Wednesday, July 24, 2019
Monday, July 22, 2019
SENANGNYA NAK KE AIRPORT
Kat Kuala Lumpur ni segala-galanya ada darilah tempat shopping yang banyak choice, tempat makan yang best, hotel-hotel yang sesuai dengan semua jenis bajet, dan banyak lagi korang boleh buat kat KL. Untuk orang KL atau orang dari luar KL senang gak sebenarnya kalau nak naik flight sebab ada KLIA. Nak pergi ke KLIA pun dah senang kalau kita takde transport macam kereta sendiri kalau nak drive. Korang boleh naik KLIA express. And dekat Traveloka korang boleh terus book KLIA Express online sesenang yang mungkin. Simple kan?
KLIA Ekspres ialah perkhidmatan kereta api lapangan terbang yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pengangkutan ini hanya memerlukan 30 minit untuk menghantar penumpang dari KLIA dan KLIA2 ke stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral), atau sebaliknya. Lebih tepatnya, perjalanan dari KLIA ke KL Sentral mengambil masa 28 minit, manakala perjalanan dari KLIA2 ke KL Sentral mengambil masa 33 minit. Dengan ini, KLIA Ekspres menjadi perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang terpantas di Kuala Lumpur, bahkan turut dikenali sebagai yang terpantas di Asia Tenggara. Fuhhh, hebatnya!! Proud to be Malaysian.
KLIA Ekspres beroperasi setiap hari dari jam 04:55 – 01:28, bergantung pada stesen perlepasan. Kereta api ini berlepas setiap 15 minit semasa waktu puncak dan setiap 20 minit semasa luar waktu puncak. Kini, pembelian tiket KLIA Ekpres dipermudah melalui tempahan dalam talian di Traveloka. Tempah tiket KLIA Ekspres secara dalam talian di Traveloka dan mudahkan perjalanan anda dari/ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan proses yang mudah, pantas, dan selamat. Selain menyediakan perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang terpantas di Kuala Lumpur, KLIA Ekspres juga menawarkan kemudahan lain untuk memastikan keselesaan penumpang. Kereta api ini tersedia dengan ruang penyimpanan bagasi yang luas dan skrin digital yang memaparkan maklumat pelancong. Penumpang dapat menikmati sambungan WiFi 4G sepanjang perjalanan. Ini yang lagi seronok you guys!!
Dalam pelaksanaan perkhidmatan bersepadu, KLIA Ekspres menyediakan kemudahan daftar masuk untuk penerbangan di Kuala Lumpur City Air Terminal (KL CAT) di dalam stesen KL Sentral. Kemudahan ini tersedia untuk penumpang yang menaiki pesawat Malaysian Airlines, Cathay Pacific, Cathay Dragon, dan Malindo Air. Sebelum tiba di lapangan terbang, penumpang KLIA Ekspres boleh menggunakan tiket kereta api untuk mendaftar masuk, serta mencetak tag bagasi dan pas masuk. Daftar masuk melalui kemudahan ini mestilah dibuat selewat-lewatnya 3 jam sebelum penerbangan antarabangsa, atau 2 jam sebelum penerbangan domestik. Dah siap awal, boleh lepas tu nak buat apa-apa - iyelah tak ada nanti rushing semacam kan?
last year Raya trip to Mecca/Madinah |
Korang tau tak kat Traveloka punya apps selain nak book hotel atau flight korang boleh find kl sentral to klia ticket. Caranya korang pergi kat menu dan cari book KLIA transport. Dari situ korang boleh pilih destinasi korang dari mana, kemudian nak ke KLIA. Akan kluar harga dan korang boleh book. Lepas korang buat payment melalui debit card atau kredit card korang akak dapat voucher yang akan send ke email korang. Melalui voucher tu nanti korang boleh pakai untuk naik tren. Senang kan? Takyah naik teksi kalau teksi tak available and korang pun boleh elak jam and sampai cepat. Kalau korang nak naik ke KLIA2 pon boleh. Tapi voucher ni nanti korang tak boleh jual balik so make sure kalau korang beli tu nanti pakai la ye.
