Friday, December 30, 2016

Favorite ways to take care of myself

Just look up for an idea to get to know myself. Then, I read this simple but yet give meaningful. You are welcoming to do it for your blog post as well.. one list at a time. Take it easy, okay guys..

▪ enjoy chit chat (ignore mobile phone)
▪ learn new things
▪ make new menu - upgrade
▪ spend my time with family
▪ read books that I bought (end up carry forward later on)
▪ put effort for my blog and business
▪ write onto my diary more often
▪ write my own book

So I have my own list and what's on your list..

Anisa Anuar


Wednesday, December 28, 2016

Maira Adventure #2

Assalamualaikum semua.. Jadinya lagi beberapa hari dah nak masuk 2017 yang pastinya taknak Maira ketinggalan especially saving dia. Nak buat starting untuk dia nanti dah besar senang nak didik untuk teruskan habit ni.

It's the same process yang Nisa sendiri alami. Mummy banyak explain masa curiosity surat datang ke rumah...

"Mummy tu surat apa tu..."

"Ohhh tu surat dari insurance..."

"Insurance tu apa mummy..."

Now it's my turn to teach Maira. Buat masa ni Nisa just buatkan

1. Tabung Haji.

2. 52 Week Challenge.

Okay kena commit habis ni untuk Maira. Maaf ea sayang ibu kalau bab ni detail dia lain macam sikit. Mungkin sebab tu la ibu suka maths lebih dari bahasa.

Idea dari ibu Maira.


Monday, December 26, 2016

Top 3 Google Search untuk Shellout Kampung Baru


Assalamualaikum semua.. fuhhh banyak entry kali ni bercurah-curah. Terima kasih sebab keep on reading it. Tengah-tengah tengok stats blog, nak tengok apa keyword orang search sampai boleh terjumpa blog..so latest one sebabkan Shell Out @ Stadium Kg Baru. Boleh pergi terus pada link atas atau tulis keyword macam dalam gambar tu ea.

Okay lah baru-baru ni pun Nisa pergi lagi sebenarnya. Belanje lagilah gambar makan shell out tu ea.. Siapa yang belum try pergi pakat-pakat try. Bawak kawan-kawan aritu pun diaorang tak sangka ada tempat best plus sedap and harga reasonable untuk tengah KL tu.

Nisa talk : Perangai Ibu Muda

Dari personal FB
Hai semua. Assalamualaikum.. Kalau korang friend Facebook Nisa mungkin ada nampak post ni beberapa hari lepas. Macam biasa IIUM Confession banyak benda nak confess dan topik "Perangai Ibu Muda" ni menarik perhatian Nisa. Iyelah sebab Nisa pun dalam kategori tu.

Pada mulanya memang malas nak baca, tengok tajuk pun ada rasa 'negatif'. Ingat senang nak jadi ibu muda. Tapi takpe. Kuatkan hati, open mind untuk baca. Nak jugak tahu kot-kot boleh perbaiki diri. Itu yang Nisa fikirkan. Semua orang tak perfect tapi insyaAllah mana ada ruang untuk perbaiki mesti dibuatkan.

Jadinya lepas baca Nisa rasa macam ni lah. Kalau tak nak tengok, menyampah dengan perangai Ibu Muda ni boleh je unfriend. It's stage. Sekarang turn diaorang dapat rasa jadi ibu dan diaorang happy. Nak share pada kawan-kawan yang sudi tengok dan memang happy untuk kita.

Yang wise old man tu..actually my bapak..takde la tua mana..saje nak kata tua sebabkan pengalamannya. "Your turn will come. Sabar." Apa-apa je tu ayat yang bapak ulang.

Ada jugak yang tegur Nisa sebab asyik post gambar Maira. Nisa faham sebab risau macam-macam orang boleh buat dengan gambar kita. Tapi ada jugak bila dengan geng breasfeeding mom

"Aku pelik la. Bila aku bergambar berdua je dengan suami.. ada yang tanya mana anak-anak.. bila bergambar dengan anak yang kembar tanya mana baby baru...pening aku..."

Hahaha alahaiii so acane pulak tu...
Jom sama-sama kita fikirkan...**fikir jauh***

Anisa Anuar

Sunday, December 25, 2016

12Juta penonton 7 hari Mencintaiku

Siapa sini yang tengok citer ni? Okay kita geng.. Nisa ni susah sikit nak suka tengok drama ni tapi ONCE dah suka melekat terus jawabnya. Pada mulanya nyampah dengan watak Mia Adriana...and macam tak percaya watak ni heroin.. buat rasa stay nak tengok bila ada scene yang ayat-ayat ala-ala nak 'serang' watak jahat ni especially Pak Samad and make sense citer ni lebih pada realiti tu.

Okay lah citer pun dah habis dan mesti ada blog lain dah review... Nisa sebenarnya nak tulis pasal yang 12Juta viewer tu.. Sumbernya datang dari company Nisa kerja. Perghhhh bangga la jugak weihh..contribution gitu. Not my department la just next to us..ahaaha kasi chan la tumpang bangga sikit.
Nielsen ni company yang measure apa orang beli, apa brand yang tengah top, apa orang Malaysia suka tengok rancangan apa..yang macam tu la..

Nanti sambung lagi eh..


Thursday, December 22, 2016

Sebelum 2016 pergi...


