Monday, June 06, 2016

Hadirkan diri 1 Belia 1 Property


Hai semua..Assalamualaikum. Cerita ni way back masa sebelum bersalin. Dah lama save the date untuk event ni dan alhamdulillah ada rezeki nak hadirkan diri bersama suami tersayang. Kenapa pergi? Simple. Sebab saya dan suami ada letakkan goal setting untuk memiliki rumah. Sekarang  memang dah ada...tapi kami berimpikan untuk ada landed house. Masing-masing tak ada ilmu lagi berkaitan hartanah dan kami pilih 1 Belia 1 Property as our first step.


Belajar jenis rumah yang boleh dibeli. Apa boleh dan tak boleh buat masa nak beli rumah. Mesti lah best. Nanti InsyaAllah buat post khas untuk sharing ilmu. InsyaAllah hasrat nak beli rumah tercapai.

Dengarnya nanti ada 1Belia1Property 2.0... Nanti kalau nak join sama, boleh contact ea.. 

Salam sayang dari penulis,
Anisa ♡♡♡

Akhirnya dapat cari pengasuh untuk Maira


Assalamualaikum semua. Lagi beberapa hari saya dah nak mula kerja selepas 2 bulan dapat maternity leave. Perkara yang common ibu bekerjaya akan fikirkan. Siapa nak jaga anak masa pergi kerja nanti? Boleh stress jugak fikirkan bila tak ada kenalan nak tanyakan. 

Saya tengah nak cari pengasuh yang jaga tak ramai anak so that akan fokus lebih kat Maira nanti. Sejak dengar cerita yang tak best pasal pengasuh sekarang memang tak nak hantar taska.
First thing dalam kepala otak terfikirkan kawan yang ada baby duduk kat Putrajaya. Dia recommend cari pengasuh gunakan Facebook group. Kawan tu terus invite masuk group tu.


Alhamdulillah lepas iklankan nak cari pengasuh dapat 3 calon pengasuh dan last minute pengasuh berjaya kami pilih. Masa nak tengok calon pengasuh - suami & mummy ikut sama. InsyaAllah boleh kami bekerjasama. Everything semua nampak perfect dari segi tempat & my baby will be the only baby yang pengasuh tu akan jaga.

Tapi boleh ke ibu ni berpisah kejap dengan anaknya... Tabahkan hatiku ini..

Hasil nukilan,
Newbie Mother

Rahsia Kekal Remaja

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk terus dan terus beri manfaat dengan pelbagai cara kepada ramai orang. Ternyata bukan mudah tetapi Ni...

Cerita Panas Blog Minggu Ini