Friday, October 28, 2016

Maira adventure #1

Assalamualaikum semua.. Kali ni nak buat entry untuk Anak tercinta. Apa yang adventure... Boleh katakan apa yang boleh nak bagi Maira explore surrounding.

Ada yang cakap, Anak diaorang geli dengan pasir Pantai & takut nak Mandi kolam ataupun Pantai. Jadi bercuti Kali ni buat semuanya. Ternyata bab pasir Pantai, she's love it.. Tak sangka. At first Maira a bit hesitate.. Of course ibu dia kena buat dulu.. Then yes she did what ever I did. Guna kaedah repeating. Mula-mula letak pasir atas tangan Nisa then slowly letak tangan dia. Show her that it is safe to play. Semestinya kena aware takut masuk mulut ataupun mata.

Yang bab Mandi dalam kolam Dan Pantai, just let her in dalam 15 minutes. Kena buat repeating, untuk bagi dia get use to it. Mula-mula memang kita rasa dia tak Suka,  iyelah first time takut tu Ada. Kena cakap "ibu Ada ni... Don't worry... " and yes, baby kita akan faham.

It is good to make her explore things. Just don't rushing.. Tak ada apa nak dikejarkan. Lagi best setiap journey dia, kita Ada sama.

Let's do more okay Maira.. Love you..

Wednesday, October 26, 2016

Bukan mudah nak Terima pendapat yang berlawanan

Salam semua reader. Terpanggil nak menulis kat blog pasal ni. Dapat message dari kawan yang dia tak agree dengan perkataan yang Nisa gunakan Kat media sosial. To be honest, memang nak argue.. Tapi entah dah makin tua ni dengar saje lah.. Tak ada tenaga nak argue. The thing is nak Terima pendapat yang tak sama ni... Bukan mudah like seriously. Tak apa yang penting kawan Nisa tu at the end conversation say sorry kalau buat Nisa tak Selesa.

Kalau korang at my place... Apa korang buat..


Cellmaxx Nature Most Unique Superfood

Cellmaxx Nature Most Unique Superfood |  Salam semua reader. Kali ni nak buat simple review produk Cellmaxx. Iyelah kan sementara belum sibuk dengan kerja di office ni.

Okay Nisa nak ceritakan produk yang Nisa sendiri gunakan dan bermulanya sebab bapak Nisa yang perkenalkan. Jadinya, apa Cellmaxx ni?

Cellmaxx adalah makanan kesihatan yang berasaskan alga biru hijau atau nama saintifik Aphanizomenon Flos Aquae (AFA) yang berasal dari Tasik Klamath, Oregon, Amerika Syarikat.
Cellmaxx kaya dengan nutrisi lengkap seperti Polisakarida, Klorofil, L-Selectin Ligand, Vitamin, Mineral Beta Karotena, Asid Amino dan Phenylethylamine (PEA).
Berdasarkan kajian pengambilan AFA sebanyak 1 hingga 3 gram sehari mampu meransang pembebasan ibu sel atau stem sel dan sel-sel baru daripada tulang sum sum yang diperlukan oleh tubuh badan untuk merawat dan meningkatkan sistem imunisasi manusia secara semula jadi. 
sekotak ada 14 sachet 
Berapa harga sekotak Cellmaxx?

Ada perbezaan harga untuk ahli dan bukan ahli.

Untuk ahli : Semenanjung Malaysia RM150 sekotak // Sabah Sarawak RM155 sekotak

Untuk bukan ahli : Semenanjung Malaysia RM180 sekotak // Sabah Sarawak RM185 sekotak

Soalan seterusnya yang sangat femes orang akan tanya

Berapa lama untuk nampak kesan selepas consume Cellmaxx ni?

Bergantung kepada jenis penyakit dan tahap kemerosotan kesihatan seseorang. Lebih banyak penyakit maka lebih banyak masa untuk proses pemulihan. Jadi pada yang mengalami masalah kesihatan yang kronik adalah disarankan untuk mengambil Cellmaxx dengan lebih kerap.

Jika ada tindak balas seperti sakit kepala berpanjangan akibat peningkatan metabolisma dalam badan, disarankan untuk mengurangkan dos pengambilan Cellmaxx.

Bagaimana cara untuk MEMBELI / menjadi agen dan pengedar dengan Cellmaxx?

Boleh direct whatsapp ANISA 013-6436218 / ZUL 013-2281662

Mudah-mudahan dengan sedikit info berkaitan Cellmaxx dapat membantu dalam mencari initiatif ke arah kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah.

