Tuesday, October 17, 2017

Task seorang tutor

 
Bila dah banyak kelas ajar, mesti permulaan minggu kelas tu dah siap-siapkan bahan.
Tapi ada jugak yang tak complete lagi.
Jadi mana yang tak complete, kita akan cuba flexible kan mana yang boleh.
 
 
Tutor Nisa tak sama macam cikgu kat sekolah sana tu.
Mana yang student nak fokuskan, kita polish kasi kaw-kaw kilat.
Mana yang perlu perhatian, kita 'put them into pieces'.
 
 
Alhamdulillah ada student dari awal buat persediaan peperiksaan besar mereka.
Jadinya, tak terkejut bila tahun exam tu..sebab dah train awal-awal.
 
 
Jadi task ni akan menjadi satu rutin sebagai seorang tutor.
Weekdays jadi Data Processing, weekend jadi tutor.

 

Love my job.

Friday, October 13, 2017

Setiap kali nampak, terus simpan


Hi semua, kali ni nak share berkaitan setiap kali nampak, terus simpan 
dan bagi Nisa ialah duit hijau RM5.

Tapi gigih ke kita nak letak tepi duit RM5 tiap kali jumpa?

 
Tak senang nak buat, cuma tanamkan dalam diri duit tu letak tepi,
buat tak tahu je. Berbaloi sangat bila tengok dalam bekas penuh dengan duit kaler hijau.
Ada orang boleh buat untuk duit kaler merah dan oren. Itu pun sangat hebat.
 
Paling best, korang tetapkan matlamat untuk apa buat saving. Bagi kita lebih bersemangat nak buat,
lama-lama akan jadi tabiat dengan sendirinya. Dah banyak tu, terus masuk kat ASB atau Tabung Haji, tempat yang susah nak keluarkan. Yang perlukan korang kena isi form, tanda tangan.
 
Kalau RM1 je boleh buat?
Teruskan. Jangan tangguh dan buat SEKARANG. Saya buatkan untuk Maira. Terutama nampak 2 keping duit seringgit, terus masuk tabung dia dan tick untuk money challenge yang saya buatkan.
 
Selamat mencuba ea korang. Nanti share pengalaman korang atau yang kenalan yang buat perkara yang sama. Terima kasih semua.

Thursday, October 12, 2017

Kompilasi gambar postage team #LAminFamily


Salam semua. Alhamdulillah rezeki dapat team yang awesome. 

Jadi siapa mereka ni? 


Nisa pun tergolong dalam team yang hebat ni. 
Kami semua memberi perkhidmatan terutama pada ibu dan ayah 
untuk beri edu-toys untuk si manja mereka. 
Jadi Nisa dedikasi kan post ni, dengan gambar postage mereka tanpa mengikut susunan timeline.



stok yang ada dari admin #LAminFamily awal bulan haritu, sekarang dah macam nak susut je..




Jadi bukan Nisa buat ni sorang-sorang taw.
Alhamdulillah group ni memang supportive.

Boleh tengok instagram @znysarashop
yang Nisa handle dan insyaAllah akan beri servis tiptop pada yang membeli dari Nisa.

Ohh style Nisa suka tanya, apa yang korang nak taw..
Kalau tak ada apa yang nak, Nisa tak akan paksa apa-apa.
Once dah buat payment, terus Nisa proceed untuk postage.

InsyaAllah ada rezeki Nisa akan buat stok sendiri jugak.
Sudah mula pun, sedikit demi sedikit tapi konsisten.


Customer Nisa bukan je dari ibu&ayah taw,
ada kawan ni nak beli present untuk anak kawan dia.

Ada tu kumpul semua bawah satu postage satu tempat kerja.

Mana-mana boleh, kiranya Nisa ni tolong pada yang tak tahu nak beli apa dan
kadang-kadang tak ada masa nak pergi membeli.

Terima kasih pada yang percaya dengan servis yang Nisa dan @znysarashop berikan.

Semoga semuanya mendapat manfaat. InsyaAllah.

Sunday, October 08, 2017

Lately banyak cerita scammer...


Lately banyak betul kisah scammer. Seminggu ni je punuh newsfeed pasal ni. Bila baca dan dengar apa aktiviti scammer ni, entah la tak tercapai di akal apa motif diaorang. Apa-apa pun semoga Allah terangkan hati mereka dan dipermudahkan urusan semuanya. Nisa pun tak nak la ulas bab tu, ilmu pun tak berapa nak banyak. Cuma boleh berhati-hati je sekarang ni.

Yang post FB ni, kebetulan tengah layan cerita Now You See Me 2. Rasa macam aihhh ni kait rapat dengan kejadian kebelakangan ni. Hahaha bila tengah datang idea, gitu la gamaknya.

