Saturday, July 30, 2016

Dah lama patutnya buat

Hai.. salam semua.. dah lama patutnya nisa resign..tapi kenapa stay lagi? Rasa nak resign datang selepas kahwin. Sebabkan environment memang tak bagi nisa grow sangat.. grow yang macam mana? Dari segi value of work & skills. Dah 3 tahun tapi still the same. Dari I am the only person in the department sampai la dah ada team.

Nasib nisa ni jenis tak kisah dan boleh buat hal sendiri. Tu boleh katakan kelebihan nisa. Hati kental pun iye jugak. Apa boss cakap take that as progress on working. Itulah asam garam bila bekerja. Politik kerja tu pun normal. Taknak la cerita hal orang. Better focus on myself.

Bila resign? Tunggu surat keluar. So..next plan? Banyak sangat. Berserah pada Allah sebab Allah lebih tahu mana yang terbaik. Post ni bukan nak menakutkan orang yang nak baru bekerja. Better experience sendiri. Lain orang lain journey. Jangan sebabkan cerita nisa korang taknak kerja pulak. Yang penting TAHU apa yang korang mahukan. Sebab tu nisa TAHU apa nisa nak.

Hasil nukilan,
Anisa ♡♡

Wednesday, July 20, 2016

Sambil pergi bagi ceramah, sempat lagi


Hai semua.. Kalau sesiapa follow personal akaun Facebook, Twitter & IG mesti nampak bersepah-sepah pasal Yerba Mate. Benda best tak baik kalau tak bercerita. 
Cerita kali ni kisah bapak saya yang aktif bagi ceramah sana-sini. Terutama dah nak dekat musim SPM. Bapak memang dari dulu lagi aktif. Siapa yang pernah dengar Sir Anuar Tahar, mungkin korang pun pernah attend ceramah dia. Subjek English SPM of course.

So, nak dijadikan cerita dalam giat bapak aktif dengan bagi ceramah..sempat lagi sambil-sambil cerita pasal Yerba Mate. Iyelah macam mana tak bercerita, sebab bapak memang minum Yerba Mate tu selalu dan dia sendiri testimoni berjaya. 
Kalau duduk dengan dia, orang akan mula tanya "Macam mana boleh nampak slim ni.."
Jangan risau saya share gambar bapak saya ea..

Waktu sambut menantu di Pengkalan Chepa. Comelkan bapak..

Ni gambar raya tahun ni..bergambar pulak dengan cucu dia
Ada beza tak? Haah bapak minum Yerba Mate aje. Lain kan..
Mana la bapak tak boleh nak bercerita. Dia pun suka minum Yerba Mate ni. Asalnya nak try je, sebab bapak memang suka try produk yang bagus ni.
and...definitely dia suka..katanya memang ni taste dia.

Anak mana tak excited tengok bapak dia boleh fit walaupun dah 5 series.
Apa lagi bapak offer semua kawan dia rasa sendiri. Terus ada yang nak order beli Yerba Mate.
Terbaik..sebab mereka tahu Yerba Mate ni rasa dia lain dari yang lain.
Lain yang macam mana? Kena rasa sendiri.
Bagi saya rasa Yerba Mate ni, ibarat tengah minum dengan pemandangan taman English style.
Boleh imagine tak tu? rasa tenang, best je hirup teh tu.

Ada yang kata ni detox tea, ada kata ni slim tea, ada kata ni energetic tea..
Sebab semua tu memang masuk la.. bukan je 3 in 1. 6 in 1 pun boleh..depends pada orang.
Best kan ada yang teh compatible dengan orang. 
Teh yang ikut orang bukan orang yang ikut teh..

boleh minum ramai-ramai macam ni.

berkongsi dengan yang lain
Macam best je? Mesti la best.
Macam mana nak dapatkan teh ni? Daripada saya aje.
Takyah susah pening nak gi Google. Boleh pos kan dengan COD area Kajang, Bangi atau Putrajaya.

Berapa harga sekotak?
RM56 dah termasuk GST. Ada caj postage.
Beli banyak dapat special price.

Berapa uncang dalam Yerba Mate?
ada 20 uncang.

Berbaloi ke beli Yerba Mate ni?
Ini terpulang kepada individu masing-masing. 

