Monday, November 23, 2015

Promote Page Rahsia Kekal Remaja


Wahhh, wahhhh... Nama facebook page curlass taw jah.. Hahaahaha of course siapa yang tak nak maintain nampak teenager kan.. Dah rasa cukup la panggil abang atau kakak yang buat kita rasa tua.. Boleh hilang feeling mood kita bila ada yang buat kita rasa tak berapa teenager ni. 

Apa? Sedar la diri? Memang la sedar.. Umur tu cuma nombor tapi penampilan nak rasa muda & energetik gitu. Tu boleh buat kita feel great taw.. 

Dalam page ni, banyak bagi tips dan boleh kongsikan idea. Ada jugak update apa-apa event admin buat yang kaitan dengan kekal keremajaan. Beberapa produk juga disarankan untuk tambahkan  lagi value teenager dalam diri kita. Lagipun kita ni kena sentiasa ingat-mengingati. Bila sudah dijadikan tabiat, dengan sendirinya keremajaan tu terserlah tanpa kita sedar.

Jom like & share page ni.. Biar semua kawan-kawan dapat manfaat bersama. Boleh share kat kawan, family, housemate, kawan kerja siapa-siapa je la yang nak rasa maintain teenager..

Facebook page link


Saturday, November 21, 2015

Riang ria di Kelantan


Hai semua. Ni post throwback cerita minggu lepas balik Kelantan (rumah mertua). Lama dah tak balik sana, tu yang ambil masa nak balik sana jugak dan Alhamdulillah tercapai jugak hasrat. 

Sampai sana agak lewat malam hampir pukul 2 pagi. Lalu jalan dari Grik sebab kes tanah runtuh di Karak highway waktu tu. Gagah jugak encik suami drive. Sorry sangat tak teman (hahaha co-pilot asyik tidur). Tak berapa risau time tu sebab bukan berdua, adik ipar ikut sama.. 

First day kami disana aktiviti terus mencari makanan. Dari KL lagi mengidam nak nasi kerabu. Tapi tak dapat time breakfast hehe,, time lunch encik suami gigih jugak mencari. Terima kasih taw.. Kalau cerita pasal nasi kerabu ni sebenarnya bukan dapat tengah hari tu je, esoknya dan esoknya pun dapat lagi.. Submission doa nak tu, sampai la hehehe terlebih-lebih dapat. Malam first day, kami buat BBQ di depan halaman rumah,, wahhhh seronok taw.. Makan-makan, selfie, gelak tak ingat orang.
Ohh lepas tu, kami sempat jumpa business partner kat sana.. Kebetulan mereka (suami isteri) balik Kelantan jugak.. Sambung lagi makan gearbox & roti canai.. 

Hari kedua lebih banyak rehat dan luangkan masa bersama. Jenguk tok ma & tok ayah yang tak berapa nak sihat, sempat bagi Yerba Mate, teh hijau untuk buang toksin & kesegaran dengan harapan mereka akan kembali bertenaga seperti biasa. 

Sempat shopping kat sana. Tudung, jersi bola, seluar tidur... Mentang-mentang la lebih murah dari KL sakan kan kitaorang.. Jangan tanya berapa banyak spend hehe nanti korang pun rasa nak join shopping. 

Untuk hari ketiga, plannya nak balik subuh tapi ada asbab jadi nak dekat pukul 9 jugak bertolak ke KL balik. Lalu laluan Karak Highway bila dapat tahu tanah runtuh tu dah clear. Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar. Sekarang dah nak cakap, "Bila nak balik Kelantan lagi ni..."

Walau sesibuk mana kita dengan kerja dan cari rezeki (saya lebih prefer menjemput rezeki) balik kampung, jenguk  family tu pun jangan abaikan. Keluarga kita bukan mahukan harta kita tapi masa kita yang tak ternilai untuk luang bersama.

Jumpa nanti dalam post akan datang..




Thursday, November 19, 2015

Hadiah buat Mummy

Hi semua.. Cerita ni true story. Bila dah 2 tahun bekerja di tengah kota KL pernah terlintas dihati nak beri hadiah kat mummy. Selalu tak tahu nak bagi apa... Sebab duit cukup-cukup makan untuk diri sendiri, insurance & komitmen lain.
Niat dihati bila sudah bekerja nak belikan sesuatu untuk mummy. Pernah belanja tapi bila dapat bonus setahun sekali. 

Ingat rupa mummy waktu tu, saya bagi duit untuk pertama kali. Mukanya berseri-seri rasa diri kita happy bila sudah mula memberi duit kepada nya. Rasa bangga & waktu tu rasa "aku sudah membalas jasa mummy ". Tak banyak pun nilai yang diberi berbanding apa yang mummy berikan dari saya kecil hingga besar galah ni.

Setelah giat melibatkan diri dalam business, hadiah yang saya berikan antara hadiah yang saya idamkan nak beri. Perfume jenama Ed.Pinaud (sudah dalam pasaran di Paris sejak 1833). 
Pada pertama kali beri, mummy siap cakap "ni bukan taste mummy" tapi sebabkan anaknya yang beri mummy pun pakai. Dalam diam, rupanya tu favorite barangnya. Nak dijadikan cerita, perfume tu hilang bersama barangnya yang lain (isi dalam satu beg toiletries)

"Kenapa mummy? Macam kelam kabut cari barang hilang je"

"Beg toiletries mummy hilang."

