQA
Adianiez AIDA
Umi Nazrah
3 pemenang wang tunai RM10 (duit raya alang-alang tu)
Aimi Syahirah
Ombak Bergigi
Silah Hassy
Alhamdulillah kita dah dapat pemenang. Nanti boleh email kepada Nisa (anisaanuar@gmail.com) untuk claim hadiah taw. Terima kasih kepada yang join Birthday Giveway dari Anisa Anuar official blog. InsyaAllah ada rezeki lagi, Nisa akan buat lagi. Mungkin hadiah yang lain pulak.
Lepas ni Nisa akan buat blog review pulak, doa-doa lah ada masa boleh buat tu nanti.
Terima kasih semua.
Wednesday, May 20, 2020
Update Birthday Giveaway Anisa Anuar Official Blog
Hi semua. Nisa nak bagi latest update tentang Giveaway yang masih lagi berlangsung. Jadi masih open ea buat semua. Boleh ke post ini taw Birthday Giveaway Anisa Anuar Official Blog kepada sesiapa nak join. Simple je Nisa buat sambil tu nak kenalkan produk yang Nisa jualkan. Alhamdulillah rezeki Ramadan dan boleh kata rezeki PKP, team Nisa makin berkembang dan sama-sama mengambil peluang yang ada untuk jana pendapatan.
Jadinya Nisa dah tengok mana post yang ada dan masih lagi ada tak baca lagi. Maafkan saya sebab ada kerja hakiki, bisnes, family lagi jadi nanti ada masa akan baca selebihnya. Last date untuk buat Giveaway ni 23 Mei 2020 (haah ini malam raya). Nak cukupkan sepuluh raya (hari la... apa raya pulak hahhaa) daripada 13 Mei 2020, gitulah kira-kiranya.
Nisa decide nak announce pemenang pada 29 Mei 2020 (kerja tak berapa banyak hari Jumaat kalau tak ada yang menghalang). Nisa perlukan 5 pemenang untuk Birthday Giveaway ni. Rezeki siapalah ea. Selamat mencuba semua. Penyertaan di kira dengan post dibuat.
Alang-alang Nisa nak share dalam masa Giveaway ni, Nisa dapat slot tempat dekat salah satu butik di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Semua berjalan dengan lancar untuk urusan di sana.
Wednesday, May 13, 2020
BIRTHDAY GIVEAWAY ANISA ANUAR OFFICIAL BLOG
- Tulis posting dengan tajuk "BIRTHDAY GIVEAWAY ANISA ANUAR OFFICIAL BLOG"
- Letakkan banner Birthday Giveaway dan backlink ke post ini.
- Follow blog Anisa Anuar official blog dan instagram shop Nisa NIQANYSA (kalau takde instagram, tidak mengapa)
- BONUS : Tag 3 rakan blogger yang lain untuk memeriahkan lagi Giveaway ini.
2 pemenang Produk NIQA - Instant Stain Remover plus with wet tissue NIQA
3 pemenang wang tunai RM10
Kelima-lima pemenang akan blog review daripada Nisa.
Nota : hadiah layak diterima oleh seorang pemenang untuk setiap satu. Contoh, orang yang sama tidak boleh terima hadiah produk NIQA dan wang tunai.
Monday, May 11, 2020
Puasa di kala PKP
Hi semua. Hari ni Nisa nak menulis untuk sebagai kenangan tahun-tahun akan datang, pengalaman berpuasa semasa PKP ni. Beza sikit dari tahun sebelumnya - tiada bazar, tiada terawikh berjemaah di masjid dan feel mencari baju raya tahun ni pun macam ke laut sedikit.
Puasa pada tahun sebelumnya ada di office tapi tahun ni kita 'work from home' sambil 'home school' Maira Arissa. Tak boleh pun kena buat kasi boleh. Selepas PM umum PKPB extend lagi sebulan, nampaknya dah kena biasakan normal baru ni. Ternyata tahun ni beraya di perantauan. Tidak mengapa, bila lagi nak merasa raya di perantauan. Walaupun kampung sebelah negeri sahaja.
Puasa kali ni juga Nisa ada aktif dengan team Nisa bersama NIQA. Bila HQ offer harga ejen jadi RM10 sahaja sepanjang PKP, ada yang rebut peluang. Jadi tahun ni tidak ada Mood Republik tapi kita ada banyak Limited Edition seperti Healthy Box, Mariami Box, Ajwa Box dan Bingkisan Aidilfitri. Boleh follow shop instgram NIQANYSA. Yang tak pasti lagi tahun depan, masih akan ada Limited Edition seperti ini.
Walaupun rasa seperti hanya melihat dinding bilik dan ceiling diatas tapi percayalah ini yang terbaik untuk kita hapuskan rantaian COVID-19. Maira pun tak berani nak keluar, walaupun ada jugak ajak untuk keluar sebentar,
"Ibu...kat luar ada germsss (gaya Laila watak Kampung People). Cannot go outside..."
Nanti baca balik untuk sekian kalinya akan datang menjadikan PKP sebahagian memori kehidupan.
![]() |
| lukisan Maira menggunakan Paint |
Penulis blog,
Anisa Anuar
Thursday, May 07, 2020
First time online class
Hi semua. Assalamualaikum. Hari ni Nisa ambil kesempatan untuk bercerita pengalaman Maira masuk online class.
Dia punya nervous nak masuk kelas tu entah lah. Lama sangat tak pergi sekolah kot jadi blur gitu.
