Thursday, May 25, 2017

Perlu ke blog walking?

Assalamualaikum semua..dan hai hai.. lama tak menulis dan dapat idea terus taip kat blog ni. Soalan straight forward.

"Perlu ke blog walking?"


Pada yang tak tahu blog walking ni ibarat baca post blogger yang lain. Nisa ni dah biasa dengan term ni..kalau nak blog jogging ke pun boleh hehehe.. walking ni kan slow steady, santai je haaa gitueeeww.. oppss lebih dah ni..

As for me, yes it is..sangat perlu. Luaskan lagi pengetahuan dan bagaimana kita nak terima pendapat orang lain. Tak ada pendapat yang salah dan kita selalu confuse fakta dengan pendapat. Itu yang ada berbalah.. isshh isshh..

Blog walking perlu dalam kita mencari ilham, sumber inspirasi. Jangan salah guna untuk ciplak pulak tapi lebih jadi inovasi dan kreatif. Jawapan macam skema tapi itu hakikatnya.

Blog walking perlu pada newbie blogger untuk kembangkan network. Newbie blogger macam Nisa ni la. Seronok bila dapat kawan melalui blog sebab blog itu sendiri represent who you really are.. Simple logic.

Ehh nak Nisa senaraikan lagi ke.. kalau nak tambah Nisa buat another post..sambungan gitu. Ini pun dah just nice. Jom jom terjah blog lain untuk baca. Kalau korang rasa ada blog best nak baca, meh bagi link kat Nisa. Ini pun dah lama tak buat blog review. Blog korang pun boleh...

Jom blog walking.

Monday, April 03, 2017

Bila boleh bagi bayi kecil kita suka kepada buku

Hai semua.. Hari ni tergerak hati nak menulis bab parenting. Sejak dah gelar ibu, perihatin tu dah lain. Betul kata orang, dah sampai stage tu kita sendiri akan tahu.

Jadi, bila boleh bagi bayi kecil suka pada buku...iaitu seawal yang boleh. Bila datangnya rasa anak kita itu perasan ingin tahu. Alhamdulillah sekarang ni pun banyak buku boleh dijadikan buku yang sesuai untuk mereka. Softbook, busybook..

Sebaik-baiknya baca bersama mereka. Minta mereka tunjuk "ini apa.. ada apa ni.."
Ibubapa juga ambil peranan isi kandungan buku tu. Bimbang tidak sesuai. Alhamdulillah kesedaran ramai orang sudah ada..terus pupuk dari kecil. 

Untuk anak saya pulak, hurmmm rasanya nanti kena ada box khas untuk buku2 dia je. Sambil tu meh usha buku yang boleh beli untuk anak seawal 3 bulan pun ada..


Jadikan membaca itu sesuatu yang menyeronokkan dan boleh memberi mereka imaginasi dan perasaan ingin tahu yang tinggi.

Sunday, April 02, 2017

Vase Survey, dah cuba ke?

Hi Assalamualaikum semua.. Hari ni tergerak nak tulis pasal survey vase ni.. Nisa pun dah buat almost 2 months agaknya.. Masa mula2 tu ingat scam jugak. Tahu pun lepas Bapak sendiri share pasal survey ni. So Nisa direct email admin vase survey ni, nak tahu scam ke tak..

And for this nak masuk 3 months participate, boleh la dapat geli2 duit masuk ke akaun. Bagi saya tak salah nak join. Apa salahnya guna kuasa pendapat korang and dapat reward. Biasanya akan dapat email, ada survey kena jawab. Tak sampai 3 minit pun dah setel jawab.

Lagipun dulu belajar Statistik kan, so survey ni kiranya is in my blood. Okay serious pulak Nisa ni..

For those nak sign up, boleh ke https://getvase.com/?referral=y8aops



Terus sign up ea.. yang keraguan tinggi especially bila mintak nombor akaun, tak payah sign in.. why? Hehhe just bazir korang je.. Paham perasan korang untuk rasa insecure.
Nisa tanya admin scam or tak sebab bila mintak nombor akaun. And until now boleh la belanja buat makan tengah hari. Bila syukur yang sedikit, yang banyak akan mendatang.. InsyaAllah..

Selamat mencuba you guys.. let your voice been heard.. tidak ada sekecil pendapat yang boleh buat impak jadi gergasi..


