Hi semua. Hari ni Nisa nak menulis untuk sebagai kenangan tahun-tahun akan datang, pengalaman berpuasa semasa PKP ni. Beza sikit dari tahun sebelumnya - tiada bazar, tiada terawikh berjemaah di masjid dan feel mencari baju raya tahun ni pun macam ke laut sedikit.
Puasa pada tahun sebelumnya ada di office tapi tahun ni kita 'work from home' sambil 'home school' Maira Arissa. Tak boleh pun kena buat kasi boleh. Selepas PM umum PKPB extend lagi sebulan, nampaknya dah kena biasakan normal baru ni. Ternyata tahun ni beraya di perantauan. Tidak mengapa, bila lagi nak merasa raya di perantauan. Walaupun kampung sebelah negeri sahaja.
Puasa kali ni juga Nisa ada aktif dengan team Nisa bersama NIQA. Bila HQ offer harga ejen jadi RM10 sahaja sepanjang PKP, ada yang rebut peluang. Jadi tahun ni tidak ada Mood Republik tapi kita ada banyak Limited Edition seperti Healthy Box, Mariami Box, Ajwa Box dan Bingkisan Aidilfitri. Boleh follow shop instgram NIQANYSA. Yang tak pasti lagi tahun depan, masih akan ada Limited Edition seperti ini.
Walaupun rasa seperti hanya melihat dinding bilik dan ceiling diatas tapi percayalah ini yang terbaik untuk kita hapuskan rantaian COVID-19. Maira pun tak berani nak keluar, walaupun ada jugak ajak untuk keluar sebentar,
"Ibu...kat luar ada germsss (gaya Laila watak Kampung People). Cannot go outside..."
Nanti baca balik untuk sekian kalinya akan datang menjadikan PKP sebahagian memori kehidupan.
![]() |
| lukisan Maira menggunakan Paint |
Penulis blog,
Anisa Anuar




