Posts

Showing posts from February 14, 2016

Kisah arwah si bayi Rayyan

Image
Hi semua... Assalamualaikum.. Hari ni nak tulis pasal kisah arwah Shah Rayyan yang sejak akhir-akhir ni dapat perhatian dari ramai orang betapa pentingnya kalau kita yang dewasa tak berapa sihat, tidak boleh melawat baby yang baru lahir.

Cerita ni memang dah lama sebab saya sendiri friend di facebook dengan si ayah kepada adik Rayyan ni. Pilu bila dapat tahu berita sedih sebab baru je dikongsi dengan kami berita gembira adanya adik Rayyan tu. Ramai mengucapkan takziah kepada mereka.. Pilu sangat..

Bagi saya, kental hati si ibu nak ceritakan catatan ringkas mengenai anaknya. Saya doakan mereka memperoleh banyak manfaat kerana berkongsi. Bukan mudah untuk bercerita dan buka balik kisah sedih ini.

Al-Fatihah.