Ada jugak komen - PPIM. Maybe diaorang la kot horsemen, cuma tak ada la macam citer NYSM. Nisa pun tak boleh mix up realiti dengan fantasi (filem) semata-mata.

Satu je yang nak pesan untuk diri sendiri terutamanya, kalau tidak tahu kesahihan cerita jangan up kan cerita, komen yang baik-baik (doakan mereka) dan bila share tu hati-hati dengan kata-kata. Boleh makan diri nanti. Mungkin bukan sekarang, ia boleh jadi pada akan datang. Sebab Nisa dulu pun macam tu (bukan kaitan yang ni, bab lain ea...) tapi bila diri sendiri rasa..baru tahu langit tinggi rendah.

Wallahualam.

Makan @ Campur Campur Kitchen DPULZE Cyberjaya


Salam semua. Post kali ni Nisa nak ceritakan salah satu kedai makan yang kami sekeluarga makan di DPulze Shopping Centre. Pada asalnya, kami hanya redah sahaja. Iyelah first time jejak ke situ walaupun tak jauh mana pun dari rumah kami. Lunch kali ni dipilih gara-gara Maira nampak ada board tulis "Free Salad" bukan sebab dia makan salad tu, tapi dalam gambar tu ada timun. Favorite Maira tu. Jadi terus kami cari tempat duduk dan pilih menu untuk order.

Bila bab order, huihhh jadi rambang mata la korang. Banyak sangat. Jadi dalam 5 minit jugak nak bincang makan apa.

Pada pandangan Nisa, makanan sedap sangat...mungkin korang rasa ye ke sedap... tapi serious sedap. Butter chicken not too sour or spicy. Ayam dah tersedia banyak, nasi pun banyak jugak. Serious kenyang. Hahaha okay banyak na serious.. Masa tengok tu, baca balik betul ke harga ni..? Selalunya harga RM20 lebih...untuk kedai makan kat shopping mall.

Ohh minuman pulak beli 1 aje. Sebab BESAR, itu pun dah kongsi tak habis jugak. Harga pun not bad, sesuai dengan saiznya. Ingat tak tadi, ada mention Free Salad kan.. Itu pun mesti la kami grab jugak. Dah la free tak ada limit berapa kali boleh isi.

Nak rate kan kedai ni? Bagi 4 out of 5.

Ayam Bakar Rice (makanan pilihan husband)
Harga : RM14.06

Butter Chicken Rice (makanan pilihan saya)
Harga : RM15.00


Sirap Limau
Harga : RM5.57
P/s : Post ini berdasarkan pengalaman saya. Jika peristiwa buat anda berbeza, mohon tidak dikecam ea. Terima kasih.

Friday, September 22, 2017

Holiday Trip @ Residence Inn, Cherating


Hi semua. Akhirnya berkesempatan nak menulis kat blog. 
Trip 3 Hari 2 Malam sememangnya seronok buat kami. 
Plan nak ke Cherating, jadi mula pencarian hotel. 
Dengan bantuan review dan ranking di Tripadvisor,
Alhamdulillah dapat cari 1 bilik - King Bed guna Agoda.com. 
Reasonable price sekali include breakfast. 

First impression bila masuk je kat kawasan parking. 
Ohh biasa-biasa je ni. Lobi hotel tak berapa luas tapi okay la. 
Dah dapat nombor bilik, masuk je...apa lagi tergamam la jugak. 
Cantik...jap ni ha ada gambar.

King bed size

Ada TV. Channel Astro, selected channel je ada. Okay la kan, dari tak ada.

Bagi kami yang 3 beranak, cukup selesa dan just nice. 
Lagi pun masa kami, banyak spend dia luar dan swimming pool. 
Haah ada swimming pool. Sorry tak ada gambar kat sana. 
Tak bawak phone, spend family time together. 

So, recommended tak Resience Inn?
Semestinya.. cuma bagi beberapa masa sedikit,
sekarang pembaharuan dan pembaikan mereka sedang buat.


Thursday, September 07, 2017

Sesi makan dengan si manja

 
Hi semua. Pernah tak korang mengalami,
 susah nak bagi si kecik kita makan sebabkan dia nak campak pinggan dia ke bawah?
Boleh jadi stress kita. Nak makan pun tak senang duduk.
Jadi, kita mesti dapatkan cara macam mana kita dan anak kita pun sama-sama boleh enjoy makan.
 
 

Solutionnya adalah....



 
Alhamdulillah bila share dengan kawan-kawan (geng mommies)
pasal ni..diaorang nak jugak belikan untuk anak-anak mereka.
 
InsyaAllah dari masa ke masa, Nisa akan open order untuk dapatkan plate mat ni.
Sebabkan supplier jauh, yes kita pre-order.
 
Popular colour : Red
 Nisa percaya tu boleh trigger kan lagi anak-anak berselera untuk makan.
 
Semoga dapat manfaat ea semua.
 


Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post