Saturday, July 06, 2019

NIQA INSTANT SPRAY REMOVER mudah hilangkan kotoran dengan segera


Hi semua. Kali ini Nisa nak share satu produk yang sangat membantu Nisa disaat Nisa perlukan. Selalunya kita akan panik bila kita nampak kotoran dan kita akan rasa tak senang duduk. Fikirkan macam mana nak hilangkan kotoran tu. Boleh jadi tengah nak berborak dan otak sedang fikirkan kotoran yang ada tu dan topik borak entah hilang ke mana.

Jangan risau, NIQA INSTANT SPRAY REMOVER yang kita perlukan. Saiz yang kecil sesuai letak di dalam handbag kita. Boleh sembur up to 210 kali. Ini untuk buat kotoran seperti kuah rendang di baju, anak minum air Milo dan tertumpah pada alas meja mahupun kesan lipstik yang ada pada tudung kita.

Hanya perlukan NIQA INSTANTSPRAY REMOVER dengan bantuan tisu basah akan memudahkan kotoran tu tertanggal. Dengan semburan tu, akan keluarkan bau yang wangi. Jadi tidak ada lagi bau sup lepas kita bersihkan baju kita lepas kita hilangkannya. Tidak perlukan pergi ke sinki tandas dan cuba menyentalnya dan habis basah baju kita lepas itu.



Nisa share kan hasil Nisa sendiri guna NIQA INSTANT SPRAY REMOVER. Kotoran ini kena pada handbag Nisa. Nisa pun tak perasan macam mana ada kotoran yang ada, tapi yang Nisa tahu NIQA INSTANT SPRAY REMOVER boleh bantu Nisa hilangkan kotoran hitam tu.

Ini gambar sebelum gunakan NIQA INSTANT SPRAY REMOVER.


Ini hasilnya lepas sembur NIQA INSTANT SPRAY REMOVER bersama wet tissue.


Mudahkan? Nisa akan share detail kepada yang berminat dengan produk NIQA INSTANT SPRAY REMOVER. Harganya RM20 sebotol dan kalau dapat harga promo boleh dapat 3 botol ni dengan harga RM55. Jimatkan? Tapi harga promo tu bergantung kepada NIQA HQ,bila akan ada.
Selalunya ramai akan grab bila harga promo,iyelah boleh beli satu untuk diri sendiri, untuk kakak dan juga untuk kawan sekali.

Macam mana nak dapatkan?
Boleh dapatkan dengan Nisa, agen sah NIQA (NIQA id : 00083)
atau agen NIQA yang berdaftar.
Boleh juga terus direct dengan NIQA HQ.
Kami ada di FB dan juga instagram.

Testimoni yang lain

Pada yang berminat, boleh terus direct dengan Nisa.



Monday, June 03, 2019

Mood Republik 2019


Hi semua. Nak share lepas join Mood Republik dekat MITEC haritu. Nak dijadikan cerita, Nisa join hari Jumaat. Apply Birthday leave dan macam ber "me time" kat sana. Bukan pergi shopping tapi jaga booth. Sampai husband pun ingat nak gi shopping. Tu yang dia pelik kot, isteri dia tak mintak duit lebih. Rupanya nak pergi buat duit.

Mood Republik official bukak pukul 11 pagi macam tu. Dah launching tu, berpusu-pusu diaorang masuk dewan. Depan booth NIQA haritu, Dato Alif Syukri dan ramai lagi lalu depan tu. Haishh lain macam jugak aura bila jumpa depan-depan.

Buat bisnes offline, fuhh mencabar betul.. Masa nak 'break the ice' tu bukan main susah yang amat. Alhamdulillah lepas 3 ke 5 customer, dapat close sale. Time tu, takut tapi dalam hati fikir sampai bila. Lama-lama dah tahu taktik, daapat close lagi dan lagi. dalam masa 2 jam. InsyaAllah apa yang belajar masa Mood Republik akan buat kat luar jugak.

