Friday, October 28, 2016

Maira adventure #1

Assalamualaikum semua.. Kali ni nak buat entry untuk Anak tercinta. Apa yang adventure... Boleh katakan apa yang boleh nak bagi Maira explore surrounding.

Ada yang cakap, Anak diaorang geli dengan pasir Pantai & takut nak Mandi kolam ataupun Pantai. Jadi bercuti Kali ni buat semuanya. Ternyata bab pasir Pantai, she's love it.. Tak sangka. At first Maira a bit hesitate.. Of course ibu dia kena buat dulu.. Then yes she did what ever I did. Guna kaedah repeating. Mula-mula letak pasir atas tangan Nisa then slowly letak tangan dia. Show her that it is safe to play. Semestinya kena aware takut masuk mulut ataupun mata.

Yang bab Mandi dalam kolam Dan Pantai, just let her in dalam 15 minutes. Kena buat repeating, untuk bagi dia get use to it. Mula-mula memang kita rasa dia tak Suka,  iyelah first time takut tu Ada. Kena cakap "ibu Ada ni... Don't worry... " and yes, baby kita akan faham.

It is good to make her explore things. Just don't rushing.. Tak ada apa nak dikejarkan. Lagi best setiap journey dia, kita Ada sama.

Let's do more okay Maira.. Love you..

Wednesday, October 26, 2016

Bukan mudah nak Terima pendapat yang berlawanan

Salam semua reader. Terpanggil nak menulis kat blog pasal ni. Dapat message dari kawan yang dia tak agree dengan perkataan yang Nisa gunakan Kat media sosial. To be honest, memang nak argue.. Tapi entah dah makin tua ni dengar saje lah.. Tak ada tenaga nak argue. The thing is nak Terima pendapat yang tak sama ni... Bukan mudah like seriously. Tak apa yang penting kawan Nisa tu at the end conversation say sorry kalau buat Nisa tak Selesa.

Kalau korang at my place... Apa korang buat..


Cellmaxx Nature Most Unique Superfood

Cellmaxx Nature Most Unique Superfood |  Salam semua reader. Kali ni nak buat simple review produk Cellmaxx. Iyelah kan sementara belum sibuk dengan kerja di office ni.

Okay Nisa nak ceritakan produk yang Nisa sendiri gunakan dan bermulanya sebab bapak Nisa yang perkenalkan. Jadinya, apa Cellmaxx ni?

Cellmaxx adalah makanan kesihatan yang berasaskan alga biru hijau atau nama saintifik Aphanizomenon Flos Aquae (AFA) yang berasal dari Tasik Klamath, Oregon, Amerika Syarikat.
Cellmaxx kaya dengan nutrisi lengkap seperti Polisakarida, Klorofil, L-Selectin Ligand, Vitamin, Mineral Beta Karotena, Asid Amino dan Phenylethylamine (PEA).
Berdasarkan kajian pengambilan AFA sebanyak 1 hingga 3 gram sehari mampu meransang pembebasan ibu sel atau stem sel dan sel-sel baru daripada tulang sum sum yang diperlukan oleh tubuh badan untuk merawat dan meningkatkan sistem imunisasi manusia secara semula jadi. 
sekotak ada 14 sachet 
Berapa harga sekotak Cellmaxx?

Ada perbezaan harga untuk ahli dan bukan ahli.

Untuk ahli : Semenanjung Malaysia RM150 sekotak // Sabah Sarawak RM155 sekotak

Untuk bukan ahli : Semenanjung Malaysia RM180 sekotak // Sabah Sarawak RM185 sekotak

Soalan seterusnya yang sangat femes orang akan tanya

Berapa lama untuk nampak kesan selepas consume Cellmaxx ni?

Bergantung kepada jenis penyakit dan tahap kemerosotan kesihatan seseorang. Lebih banyak penyakit maka lebih banyak masa untuk proses pemulihan. Jadi pada yang mengalami masalah kesihatan yang kronik adalah disarankan untuk mengambil Cellmaxx dengan lebih kerap.

Jika ada tindak balas seperti sakit kepala berpanjangan akibat peningkatan metabolisma dalam badan, disarankan untuk mengurangkan dos pengambilan Cellmaxx.

Bagaimana cara untuk MEMBELI / menjadi agen dan pengedar dengan Cellmaxx?

Boleh direct whatsapp ANISA 013-6436218 / ZUL 013-2281662

Mudah-mudahan dengan sedikit info berkaitan Cellmaxx dapat membantu dalam mencari initiatif ke arah kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah.

Orientation Day @ New place

Assalamualaikum Dan Hai semua. Nisa nak citer hari orientation tempat kerja baru. Alhamdulillah dapat kerja ni. Memang rasa bersyukur tu boleh je simpan sorang-sorang tapi Nisa nak jadi Satu peringatan untuk diri sendiri bila baca balik pasal ni. Ini cara Nisa untuk Hargai journey hidup Nisa.

Orang kata tempat kerja baru ni rezeki Anak. Ini jugak salah satu doa termakbul Nisa sebab this is my dream company Sejak Zaman belajar lagi. Ada niat nak buat company research sendiri untuk bumiputera kalau ini laluan untuk Nisa, mohon dipermudahkan urusan.

Ini Cerita Nisa. Apa yang anda rasa syukur kan dalam hari anda... Setiap Apa yang berlaku, enjoy the journey... Soon you will be thankful for it. Trust me..