Baru taw macam mana dia dalam kelas. Tersipu aje tiap kali teacher dia tanya. Alahaiii anak ku..
Kita pulak yang macam bisik "kuat sikit, teacher tak dengar apa Maira cakap..."
Wednesday, May 06, 2020
Monday, May 04, 2020
Pengalaman jadi moderator | online version
Hi semua. Hari ni Nisa nak share pengalaman Nisa jadi moderator dalam salah satu initiatif event office. Nisa merupakan salah seorang ahli jawatankuasa di office untuk buat aktiviti yang boleh buat officemate buat luar daripada kerja. Sepanjang PKP, kita buat simple survey macam mana bekerja semasa PKP. Kebanyakkan officemate yang newly in parenthood , mereka struggle untuk seimbangkan kerja dan keluarga. Jadi Nisa dijadikan orang yang menggerakkan sesi untuk sharing dibawah Women In Nielsen (WIN). Nisa menggerakkan dan pada masa yang sama ditugaskan jadi moderator. Sebabkan Nisa juga seorang ibu dan nak cari yang lain dalam online mungkin makan masa.
Semua berjalan dengan lancar dalam masa 30 minit dan bersama Nisa ada dalam 4 orang moderator. Mereka boleh dikatakan ada peranan masing-masing bagi department mereka. Nisa rasa terharu sebab mereka sanggup meluangkan masa bersama untuk berkongsi.
Sebagai moderator, Nisa sediakan beberapa soalan dan ada yang tolong review soalan untuk jadikan lagi bermakna.
| Question |
| 1. What are your tips to work from home with kids? |
| 2. How to balance between your office and home task? |
| 3. Share with us a funny incident that had happened during your call/meeting throughout this MCO/lockdown. |
| 4. What can we do to make sure that we stay focused and committed at work while still being and happy and satisfied working from home? |
| 5. What do you enjoy most about working from home with the kids? |
| 6. Any advice for all the parents during this pandemic situation? |
Benda paling Nisa risau waktu ni sama ada tersasul takpun sesi akan jadi terlebih masa sebab tak boleh kawal presenter dengan audience. Ternyata sekali apa yang Nisa fikir tu tak berlaku pun, alhamdulillah semua seperti berlaku dengan baik.
Sunday, May 03, 2020
Segmen Bloglist PKP 2020
Hi semua. Hari ni kita join segmen blog sampai lebam. Tengah ada kelapangan sikit, kita buat mana yang boleh. Ada dinyatakan syarat nak buat segmen ni - semua dah dibuat dari Nisa.
Tapi ada extra syarat untuk segmen kali ni, iyelah nama pun blog - kita menaip banyak sikit kali ni.
3. Dalam entri tersebut, nyatakan pengalaman anda semasa PKP. Anda boleh menceritakan peristiwa menarik/tidak dijangka yang terjadi kepada diri anda.
Jadinya sepanjang PKP, Nisa boleh katakan lebih banyak bershopping online ya. Baru je hari Khamis yang lepas (30 April), bertubi-tubi parcel sampai ke rumah. Disebabkan rumah di tingkat 7 ni, tiap kali dapat panggilan perlu ambil parcel dibawah jadi kalut. Syukur ada suami boleh tolong ambilkan, waktu posmen datang, waktu itu jugalah ada meeting call.
Nisa juga memang 'Work From Home' (WFH) sepanjang waktu PKP ni. Memang sebelum bermula PKP, kami dah siap buat percubaan jika akan ada masa kita perlu WFH. Boleh dikatakan tidak mudah, sebab ada anak berumur 4 tahun. Ada masa dia mahukan aktiviti mewarna, melukis dan membaca. Memang struggle tapi komunikasi dengan team pun membantu, lagi-lagi ada meeting tak dapat join bila anak nak sesuatu.
Peristiwa menarik semasa WFH, ada perbualan sebegini dengan anak saya, Maira.
Maira : "Ibu, can you not join call?"
Ibu (saya lah ni) : "Cannot la sayang. Bos ibu ada dalam call tu. Nanti bos ibu cari macam mana?"
Maira : "Ask boss , ibu not join the call.."
Ibu : "Errkkk...cannot la my dear...Jap ea, sekejap je lagi nak habis call..."
Ni salah satu senario yang ada. Tak masuk lagi, bila kena video call - Maira panjat belakang, pegang mukalah...Nasib la anak seorang kalau ramai, semoga ada kudrat la waktu itu.
Korang pulak macam mana? Cerita lah sambil join segmen ni.
![]() |
| Segment Bloglist PKP 2020
|
Segmen Bloglist SitiYangMenaip 1/2020
Hi semua. Hari ni berkesempatan berblog-walking dan ternampak post kat blog Myarosli.
Apa lagi kita bagi moral support sikit segmen sempena PKP ni.
Friday, May 01, 2020
Pemenang segmen blog
Wednesday, April 29, 2020
Sunday, April 26, 2020
Segmen Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP by zzzyy.blogspot.com
![]() |
| Klik untuk join segmen |
Menu : Terung Masak Sambal Daebak
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
Popular Post
-
Hey semua.. minggu lepas saya mintak opinion nak belikan hadiah apa untuk adik. Ramai jugak bagi suggestion,terima kasih semua. Akhirnya say...
-
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
-
hye guys... I'm in the mood on promoting my favourite blog -------> Hairy you guys should follow this awesome blog... one thing...




















