Monday, September 21, 2015

Unplanned date : Maze Runner 2 movie

Hi semua.. Apa khabar? Saya alhamdulillah sihat.. Apa citer kali ni? Citer dia macam mana, baca taw sampai habis..

Pagi Sabtu baru ni, saya hadiri kelas keusahawanan untuk lengkapkan ilmu di dada. Kemudian dapat whatsapp message, kawan sekolah rendah ajak pergi IOI City Mall di Putrajaya. Masa tu tanpa pikir panjang terus saya plan dengan dia.

Kawan saya ni timetable kerja tak menentu.. Nak ajak keluar selalu saje salah timing. Dia yang suggest untuk layan movie.. Dan saya memang Okay untuk tu. Lupa pulak, nama kawan saya ni Nazihah. Nak berkenalan ke? Go through me first yaa..

Tapi bila dia tanya, "Tak apa ke nisa keluar? Suami tak marah ke?"

Dalam hati ada rasa geli hati sebab saya dengan suami memang saling kenal kawan masing-masing. Paham tak? Tak jelas eh.. Macam ni.. Kalau suami nak hangout dengan kawan dia, saya join sama.. Begitu sebaliknya. Suami nak main futsal, saya siap borak dengan suami dan kawan-kawan dia. Sebab itu cara kami.

Jadi kami bertiga layan Maze Runner 2.. Untuk pengetahuan semua, saya tak layan lagi Maze Runner yang first. Saya suka watak Thomas sangat bersemangat, fokus pada matlamat untuk ubah generasi muda dan bantu kawan-kawan dia. Sanggup buat apa sahaja. Rempuh dengan halangan walaupun tahu bahaya menanti di depan.

Cuma Part yang zombie tu tak suka. Sepanjang scene zombie, saya tutup mata.. Terperanjat tu takyah kira berapa kali.

Jadi, unplanned date lagi best dari duduk plan yang entah bila jadinya. Walaupun selama 13 tahun tak berjumpa, akhirnya rezeki untuk bertemu dapat juga. Alhamdulillah..

Itu sahaja dari saya. Terima kasih baca sampai habis ea..

Dari penulis yang akan terus menulis,

Anisa Nadhira Binti Anuar..

Sunday, September 06, 2015

Movie Transporter Refueled


Hi semua.. Tadi layan cerita Transporter terus update.. Rating bagi untuk cerita 8.5 daripada 10 bintang. Walaupun cakap "alaaaa... Hero baru tak best..."

Korang ni bagi la peluang orang baru berkarya dan saya sangat berpuas hati lakonan dia. Tak ingat pulak nama hero baru ni.

Aksi paling best semestinya dia Transporter guna Audi S8. Perghhh korang tengok sendiri la, tulis sini tak cukup satu Page.

Satu minggu plan dengan member untuk kasi tapau satu hall, gather ramai-ramai untuk layan cerita ni.

Saturday, September 05, 2015

Berjinak dalam dunia business


Hi semua.. Apa khabar? Hope semua sihat je. So tengok tajuk pasal berjinak dalam dunia business. Siapa?? Of course me!!

Well basically, tak suka business sebab tak ada bakat and memori dapat C+ subjek Marketing bertambah penguat tak nak involve business. Jadi kenapa business?

Simple. Nak duit lebih, jalan yang jelas dengan perniagaan. Lagipun 9 daripada 10 punca rezeki datang dari perniagaan. Business jugak la career Rasulullah, Siti Khadijah, Saidina Usman bin Affan.

Tapi pendapat peribadi saya, bila kita business di situ kita akan kenal siapa diri kita. Bila rejection adakah terus down atau akan lagi bangkit.. Banyak kenal pencipta kita, Allah s.w.t.

Bagi saya kepada golongan yang cuba down kan orang lain berniaga sama ada 1) dia golongan yang pernah tidak berjaya dan merosakkan orang lain yang ada semangat berniaga 2) tak reti pun nak berniaga tapi cakap power semua benda.

Nasihat saya sebelum nak berniaga mula sekali ada ILMU. Tak ada ilmu, tak usah nak berniaga. Jangan berlagak tahu semua benda. Orang yang sudah buat jualan bulanan jutaan ringgit pun masih mencari ilmu.

Lepas tu, kalau tak pandai buat produk.. Guna produk orang lain. Belajar macam mana packaging, cara pembuatan, khasiat, dan bahan digunakan. Cara yang sama Pengasas D'herbs, Alif Syukri gunakan. Follow page dia untuk tahu perjalanan dia dalam dunia business.

Nasihat yang lain, hati kena kental dan ada sikap cukup - cukup mahu. Walaupun hampir setahun dah ceburi, perubahan ketara saya sudah hati kering dengan alasan dan apa sahaja orang cakap kan. Sebab orang tak faham apa kita buat, memang akan cakap apa yang dia sahaja yang betul. Surrounding semua kena orang positif.. Mesti, mesti dan mesti..

Cukup la dulu, setakat ini.. Kalau ada umur panjang mungkin saya akan ceritakan journey saya. Itu pun kalau ada yang mahu membacanya.

Salam maju jaya dari penulis,

Anisa Nadhira Binti Anuar

I need your help | Email Spam

  Hi semua. Tengah buat clean up email macam biasa especially part (Spam). Sebabkan ni the only appear, jadilah satu kisah entry post unt...