Orientation Day @ New place

Assalamualaikum Dan Hai semua. Nisa nak citer hari orientation tempat kerja baru. Alhamdulillah dapat kerja ni. Memang rasa bersyukur tu boleh je simpan sorang-sorang tapi Nisa nak jadi Satu peringatan untuk diri sendiri bila baca balik pasal ni. Ini cara Nisa untuk Hargai journey hidup Nisa.

Orang kata tempat kerja baru ni rezeki Anak. Ini jugak salah satu doa termakbul Nisa sebab this is my dream company Sejak Zaman belajar lagi. Ada niat nak buat company research sendiri untuk bumiputera kalau ini laluan untuk Nisa, mohon dipermudahkan urusan.

Ini Cerita Nisa. Apa yang anda rasa syukur kan dalam hari anda... Setiap Apa yang berlaku, enjoy the journey... Soon you will be thankful for it. Trust me..


Thursday, October 20, 2016

REVIEW : Ain's Brownies Bites


Review kali ni nak perkenalkan Ain's Brownies Bites. Nisa dah lama perhatikan Ain's Brownies Bites ni sebab friend di Facebook dengan owner. Tengok perkembangan Ain's Brownies Bites ni, dengarnya insyaAllah nak masuk hypermarket ikut jejak langkah Anis Chocolate Moist. Doakan terbaik bisnes untuk Ain's Brownies Bites terus mantap.


Beli 2 bekas je dulu
Masa tengok dalam gambar ingatkan kecik, ghupenya besar la jugak bekas. Ada 9 pieces dalam bekas ni. Sedap betul la bila makan. Sekali ngap, non-stop taw nak ngap...mungkin sebab Nisa ni chocolate lover kot tu yang macam Cookie Monster pulak (gelak besar wahahaha)

Highly recomended dari Nisa. Untuk order boleh direct Facebook Ain's Brownies Bites ataupun instagram @ainsbrowniesbites


Dari owner blog yang suka makan coklat brownies, NISA

Wednesday, October 19, 2016

Khimar TheBungaa

Hajat nak pakai khimar akhirnya tercapai apabila Nisa sendiri Sampaikan perasaan terpendam dengan owner TheBungaa.

Mulanya scroll instagram tengok ramai ceritakan pasal khimar. Sekali pandang memang dah jatuh cinta. Love at first sight. Lepas tu Ada bagi hint pada encik husband,

"Cantikkan khimar ni u.. Kalau I pakai cantik tak.. "

"Apa yang u pakai cantik di mata i"
Macam tu Ayat Dia lebih kurang. Terus berbunga hati ni bila dengar.
Boleh katakan tiap hari tengok khimar.. Nak sangat tapi ada benda lagi penting, terus abaikan je dan cakap pada diri sambil berdoa, "Ada rezeki ni Nisa akan pakai jugak khimar ni... "

Alhamdulillah rezeki Dari Allah dapat khimar yang diidam-idamkan. Rasa Sayang nak pakai pulak...sebab cantik.
Dan Nisa pilih Hari Ahad baru ni masa meeting untuk next project dengan pakaikan khimar TheBungaa.

Siap macam biasa, tiba-tiba encik husband pandang semacam. Terus buat-buat sibuk siapkan barang anak. Terkeluar dari mulut dia,
"Sayang...nampak cantik sangat pakai khimar ni... "

Memang tersipu la.. Ingatkan nak cakap apa, muka comot ke apa ke.. "Thank you... " tu je mampu cakap sebab speechless..

Sampai meeting, antara yang perasaan (selain Maira, baby girl ku yang berusia 6 bulan tu) Ada yang tegur khimar tu.
"Cantik design yang ni... Comel pakai.. "
Nak tulis bab puji ni memang tak pandai tapi tu yang nyata..

Paling obvious, bila Maira nak tidur. Selalunya dia akan meronta nak pusing kepala sebab tudung Nisa pakai macam menganggu tapi lain pulak ceritanya bila dengan khimar ni. Letak je, terus lelap dan nak bagi dia susu pun tak perlu nak risau bab covered.

Boleh cari di instagram @TheBungaa untuk tengok sendiri design khimar yang ada. Ohhhh Nisa kasi payung sikit gambar Nisa pakai khimar.

Sunday, October 09, 2016

Warkah dari seorang ibu : Kepada perokok sekalian

Assalamualaikum dan salam buat semua. Warkah pendek ini dari luahan hati saya sendiri sebagai seorang ibu dan ditujukan kepada abang - abang Atau adik-adik Atau pakcik semua yang hisap rokok.

Nak mintak tolong sangat-sangat jangan merokok depan baby kecil. Nisa pergi makan kedai mamak yang selalu jadinya situasi Nisa kena tegur diaorang secara direct plus tebal muka kalah make up muka Pelakon opera cina tu. Dulu boleh buat-buat tak kisah tapi not now. Macam mana Nisa tegur?

