Hi semua. Hari ni Nisa nak share gambar yang Nisa masak waktu PKP ni. Boleh katakan mostly masak tapi ada jugak request nak tutup dapur sehari. Kita macam support lokal bisnes gitu. Soalan yang common bila kita dah masak ni
"Apa nak masak ea hari ni?"
Walaupun kadang-kadang terpaksa tanya anak nak masak apa, last sekali kita jugak la decide nak masak apa. Ingatkan menulis kat blog je ada "block" moment, memasak pun boleh jadi juga ea. Ada jugak try menu baru, maira pun "taknak makan tu ibu...""Try dulu.. Rugi tak try..."
Haaaa dah makan tu tak berhenti pulak dah. Menambah pulak tu. "Sedap kan? Kalau tak makan tadi, habis semua ibu dengan ayah makan..."
Nak share gambar lauk yang Nisa buat hari tu. Kebanyakkan menu Nisa banyak tengok YouTube CikNom. Cara dia explain dengan bahan-bahan semua jelas. Termasuk apa nak buat kalau jadi macam ni atau macam tu. Biasanya Nisa akan tengok video, faham kan persiapan dia dan cara nak masak. Setakat ni semua menjadi.
Ni lauk kangkung belacan |
Ni Udang masak lemak. Menu dari ayah Nisa sendiri. |
Bihun goreng |