Sebab Yerba Mate ni berbaloi sangat untuk orang yang ada kencing manis, nak bagi perut kempis, tidur tak lena, makan tak terkawal, stress di tempat kerja, nak turun berat badan,nak rawat cirit-birit,sembelit & senak perut.

Untuk tengok lebih banyak testimoni, boleh ke FB page
Rahsia Kekal Remaja atau direct whatsapp ke 013-643. 6218 (Anisa)

Yerba Mate ni pernah viral dalam post Rizal Hakim dan bakal muncul dalam iklan TV nanti.


Monday, July 18, 2016

Our Journey : Kisah Kek Lapis Sarawak


Hai semua. Salam sejahtera. Kali ni nak sangat ceritakan bagaimana kisah kami sekeluarga dan kek lapis sarawak. Jika kisah ini bermanfaat kepada anda dan orang lain, saya benarkan post ini di'share'kan.

Pada mulanya saya dengan owner kek lapis Sarawak (panggil Auntie Dee) berkenalan kerana Yerba Mate (Argentina green tea - saya jualnya) kerana auntie nak kurus katanya. Selepas jumpa dengan bapak saya di sebuah majlis perkahwinan, bapak teus rekomenkan Yerba Mate. Mulalah sesi suai kenal, bertukar pendapat dan auntie share bisnes kek lapis sarawaknya. Tapi waktu itu, tiada apa-apa kaitan lagi dengan kek lapis sarawak. Untuk pengetahuan semua, kek lapis sarawak ini homemade dibuat oleh orang Semenanjung.

Selepas perjumpaan itu, kami hanya contact gunakan whatsapp. Biasalah sebagai seorang peniaga menjaga hubungan dengan semua yang ada. Itu dipanggil networking. Dan ketika itulah, auntie ada bagi mesej "Nanti kalau ada kawan nak beli kek lapis sarawak..boleh order dengan auntie ea..."
Saya hanya membalas,"Okay insyaAllah." Tak berani nak beri jaminan apa-apa.

Hinggalah tiba-tiba rasa terdetik nak share gambar-gambar kek lapis sarawak tu dalam twitter. Dalam hati cuma niat, "Semoga aku dapat panjangkan rezeki Auntie ni..."
Solat awal waktu seperti biasa. Rasa kurang enak bila dilambat-lambatkan.
Tidak lama lepas tu, dapat mesej dalam direct message.."Berapa ea harga termasuk postage..."
dan kemudian masuk lagi.. dalam hati waktu tu, "Alhamdulillah syukur rezeki.."

Kejadian tu buat diri ni untuk berfikir lagi jauh,"Ini baru try dalam Twitter, cuba try dalam Facebook..mesti ada nak beli..."
Selepas waktu kerja mula lah aktiviti posting iklan di profil persendirian, dengan sekali lagi niat..
"Semoga dipanjangkan lagi rezeki kek lapis sarawak ni dalam Facebook.. Dapat duit lebih ini jadikan hadiah ku kepada Maira baju raya..."

Alhamdulillah rezeki datang...nak order bukan sikit tapi banyak sekali gus.. Semua yang tengok jadi rambang mata.. Ada jugak bertanya,"Jual ke ni.."
"Ehh tak lahh tolong promotekan aje..."dan sambutan memang diluar jangkaan. Iyelah sudah nak raya, orang nak kelainan nak hidangkan waktu raya. Ada tu teringin sangat nak makan, tapi tak jumpa pulak.Ternampak posting iklan terus order.

Stok kek lapis sarawak homemade
Ramai yang order sampai ada yang mesej, "Dah pos kan ke keknya...tak sabar nak makan ni..nasib bulan puasa.." Sampai dah nak tutup order, masih ada yang nak order lagi.

Kesimpulannya nak ceritakan, kita tak tahu dimana rezeki kita.. Dengan panjangkan rezeki orang lain,disitu jugak mungkin Allah dah bagi rezeki kita. Niat kena jaga, untuk apa kita buat. Seronok bila dapat feedback yang best kek lapis sarawak homemade ni. Ehh ada yang nak order ke? Boleh aje..tapi PM tepi la ea..

Yerba Mate dengan Kek Lapis Sarawak homemade

Jannah Cosmetic Meet & Greet

Sabtu yang lepas, 9 Disember 2017 diberi kesempatan dan rezeki untuk join Jannah Cosmetic meet and greet. Dapat belajar banyak perkara ...

Cerita Panas Blog Minggu Ini