Wednesday, January 17, 2018

Stok Genki Tape untuk 2 bulan


Hi semua. Tajuk memang straight forward je. Kebiasaan kalau dah ada anak kecik akan ada perbelanjaan untuk pampers. Last time beli stok pampers bila sale 11/11 haritu. So, ni kiranya kali kedua beli pampers guna shopping online.

Nak dijadikan cerita, hari tu beli hari Selasa kalau ikut calculation sampai hari Khamis atau Jumaat. Iyelah beli dari 11 Street kali ni, biasanya tak ambil masa lamakan.. Stoknya tak sampai hari yang sepatutnya. Jadinya, kena beli dekat Kota Bharu - balik kampung mertua.


Tak apalah, rezeki beli sana agaknya. So, apa jadi dengan beli kat 11 Street tu..
Ehh dapat je, cuma lambat sikit la. Lepas balik dari kampung tengok kat meja office ada la sekotak gedabak ni. Jadilah 2 set (beli kat 11 Street) campur 1 set yang beli kat KB. Betul ke boleh tahan sampai 2 bulan. Haah serious boleh. Maira yang sehari kekerapan nak tukar dalam 4 ke 6 kali.

Ada yang tanya

"Best ke Genki ni?"

Jawapan ku - for Maira haah okay dengan dia. Kualiti okay. Tak ada bocor especially waktu malam. Tak ada ruam-ruam (melainkan tak tukar lebih dari 8 jam, confirm ruam kalau pakai mana-mana pampers sekali pun).

Kalau ada yang plan nak try pakai, leh la cuba. Haritu try Genki Pants, boleh kopak $$$ hahaha...

yang ni ada 2 set je

 


#64 Wordless Wednesday






 
 

Gambar koleksi pakai stokin Soka.


Tuesday, January 02, 2018

Bye 2017 and Hello 2018 for Anisa Anuar official blog


Hi semua. Ambil kesempatan dalam post ni nak ucap terima kasih sepanjang 2017. Segala keringat dan gelak tawa tidak akan ku lupakan sampai bila-bila. Nak recap apa yang jadi 2017, aci tak?

  1. Maira umur setahun (13 April 2017), esoknya Tok Ma meninggal dunia. Al-fatihah. Lusanya, Ayahcik kahwin.
  2. Raya 2017 di Kelantan. Suasana berbeza sangat sebab ketiadaan Tok Ma.
  3. Career - accept challenge jadi trainer. Ajar office mate create blog.
  4. Home tuition - mengajar dalam 11 orang. Pencapaian English PT3 - 2 orang dapat A, 5 orang yang lain lulus.
  5. Bisnes - kek lapis Sarawak, Stokin Soka (start September 2017) , mainan baby& toddler, Personal Shopper (Madre Collection sempena Raya), Myfa Hair Serum (start October 2017) dan Jannah Cosmetic agent (start November 2017). Fuhhh, bukan mudah nak buat nama dan brand sendiri. InsyaAllah akan ada progress bagi tahun 2018.
  6. Jalan-jalan : Bukit Tinggi, Cherating, PD, Pulau Pinang. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kesana.
  7. Finance - complete Money Challenge 2017 for Kids. Buat untuk Maira. Gigih nak completekan jugak. InsyaAllah boleh teruskan lagi tahun 2018. ASB online pun dah buat. Komitmen sikit je lagi nak setel. Fighting!! ke arah bebas hutang.
Alhamdulillah dari tak ada idea nak listing, akhirnya dapat jugak buat ni. Rasa macam ada lagi, tapi cukup la ni. Menunjuk ke ni? Tidak lah, cuma untuk buat rasa untuk beringat dan sentiasa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Nape tak buat listing yang part sedih-sedih? Takmo lah. Simpan sendiri lagi baik.

Sebenarnya ada satu lagi harapan....

 
cuma nak dapat 50kg, itu je. And of course, sihat walafiat.

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post