"Takpe la.. Nanti beli yang lain je"

"Tak kisah yang lain. Dalam tu ada perfume yang akak bg"

"Perfume yang aritu akak bg ke?" (Dalam diam, senyum tengok gelagat mummy time tu)

"Takpe la mummy.. Nanti akak bagi yang lain.. Better one.."

"If you say so" 

Memang lepas tu, bagi one more perfume.. You guys should see her face at that time.. Bersinar macam time kita budak-budak happy dapat hadiah. Priceless sangat moment waktu tu.

Tak sabar nak bagi hadiah lagi kat mummy. Selagi boleh dan diizinkan. Sempatkan lah untuk ku capaikan hasrat mummy.




Tuesday, November 17, 2015

Personal Coaching & Mentoring


Hi semua.. Mood nak update sudah kembali. Izinkan tuan hamba update ea hehe~~

Selalu hari Sabtu kita mesti ada agenda kan... Sama ada dengan kawan, sedara-mara atau diri sendiri. Seperti Sabtu yang lain, saya dan beberapa kawan yang lain ambil peluang booking masa untuk belajar dengan mentor business yang kami kenal.

Serba sedikit latar belakang mentor Fairus Salleh. Beliau dahulunya seorang bekas tenaga pengajar di kolej swasta di Bangi dalam jurusan engineering. Sekarang sudah involve dalam dunia business hampir 5 tahun dan memiliki 3 business konventional. Dalam dunia business juga, beliau sendiri ada mentor seperti Dato' Azizan Osman, Fellina Dan sebagainya. Saya suka pegangannya iaitu untuk berjaya kita kena ikut macam mana orang berjaya buat.
InsyaAllah saya pun menyusul.

Jadi hari Sabtu itu, kami gather dengan harapan akan membantu kami dari segi teknik, pemikiran dan perhubungan sesama manusia & Allah. Masing-masing bertukar pendapat dan idea untuk perbaiki cara business kami jalankan.

Untuk pengetahuan jugak, kami terdiri pelbagai background - kerja bank, IT, kerja timing shift tapi matlamat kami sama untuk ubah hidup. 

Sedikit perkongsian apa yang kami belajar:

1. Jaga hubungan dengan Allah
2. Jaga hubungan dengan ibubapa
3. Lagi ramai kita jaga hati orang, lagi ramai akan mendoakan kita.
4. Meletakkan harapan dan Doa kepada Allah & berusaha ke arah yang kita mahukan. 
5. Perbanyakkan solat tahajud
6. Sedekah & beri Hadiah kepada ibubapa dan keluarga.

Wahhhh banyak ni boleh serap.. Boleh gunakan perkongsian ni. InsyaAllah semua dapat manfaat. Dari paham sahaja kepada lebih paham sebab dah mula praktikkan.. Cuba la,, rasa sendiri perbezaan lepas buat..

Lepas ni, nak lagi menuntut ilmu dengan Mentor Fairus. Ohhh haah lupa nak bagitaw, coaching ni pun terbuka kepada semua yang berminat. Percuma coaching. InsyaAllah 9 daripada 10 yang pergi semua mendapat manfaat dan kehidupan mereka berubah secara menyeluruh. Yang berminat, boleh email ke anisaanuar@gmail.com atau komen sahaja dibawah ea..

Doakan semua menjadi manusia berguna  di dunia & di Akhirat... InsyaAllah..

Sunday, November 08, 2015

Promote Fan Page "Journey To Inspire"


Hi semua.. Ahad yang indah ni apa plan semua?
Saya? Spend masa dengan blog dan duduk rumah je.

Nak promote Fan Page Facebook "Journey To Inspire"
seperti yang saya pernah cerita dalam post yang lepas.

how the page look like
Dalam Page ni, banyak yang dikongsikan oleh Admin dan pengguna yang lain
dengan menggunakan hashtag #JourneyToInspire .
Kita ada banyak benda yang hendak dikongsikan boleh jadi sumber inspirasi orang ramai.

Dalam seminggu bermula 1 November yang lalu,
sambutan amat menggalakkan.. dan projek diteruskan dengan
"Journey To Keep Fit" dan "Journey To Beautiful Skin".

Semua boleh tengok sendiri dan kongsi berkaitan JourneyToInspire

Selamat berkongsi ea semua.

Hasil nukilan,

Anisa Nadhira Binti Anuar

Saturday, November 07, 2015

Pendekar Gelendangan Menakluk Kuala Lumpur

Wahhhh siapa mereka ni untuk menakluk Kuala Lumpur? Apa misi diaorang? Kenapa Kuala Lumpur yang mereka hendak takluk kan..

Macam-macam persoalan yang korang nak tanyakan.. Mula-mula Jom siasat latar belakang Pendekar Gelendangan. Mereka ini sekumpulan yang berusia 18 hingga 30 tahun bersama-sama dengan satu misi memberi manfaat kepada orang  lain dan untuk mereka fokus kepada golongan gelendangan di kawasan Kuala Lumpur.

Seramai 70 orang berkumpul di LRT KLCC dan menuju ke LRT Masjid Jamek. Selama satu jam setengah misi ini berlangsung dengan mengagihkan makanan, pakaian, teh hijau Yerba Mate, Guarana, kek coklat Oren dan lain-lain lagi. Yang membuatkan Pendekar ini telah melakukan penaklukan yang sangat baik sebabkan bekalan tidak mencukupi.

Diharapkan penaklukan ini akan terus giat aktif dan orang ramai boleh turut membantu dalam menjayakan misi mereka. 

Segala info berkaitan mereka boleh search #feedthehomeless #journeytoinspire atau like fanpage Facebook mereka - Journey To Inspire.



Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post