Alhamdulillah sebelum 2016 melabuhkan tirai, Nisa dan suami jumpa dengan orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan Plan Hibah kepada kami. Kalau diikutkan dah lama nak buat tapi masa tak mengizinkan. Dengan kami dijaga baik akhirnya unplanned appointment terjadi.

gambar selepas selesai penerangan dan sign up
Boleh percaya ke sign up untuk Hibah ni? Sebenarnya Nisa sendiri dulu kerja background insurans...jadinya sangat paham kepentingan tu. Lagipun dah dengar ramai menjelaskan perkara ni - Facebook, kisah-kisah viral apabila si suami meninggal dunia tanpa tinggalkan apa-apa..dan seangkatan dengannya.

Sewaktu appointment tu kami berdua dengar benefit dan long-term plan ni. Kalau yang tak biasa dengan figure nombor berjuta-juta mungkin boleh nak pening bila dengar tapi ada figure yang make sense jugak. Tak nak cerita detail bab tu, bagi orang-orangnya terangkan.

The point is...I'm back on track for retirement saving plan. Sempat fulfill listing azam untuk tahun 2016. Nape tak buat ASB or Tabung Haji je?
I've done ASB Loan before...and I use it for my wedding preparation. Thanks to my dad yang paksa buat masa lepas SPM tu dan yes, now everything settle.
Tabung Haji still ON..even buat untuk anak..

Okaylah dah panjang lebar tulis ni. For those yang dah sign up atau yang dah buat retirement plan... Good job from me!! Buat-buat tak nampak je yang kita buat saving ni, nanti dah sampai masa baru boleh plan NEXT nak buat apa ea..

Anisa Anuar

Friday, December 16, 2016

Sebenarnya tu goal setting kami

Kisah viral ni tak ketinggalan buat Nisa juga dan kawan-kawan yang dah kahwin.

Kalau ikutkan memang nak beli jugak and dah letak dalam goal setting..tapi iyelah pending aje lepas tu. Perancangan Allah dah atur cantik. Sekarang banyak spend pada maira dan insyaAllah saving.

Jadi ada cara lain nak sayangkan suami taw..


Sunday, December 04, 2016

Tips memilih pengasuh

Assalamualaikum Dan Selamat semuanya. Hari ni rasa tergerak nak share tips pilih pengasuh. Percayalah tak begitu mudah InsyaAllah dengan guideline ni dapat memudahkan urusan dalam memilih pengasuh yang terbaik. Untuk Nisa sendiri, Ada pengalaman 2 Kali mencari pengasuh. Untuk Pertama kali, masa Maira berumur 3 bulan sampai 5 bulan (kerja lama) Dan second time masa Maira umur 7 bulan Dan sampai sekarang (baru sebulan).
Alasan Tukar pengasuh : nak cari Dekat dengan tempat kerja. Kalau Ada pape, boleh terus pergi.

Dah ready nak taw ke... Okay here goes..

1. Cari kenalan atau kawan rapat atau kawan kerja yang tahu lubuk cari pengasuh. Macam nisa tanya kawan yang ada pengalaman, kemudian dia suggest buat iklan dalam facebook group. Search di facebook : Kelab Pengasuh Malaysia. Dalam iklan beritahu umur anak kita berapa, waktu hantar (kerja office atau shift atau kerja isnin sampai sabtu) dan WAJIB mention area mana. Nisa pernah try hantar area rumah di kajang dan area office di PJ. Kena bincang dengan suami mana senang nak ambil.

2. Listkan potential pengasuh. Nak cari pengasuh
ni macam kita nak hire pekerja syarikat. Nak yang terbaik, tiptop. Nisa sarankan kalau yang hantar start umur 2 bulan (lepas pantang) cari pengasuh yang anak asuhan tak ramai dan tak ada baby kecil. Kenapa? Supaya pengasuh tu boleh bagi extra focus kat anak kita.
Lepas tu cari pengasuh yang memang ada pengalaman jaga anak dan lebih baik dia pun ada anak sendiri. Bila dia sendiri ada anak, dia ada naluri ibu tu.. sekarang dah macam-macam kita dengar kes kurang enak di taska dan nursery.

3. Pergi berjumpa potential pengasuh. Disini kita boleh tengok sendiri pengasuh tu. Bagi dia pegang anak kita depan mata sendiri. Kita boleh buat calculation jugak - jarak dan kawasan rumah. Nisa ada selitkan rate upah untuk anak asuhan.
Biasanya nisa akan pilih 3 ke 4 yang berpotensi. Digalakkan pergi bersama suami atau keluarga terdekat sebab mereka tahu terbaik untuk anak kita dan memberi keyakinan untuk buat keputusan nanti.
Beritahu bila kita akan buat keputusan kepada calon-calon pengasuh kita tu (cewahhh curlass gitu) & beritahu mereka dengan cara yang baik.

InsyaAllah kita sudah buat yang terbaik. Kebaikkan hantar anak kita di rumah asuhan ni yang nisa boleh nampak pada Maira, boleh dibuat kawan bila ada kawan sebaya dia. Macam ada certain nak melekat sahaja pada ibunya. Sesi komunikasi, sosial dia dah expose waktu tu. Anak kita jadi cepat peka kepada persekitaran.

Itu sahaja dari Nisa. Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada semua mommies diluar sana.

Hasil tips ini datang dari pengalaman sendiri, Anisa, ibu kepada Maira

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post