"ermmm.. Abang.. Boleh rokok jauh sikit.. Ada baby kecik Kat sini" (sambil tunjuk Maira)

Of course ada banyak reaction. Ada yang cepat-cepat mintak Maaf,  Ada yang buat muka as if kenapa la makan sini kalau taw bawak baby, Ada yang Tukar tempat dengan awek dia dan ada jugak selamba rokok jugak. Awal-awal sentap jugak dapat reaction macam tu, sekarang dah tak kisah.

At first sebelum pergi makan, memang akan tengok suasana kedai. Kalau hampir 60% smoking dan tak ada sedikit ruang yang bebas dari asap kami akan korbankan pergi tempat lain walaupun tak berapa suka tempat tu. Nisa jenis bila dah suka tempat tu memang akan setia dengan choice tu. Last option, makan di rumah. At least nak jugak makan kat luar. Nak buat macam mana kalau orang tak faham situasi kita.
Pernah jugak kami yang makan di open area Dan smoker makan dalam kedai, terpaksa. Dunia dah terbalik Atau kita dah tak ada common sense.

Tu je nak mintak.. Tolong ada rasa hormat family yang ada Anak kecik. Kalau family Dia sendiri smoking tu, dah out of context. Nisa tak nak ulas bab ni. Warkah ni bernadakan tegas supaya mesej sampai. Cuma Nanti bila situasi Nisa alami ni terjadi pada korang, jangan tanya napa orang tu tak boleh nak faham.. Sebab suatu ketika dahulu,  kita pernah buat benda yang sama.

Okay la taknak berceloteh panjang tapi nak mintak panjang kan mesej yang nak disampaikan ni ea. Terima kasih. Nisa doakan kepada yang ubahkan perkara ni jadi lebih baik, orang itu akan bertambah rezeki dan hidupnya diberkati.

Daripada ibu yang perihatin,
Ibu Maira

Wednesday, October 05, 2016

My Favourite : Susu Kambing Wildan

Pernah dengar tentang Susu Wildan? Nisa diperkenalkan dengan susu ni masa dalam pantang. Kiranya Maira nak masuk 2 Minggu tak silap. Itu pun kawan mummy yang suggest kan. Nisa waktu tu ikutkan aje. Alhamdulillah sampai sekarang pun minum jugak. Maira dah nak masuk 6 bulan. Apa yang ketara lepas minum susu ni.. Ramai cakap Maira putih gebu, sebab masa sebulan 2 bulan tak nampak sangat. Of course Datangnya dari Allah nak bagi kulit baby putih gebu. Tapi bila tengok testimoni pun ramai Kata Anak Diaorang putih.

By the way, tak semestinya breastfeed mommies je boleh minum taw. Budak kecik setahun keatas, student, pregnant mommies dan orang Tua boleh minum jugak. Kegemaran Nisa semestinya flavor coklat. Kalau tak minum, rasa tak complete je.

Memang Nisa cadangkan korang try rasa sendiri. Best sangat. Sape yang minum ni jugak, meh komen sikit Kat bawah... Nak tahu jugak feedback orang lain..

Anisa


Tuesday, October 04, 2016

Misi mencari babysitter untuk Maira

Hai Assalamualaikum.. Okay straight forward je ni. Misi mencari babysitter untuk Maira harap dipermudahkan. Sekarang nak cari yang dekat dengan tempat kerja, tak ramai Anak asuhan dan yang penting Maira selesa. Sebab masa last time Nisa kerja kat KL, sejam jugak la baru nak sampai rumah pengasuh Maira. Confirm kena half day. Trust me bukan semua orang faham risaunya bila anak meragam walaupun taknak minum susu je.
Yang pengasuh lama tu bukan tak OK... Best sangat tapi kalau ada apa-apa jadi kat Maira jauh sikit nak travel.
Nak cari babysitter ni kena ada saringan jugak taw. So dulu boleh buat and why not for this one..
Ada ibu-ibu Kat luar sana Ada rasa apa yang Nisa rasa?
Doakan untuk Nisa ea dapat cari yang betul-betul baik dan sangat understanding..

Sedang mencari pengasuh,
Ibu kepada Maira Arissa


Monday, October 03, 2016

Sejak bila tak makan pedas ni?


Baru-baru ni makan dengan family, one of the thing yang wajib buat kami satu keluarga. Cuma bezanya selalu kami bertiga tapi Kali ni ramai sikit. Kalau pergi makan kedai mamak, entah kenapa lately mesti nak makan mee goreng mamak. Ohh dan kali ni lupa nak mention tak nak pedas.  Langsung tak lalu nak makan. Baru 2 ke 3 suap,  dah gelabah cari air..