Banyak benda Nisa belajar, InsyaAllah upgrade lagi ilmu didada. Terima kasih NIQA untuk kesempatan yang tak boleh Nisa lupakan.

Berminat jadi team NIQA? Boleh cari Nisa ataupun kenalan yang dah pun dalam team NIQA.



Wednesday, May 08, 2019

Guardian Of MINOC #GOM2019


Hi everyone. For this entry I will write about event happening at my work place. The event was called Guardian Of MINOC with hashtag #GOM2019 (sounds like there will be more next year huh?)

So basically on this day which we did it 1st May 2019 on Malaysia Labour Day, we can bring our parents to work. We will explain to parents what we are doing and how can we develop with MINOC. We also do Mini Explorace for the parents to learn how we work here in Nielsen.

I was in charge for Reference Data or RD booth. Eventhough that is not my department but I take this as my opportunity to learn and how I can link to my daily job basis. Usually I learn it via online training or slides but with #GOM2019 sure give me knowledge for others department.

I love to hear the feedback from parents that they want their children to contribute more to Nielsen. Some of them feel more blessed that their children have a great place to work.


volunteers involve (yes me too)


handle for RD Booth



Thank you for the opportunity for me to learn and grow here in Nielsen.

Wednesday, March 20, 2019

Maira adventure #5 : Keletah Maira Arissa


Sedang ayah tengah melayan cerita Jurassic Park, si anak mula tertarik dengan rancangan TV.
Tapi setiap kali nampak kelibat dinosaur, Maira menyorok dengan menutup muka menggunakan bantal.
"Maira buat apa tu? Nyorok bawah bantal tu.."

(jari telunjuk point ke TV sambil muka sorok bawah bantal)


"Takut ke dinosaur tu? Kan Maira dah jumpa dinosaur hari tu.."
(menyorok lagi.. dia ingat dinosaur cari dia agaknya)

"Takut la ibu...tukar,tukar..."
(Disuruhnya tukar channel)

"Ayah nak tengok bagi la chan ayah nak layan..."

(tiba-tiba keluar kelibat sekumpulan dinosaur, Maira tutup mata guna tangan comel dia)

"Gi duduk belakang ayah..dinosaur tak nampak ya (Maira) nanti.."


Sambil habis cerita okay duduk situ..




#67 Wordless Wednesday







Dah geram, cari solusi..


Thursday, March 07, 2019

Maira adventure #4 : Tak yakin bila mewarna



Hai semua. Nak share kisah bila mana Nisa ada belikan buku colour untuk Maira. Beli untuk bagi dia mula bermain dengan pensel warna. Ada la dalam sebulan beli 2 buah buku macam tu. Tapi setiap kali ajak dia main mewarna, perasan sangat bila dia cakap


"Ibu...Ya (nama Maira tapi bahasakan Ya) tak pandai nak kaler. Ibu tolong kaler kan..Please.."


Alahai sayu je hati dengar. Nisa balas, "Tak pe colour slow-slow, okay. Ya boleh.."
Nak bagi dia yakin balik, Nisa pun buat warna ala-ala style dia. Then lepas dah berkali-kali macam ni terdetik dalam hati "I need to do something. Kalau tak, dia tak confident nak mewarna or even pegang pensel."


Nisa decide nak belikan ni


Magic Water Drawing Book
Lepas ambil Maira dari rumah pengasuh, Nisa pun cakap "Maira, Ibu ada present.. Nak tengok tak?"
"Nak, nak...mana ibu?" angguk langsung lepas tanya.


Sampai je rumah terus nak present dia. Seronok je tengok reaksi excited dia.
Dah ada Magic Water ni, terus tak boleh langsung ibu dia usik. Aduhhh, lain pulak kes ni.. Tapi tak apalah janji dia suka nak main.




Biarkan anak-anak kita tunjuk kreatif mereka. Mungkin kita dapat belajar sesuatu dari mereka..


Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post