Thursday, November 19, 2015

Hadiah buat Mummy

Hi semua.. Cerita ni true story. Bila dah 2 tahun bekerja di tengah kota KL pernah terlintas dihati nak beri hadiah kat mummy. Selalu tak tahu nak bagi apa... Sebab duit cukup-cukup makan untuk diri sendiri, insurance & komitmen lain.
Niat dihati bila sudah bekerja nak belikan sesuatu untuk mummy. Pernah belanja tapi bila dapat bonus setahun sekali. 

Ingat rupa mummy waktu tu, saya bagi duit untuk pertama kali. Mukanya berseri-seri rasa diri kita happy bila sudah mula memberi duit kepada nya. Rasa bangga & waktu tu rasa "aku sudah membalas jasa mummy ". Tak banyak pun nilai yang diberi berbanding apa yang mummy berikan dari saya kecil hingga besar galah ni.

Setelah giat melibatkan diri dalam business, hadiah yang saya berikan antara hadiah yang saya idamkan nak beri. Perfume jenama Ed.Pinaud (sudah dalam pasaran di Paris sejak 1833). 
Pada pertama kali beri, mummy siap cakap "ni bukan taste mummy" tapi sebabkan anaknya yang beri mummy pun pakai. Dalam diam, rupanya tu favorite barangnya. Nak dijadikan cerita, perfume tu hilang bersama barangnya yang lain (isi dalam satu beg toiletries)

"Kenapa mummy? Macam kelam kabut cari barang hilang je"

"Beg toiletries mummy hilang."

"Takpe la.. Nanti beli yang lain je"

"Tak kisah yang lain. Dalam tu ada perfume yang akak bg"

"Perfume yang aritu akak bg ke?" (Dalam diam, senyum tengok gelagat mummy time tu)

"Takpe la mummy.. Nanti akak bagi yang lain.. Better one.."

"If you say so" 

Memang lepas tu, bagi one more perfume.. You guys should see her face at that time.. Bersinar macam time kita budak-budak happy dapat hadiah. Priceless sangat moment waktu tu.

Tak sabar nak bagi hadiah lagi kat mummy. Selagi boleh dan diizinkan. Sempatkan lah untuk ku capaikan hasrat mummy.




No comments:

Post a Comment

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post