Thursday, October 20, 2016

REVIEW : Ain's Brownies Bites


Review kali ni nak perkenalkan Ain's Brownies Bites. Nisa dah lama perhatikan Ain's Brownies Bites ni sebab friend di Facebook dengan owner. Tengok perkembangan Ain's Brownies Bites ni, dengarnya insyaAllah nak masuk hypermarket ikut jejak langkah Anis Chocolate Moist. Doakan terbaik bisnes untuk Ain's Brownies Bites terus mantap.


Beli 2 bekas je dulu
Masa tengok dalam gambar ingatkan kecik, ghupenya besar la jugak bekas. Ada 9 pieces dalam bekas ni. Sedap betul la bila makan. Sekali ngap, non-stop taw nak ngap...mungkin sebab Nisa ni chocolate lover kot tu yang macam Cookie Monster pulak (gelak besar wahahaha)

Highly recomended dari Nisa. Untuk order boleh direct Facebook Ain's Brownies Bites ataupun instagram @ainsbrowniesbites


Dari owner blog yang suka makan coklat brownies, NISA

Wednesday, October 19, 2016

Khimar TheBungaa

Hajat nak pakai khimar akhirnya tercapai apabila Nisa sendiri Sampaikan perasaan terpendam dengan owner TheBungaa.

Mulanya scroll instagram tengok ramai ceritakan pasal khimar. Sekali pandang memang dah jatuh cinta. Love at first sight. Lepas tu Ada bagi hint pada encik husband,

"Cantikkan khimar ni u.. Kalau I pakai cantik tak.. "

"Apa yang u pakai cantik di mata i"
Macam tu Ayat Dia lebih kurang. Terus berbunga hati ni bila dengar.
Boleh katakan tiap hari tengok khimar.. Nak sangat tapi ada benda lagi penting, terus abaikan je dan cakap pada diri sambil berdoa, "Ada rezeki ni Nisa akan pakai jugak khimar ni... "

Alhamdulillah rezeki Dari Allah dapat khimar yang diidam-idamkan. Rasa Sayang nak pakai pulak...sebab cantik.
Dan Nisa pilih Hari Ahad baru ni masa meeting untuk next project dengan pakaikan khimar TheBungaa.

Siap macam biasa, tiba-tiba encik husband pandang semacam. Terus buat-buat sibuk siapkan barang anak. Terkeluar dari mulut dia,
"Sayang...nampak cantik sangat pakai khimar ni... "

Memang tersipu la.. Ingatkan nak cakap apa, muka comot ke apa ke.. "Thank you... " tu je mampu cakap sebab speechless..

Sampai meeting, antara yang perasaan (selain Maira, baby girl ku yang berusia 6 bulan tu) Ada yang tegur khimar tu.
"Cantik design yang ni... Comel pakai.. "
Nak tulis bab puji ni memang tak pandai tapi tu yang nyata..

Paling obvious, bila Maira nak tidur. Selalunya dia akan meronta nak pusing kepala sebab tudung Nisa pakai macam menganggu tapi lain pulak ceritanya bila dengan khimar ni. Letak je, terus lelap dan nak bagi dia susu pun tak perlu nak risau bab covered.

Boleh cari di instagram @TheBungaa untuk tengok sendiri design khimar yang ada. Ohhhh Nisa kasi payung sikit gambar Nisa pakai khimar.

Sunday, October 09, 2016

Warkah dari seorang ibu : Kepada perokok sekalian

Assalamualaikum dan salam buat semua. Warkah pendek ini dari luahan hati saya sendiri sebagai seorang ibu dan ditujukan kepada abang - abang Atau adik-adik Atau pakcik semua yang hisap rokok.

Nak mintak tolong sangat-sangat jangan merokok depan baby kecil. Nisa pergi makan kedai mamak yang selalu jadinya situasi Nisa kena tegur diaorang secara direct plus tebal muka kalah make up muka Pelakon opera cina tu. Dulu boleh buat-buat tak kisah tapi not now. Macam mana Nisa tegur?

"ermmm.. Abang.. Boleh rokok jauh sikit.. Ada baby kecik Kat sini" (sambil tunjuk Maira)

Of course ada banyak reaction. Ada yang cepat-cepat mintak Maaf,  Ada yang buat muka as if kenapa la makan sini kalau taw bawak baby, Ada yang Tukar tempat dengan awek dia dan ada jugak selamba rokok jugak. Awal-awal sentap jugak dapat reaction macam tu, sekarang dah tak kisah.

At first sebelum pergi makan, memang akan tengok suasana kedai. Kalau hampir 60% smoking dan tak ada sedikit ruang yang bebas dari asap kami akan korbankan pergi tempat lain walaupun tak berapa suka tempat tu. Nisa jenis bila dah suka tempat tu memang akan setia dengan choice tu. Last option, makan di rumah. At least nak jugak makan kat luar. Nak buat macam mana kalau orang tak faham situasi kita.
Pernah jugak kami yang makan di open area Dan smoker makan dalam kedai, terpaksa. Dunia dah terbalik Atau kita dah tak ada common sense.

Tu je nak mintak.. Tolong ada rasa hormat family yang ada Anak kecik. Kalau family Dia sendiri smoking tu, dah out of context. Nisa tak nak ulas bab ni. Warkah ni bernadakan tegas supaya mesej sampai. Cuma Nanti bila situasi Nisa alami ni terjadi pada korang, jangan tanya napa orang tu tak boleh nak faham.. Sebab suatu ketika dahulu,  kita pernah buat benda yang sama.

Okay la taknak berceloteh panjang tapi nak mintak panjang kan mesej yang nak disampaikan ni ea. Terima kasih. Nisa doakan kepada yang ubahkan perkara ni jadi lebih baik, orang itu akan bertambah rezeki dan hidupnya diberkati.

Daripada ibu yang perihatin,
Ibu Maira

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post