Monday, May 23, 2016

Beli buku online di Bookcafe.com

Hai assalamualaikum. Alhamdulillah hari berpantang ke 40 hari dah tiba. Orang kata kira dah tamat hari berpantang 40 hari tapi saya buat extra sampai 44 hari untuk beepantang. Jadi citer pasal berpantang, tak boleh nak keluar tapi teringin sangat nak pergi Pesta Buku di MAEPS, Serdang. Ternampak iklan di facebook - Bookcafe.com.

Pada mulanya saya cuma nampak iklan tu, "Menarik ni...promosi dan buku affordable.."
Tak ada rasa nak membeli lagi masa tu. Kemudian, seorang demi seorang post di facebook mengenai pesta buku tu. Sekali lagi hati teringat balik Bookcafe.com dan banyak kali ada di newsfeed.
Saya akhirnya beli buku secara online di Bookcafe.com sebanyak 2 kali sebenarnya. Kali pertama log in dan berjaya memilih beberapa buku yang nak beli. Tiba masa untuk buat payment, ada masalah dengan log in - password lupa!!!

Terpaksa buat puchasing kali kedua. Disebabkan mahu membeli, niat dihati...
"Kalau ini rezeki aku untuk beli, aku beli..."
Kali ni, ada beberapa buku tak sama dengan pertama kali log in tempoh hari. Semestinya frust - terlupa nak masukkan The Other Side of Coin dan beberapa buku lagi. Ada jugak dah habis stok bila nak beli kali kedua. Tu tak ada rezeki.

Alhamdulillah berjaya beli dan dapat email untuk self-pick up. Alamak!! Suami tak boleh nak pergi ambil dan tak ada back-up siapa boleh tolong ambilkan. Gagahkan hati email balik kat Bookcafe.com dengan menyatakan saya tak dapat ambil kerana berpantang. Hari yang sama jugak, dapat response (waktu tu hari Isnin). Hari Rabu pada minggu yang sama, saya dah dapat semua yang saya order. Terbaik!!! Effisyen dan teratur.

Okay la dah cerita banyak ni, anak pun dah tidur... Saya nak sambung baca buku "I Moved Your Cheese"


Wednesday, May 18, 2016

Perlu tak post gambar baby baru lahir?

Hi assalamualaikum. My previous post ada citer pasal my new life kan. Well.... I was wondering,,

"Perlu tak post gambar baby baru lahir...??"

Ada macam-macam pendapat tapi saya pilih tak post kan lagi.. not yet. Sebab I wasn't ready to show my baby to the world. Tak kisah pun apa orang fikir, cuma nak tunggu anak fully stablize.

Bila orang tanya mana gambar anak...then my answer will be "krik krik..."
Kedekut sikit gambar anak hehehe.. maaf la ea, nanti boleh tengok anak macam mana..

Sunday, May 15, 2016

Hidupku tak sama seperti dulu lagi

Hai semua. Assalamualaikum. Hari ni dah 33  hari berpantang dan lahirnya puteri kesayanganku, Maira Arissa. Dan lagi beberapa hari cukup anniversary perkahwinan kami. Rezeki memang tak boleh jangka sejak berkahwin sampai sekarang.
Of course life changes, lebih-lebih lagi sekarang seorang ibu.
Bangun tengah malam, sudah menjadi kebiasaan sekarang ni. Anak nak kena tukar lampin, lapar nak kan susu. Betul orang cakap bila sendiri rasa baru tahu penat ibu bapa kita dulu.

Perbelanjaan dulu masa bujang dan berkeluarga lagi banyak bezanya. Alhamdulillah semua dah plan sejak mula bekerja di Kuala Lumpur. Bagi yang rasa selesa sangat dengan diri sekarang, saya nasihatkan buat sesuatu atau back up plan untuk hari mendatang. Kalau diri sendiri dah selesa, tengok sekeliling..keluarga kita.. Buat demi mereka. Buat terbaik untuk diri sendiri & keluarga.

Saya memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja nak dibuat. Charity, pergi hadirkan diri ke kelas untuk upgrade kan diri, jumpa orang & buat apa sahaja tapi harus ada aktiviti. Anda pula macam mana?

Sunday, May 08, 2016

Mother's day promotion

Selamat Hari Ibu!!
Hari dimana kita sebagai anak memberi sesuatu untuk hargai mereka. Sempena hari yang istimewa ini, Rahsia Kekal Remaja ingin memberi tawaran istimewa:

Setiap pembelian 3 kotak Yerba Mate (atau lebih) akan dapat PROMO CODE untuk pembelian seterusnya.

Sekarang, anda dan ibu anda akan boleh minum Yerba Mate untuk kekal sihat bertenaga.

Nak ORDER?? PM je.

Whatsapp 0136436218
Whatsapp 0136436218
Whatsapp 0136436218

(T&C Apply)

Friday, May 06, 2016

Perlu make-up

Teringat bila tengah meeting group untuk planning,

"Nisa lain la muka awak hari ni..."

"Ehhh yeke... Tapi tadi memang ada pakai CC Cream Ed Pinaud"

Terbaca artikel viral pasal suami ngadu isteri tak berseri lepas kahwin. Apa-apa pendapat tu takpe. Masa baru mula kahwin, ada berpesan

"Mentang-mentang dah kahwin, tak yah nak melawa ke.. Bukan kena bersolek untuk suami ke.. "

Tapi kita sebagai Wanita bukan nak kena melawa sebab lelaki je. Penampilan diri, keyakinanan diri.. Kadang-kadang tak perlu cakap banyak, penampilan yang outstanding pun cukup..

Lepas ni dah jadi team mak-mak kena lagi pandai jaga.. Takmo la dari jauh orang nampak "Mak Mak sangat la kau ni..."

InsyaAllah walaupun ber-make up, masih berlandaskan hukum syarak.

Thursday, May 05, 2016

Family Goal Setting // Istanbul Kami Datang

Hai semua. Assalamualaikum.
Bila dah ada goal setting nak pergi bercuti dengan family, submit doa siap-siap. Last time pergi bercuti luar Malaysia, sebelum berkahwin. Tengok kawan-kawan yang baru kahwin, honeymoon luar negara.. Ada jugak terdetik
"Bestnya mereka.. Bercuti oversea..
Rezeki mereka.. "
Bila datang rasa tak best, cepat-cepat twist feeling tu.. Kalau rasa tak lepas, si suami la tempat luah rasa.
"InsyaAllah rezeki pergi luar negara. Maaf tak pergi honeymoon jauh luar negara.. InsyaAllah kita bercuti bertiga, okay? "
Suka bila hati ni dipujuk. Bukan nak bercuti tu sebab tengok orang bercuti tapi feeling bercuti...semua tahukan macam mana rasanya.. So yes technically takde honeymoon tapi kami ada rezeki gather dua family di Cameron Highland..
Dengan ini, submit doa untuk bercuti dengan suami & anak ke Istanbul. Aaaminnnn..


Hasil nukilan,
Anisa Anuar

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post