Then Bapak tanya,  "Sejak bila tak boleh makan pedas ni... "

Mula nak recall bila kali last betul-betul boleh habiskan makan pedas. Yesss memang pun last time masa pregnant kan Maira and end up buasir. Terus esoknya stop makan pedas. Maklumlah bila jadi orang Nogori ni.. Pedas tu dah macam biasa je.

Dan.... Sampailah sekarang. Sebab fully breastfeeding.. Sebab pernah try tu yang tak berani nak makan pedas. Temperature badan Maira esoknya naik.. Menggelabah ibunya satu hari.

So bila nak makan pedas balik... Hurmmm tak tahu lah..macam dah tak pandai makan pedas je ni..

Sunday, October 02, 2016

Bloglist dah makin kurang?



Hai Assalamualaikum.. Bila seorang blogger kerjanya kena rajin blogwalking. To get some ideas, share experience dan tak lupa networking. Tapi lately bila nak blogwalking dari Bloglist yang Ada, banyaknya dah delete by the owner. Sayangnya dah banyak tulis tapi dah delete. Tak kisah apa reason mereka just Doakan yang terbaik. Nak buat Bloglist baru... Tapi yang aktif je.. Hamboi memilih kan sekarang ni Nisa.

Kalau korang nampak post ni, feel free tinggalkan link blog korang. And make sure bukan private.. Sebab Macam mana nak blogwalking kalau awal-awal dah private.
And from time to time Akan update Bloglist..

Yang ikhlas, 
Anisa


Tips mengorat lelaki versi perigi cari timba



Nampak tak Tajuk tu... Curlass gituuu. Sebenarnya atas permintaan ramai untuk share tips.. Bukan tak tahu apa yang korang mintak..cuma buat-buat tak paham je.
So mula-mula nak bagi soft reminder la ea. Tips ni tak semestinya betul dan boleh juga menjadi sebab berlaku pada diri sendiri dan juga kawan rapat. Sebab bukan Nisa je yang mengorat lelaki ni.

Dah ready ke ni? Okay here are the tips

1. BE YOURSELF

Ni statement jelas. Macam situasi Nisa sendiri... Nisa memang tak power nak hipokrit.. Dah try tapi tak boleh. Masa sesi jadi kawan dengan encik husband dulu.. Nisa dan Dia gunakan "aku Kau... "
Paling obvious bab makan.. Usually girls depan laki cover sikit kan... But not me.. I just can't.. Tapi takde la sampai pelahap.. Ada lagi kesopanan dan kesusilaan. Senang citer, don't change your personality bila ada dengan dia.

2. TEST THE GUY

Well ini... Nisa memang ada buat secara personal. Tapi Nisa nak nasihatkan not too much sebab Nanti the guy ingat dia hanya Bahan experiment je. Test tu boleh macam-macam. Contoh yang Nisa pernah buat : if I bring along my girlfriends, the guy tu akan socialize ke tak.. Atau just jadi penonton je. Ohh and Nisa tak buat test on money.. Sebab for me, selagi tak ada ikatan sah Dan cuma kawan so no bother on money matter. Belum tanggungjawab dia lagi.
Other suggestions untuk test : responsibility,  interaction dengan orang, family person Atau tak & jaga tak privacy kita.

3. PRESENT HIMSELF

Okay for this one, kena mintak tolong kawan-kawan. In terms of macam mana Dia layan orang lain. Dan bergantung pada korang sendiri. Nak cari yang Macam mana.. Contohnya korang nak laki yang boleh bergaul dengan ramai orang, attitude Dia on the road ke Atau bila with other girls Dia Macam mana - flirty Atau be polite.

Apa-apa pun tips mengorat lelaki, kita sebagai perempuan dah kena ready terima Dia seadanya and same goes to the guys okay..  Mana boleh perempuan je terima seadanya.. MUST BE FROM BOTH.  Macam Nisa sendiri I know he is the one,  bila Nisa sakit risau Dia kalah Bapak Nisa sendiri. Hantar sampai rumah. Bila Balik kampung, Dia mintak put family first instead of him. Bila Dia surrounded with my girlfriends and Dia satu-satunya lelaki.. Dia boleh borak-borak. And so am I when around with his friends especially bila teman Dia main futsal. And most importantly sampai sekarang, he is just the same guy cuma Tambah dengan tanggungjawab.

Daripada empunya blog,
Anisa 

Jannah Cosmetic Meet & Greet

Sabtu yang lepas, 9 Disember 2017 diberi kesempatan dan rezeki untuk join Jannah Cosmetic meet and greet. Dapat belajar banyak perkara ...

Cerita Panas Blog Minggu Ini