Friday, March 31, 2017

Mula terapkan baca storybook


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi dapat saya memegang peranan sebagai ibu muda. Masih lagi stage belajar dan memperbaiki untuk anak yang tercinta, Maira Arissa. Lagi beberapa hari, Maira akan cukup setahun dan dia pun sudah ada macam-macam ragam. Yang paling buat saya suka bila dia minta saya bacakan buku. Ada juga beli beberapa buah buku untuk dia. Semua yang bersesuaian untuk Maira. Softbook, Busybook, semua book yang Cik Su ada (makcik kepada Maira a.k.a adik Nisa) semua dah bacakan. Ada jugak beli buku waterproof yang Nisa belikan kat Big Bad Wolf. Sambil mandi kat bath tub dia, bacakan dia story book. Siap mintak baca lagi. Untuk anakku tersayang, memang layankan.

Kusyuk layan buku Mengenal Nabi
Nisa campur-campurkan ada buku English, ada juga buku Bahasa Malaysia. Kalau boleh macam-macam bahasa pun nak diajar..tapi biar Maira yang nak belajar. Orang kata, inilah masa yang sesuai untuk ajar anak-anak kita. Semestinya ibu-ibu yang lain pun mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?

Sayang Maira Arissa. Semoga menjadi anak yang suka belajar benda baru. I will support whatever you want to do after this.

Sunday, February 12, 2017

Minimalism challenge : let go of my things

Minimalism challenge ni dimana kita nak mengurangkan space yang ada dirumah tu. Bunyi macam senang tapi tak sebenarnya. Kenapa?

Nak let go of things yang dah more than 6 months tak pakai..ohhh tu antara ciri-ciri yang kita boleh setkan.. betul tak..instead tak guna apa kata let go and bagi orang yang nak. Jadinya Nisa pilih carousell dengan mudah.my nak lrt go kan...tak senang orang nak just pilih..

Jadinya ni antara item nisa nak let go. Harga reasonable dengan dah include postage tu. Condition semua tip top. Kasut tu just 2 kali je pakai. Nak let go sebab not my style. Masa beli sekadar nak cuba, iyelah kan dah bekerjaya tapi tah macam takde connection dengan jiwa ini.

Yang lain just nak kurangkan ruang je. Yang partition tu never used. Gatal beli. Hahaha time tu jahil bab membeli ni.

Okaylah ada apa-apa boleh email anisaanuar@gmail.com atau komen je kat post ni. Dah sold item tu akan Nisa update ea. Terima kasih semua.


Monday, February 06, 2017

Sejak tu..

Bermula dengan post twitter, ramai friendlist Nisa yang share...dan kita bagi pendapat yang kita setuju dengan statement ni.. then end up kawan kepada kawan up komen yang dia tak setuju dengan statement sampai cakap kita as parent bangang bawak baby ke kedai mamak..

Hmmm...nak buat macam mana, dah selera makan itu je..lagipun hakak ni tak ada la nak makan mall selalu, fast food ke...nak masak kadang-kadang tak larat..ada tu nak makan pun tak sempat as banyak benda nak buat..

And ever since that day, tak pergi kedai mamak..as tak stay situ. Still makan but tapau.. nasib la weekdays keluar jugak dari rumah, mau grouchy jugak si kecik ni kalau terperap kat rumah.

Call me EMO because I am...memang tak perlu nak puaskan hati orang..cuma my style I will do it like real.. don't worry tak lama pun, lepas ni pergi jugak kedai mamak..

And for smokers luar sana, nanti kena tegur...terima je la.. bukan baby je takleh bau asap rokok, orang tua dan orang lain pun..sama-sama respect. Jangan dah parah, baru nak say sorry..time tu dah takde makna..

Daripada,
Ibu yg suka pergi kedai mamak..and that's my 'selera'


Sunday, February 05, 2017

Amboi tak share ea - CMW

Tiba-tiba dengar "krup, krap..krup, krap.."

Mana datang bunyi tu.. macam familiar sangat bunyi ni..tapi kelibat datang dari mana tak jumpa-jumpa.

Senyum kecil diri ni bila nampak si abdul aziz ni makan..ohhh ni Cookies Most Wanted yang Nisa bawakkan tadi.

"Aziz...tak share ea dengan orang lain..dah nak habis aziz makan nieh.."

Buat muka innocent hahaha..muka kantoi like 'I am so busted' lepas tu Nisa buat annoucement "kakak semua..meh rasa sikit cookies most wanted dah nak habis aziz makan ni..."

I guess next time I need to bring some more.. reaksi aziz memang priceless..


Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post