Zaman sekarang ni kita kena jimat masa yang banyak kalau nak travel. Selalunya Airline low cost check in dia sangat awal so korang kena sampai awal. KLIA express la jawapannya kalau korang nak sampai awal selain plan awal-awal. So nanti takdelah kes terlepas flight lepas ni. Korang kena plan siap-siap pukul berapa semua. Selalunya antara tren lebih kurang 15 minit ke 20 minit. So plan masa korang betul-betul so nanti kalau terlepas flight tak dapatlah korang nak pergi bercuti. Kan dah rugi banyak benda. Selain tu, kat Traveloka pun korang boleh book teksi. Whatever it is Traveloka adalah korang punya travel booking yang relevan and legit pada zaman skang ni.
Saturday, July 06, 2019
NIQA INSTANT SPRAY REMOVER mudah hilangkan kotoran dengan segera
Hi semua. Kali ini Nisa nak share satu produk yang sangat membantu Nisa disaat Nisa perlukan. Selalunya kita akan panik bila kita nampak kotoran dan kita akan rasa tak senang duduk. Fikirkan macam mana nak hilangkan kotoran tu. Boleh jadi tengah nak berborak dan otak sedang fikirkan kotoran yang ada tu dan topik borak entah hilang ke mana.
Jangan risau, NIQA INSTANT SPRAY REMOVER yang kita perlukan. Saiz yang kecil sesuai letak di dalam handbag kita. Boleh sembur up to 210 kali. Ini untuk buat kotoran seperti kuah rendang di baju, anak minum air Milo dan tertumpah pada alas meja mahupun kesan lipstik yang ada pada tudung kita.
Hanya perlukan NIQA INSTANTSPRAY REMOVER dengan bantuan tisu basah akan memudahkan kotoran tu tertanggal. Dengan semburan tu, akan keluarkan bau yang wangi. Jadi tidak ada lagi bau sup lepas kita bersihkan baju kita lepas kita hilangkannya. Tidak perlukan pergi ke sinki tandas dan cuba menyentalnya dan habis basah baju kita lepas itu.
Nisa share kan hasil Nisa sendiri guna NIQA INSTANT SPRAY REMOVER. Kotoran ini kena pada handbag Nisa. Nisa pun tak perasan macam mana ada kotoran yang ada, tapi yang Nisa tahu NIQA INSTANT SPRAY REMOVER boleh bantu Nisa hilangkan kotoran hitam tu.
Ini gambar sebelum gunakan NIQA INSTANT SPRAY REMOVER.
Ini hasilnya lepas sembur NIQA INSTANT SPRAY REMOVER bersama wet tissue.
Mudahkan? Nisa akan share detail kepada yang berminat dengan produk NIQA INSTANT SPRAY REMOVER. Harganya RM20 sebotol dan kalau dapat harga promo boleh dapat 3 botol ni dengan harga RM55. Jimatkan? Tapi harga promo tu bergantung kepada NIQA HQ,bila akan ada.
Selalunya ramai akan grab bila harga promo,iyelah boleh beli satu untuk diri sendiri, untuk kakak dan juga untuk kawan sekali.
Macam mana nak dapatkan?
Boleh dapatkan dengan Nisa, agen sah NIQA (NIQA id : 00083)
atau agen NIQA yang berdaftar.
Boleh juga terus direct dengan NIQA HQ.
Kami ada di FB dan juga instagram.
Testimoni yang lain |
Pada yang berminat, boleh terus direct dengan Nisa. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Menu : Terung Masak Sambal Daebak
Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...
Popular Post
-
Hello friday..How are you? I'm definitely fine...Just want to spend my last week of internship. Why my mum have related to facebook...
-
hye there... it is good to be back.. one word for today is about coffee . it is my one of favourite drink..besides iced lemon tea.....
-
Hi guys!! I'm here to share something that I found in Google Extension quite helpful to me, especially when my work task mostly I w...