Friday, August 29, 2014

Ohh beg ku

Hey semua. Ni tengah otw nak balik kampung. Bayang eh budak perempuan bawak beg kiri kanan penuh dengan kepit kn beg sambil menaip nak tulis blog guna smartphone.
That's a lot going huh... Okay tengok post. Baru je tadi beg yang beli time belajar dah rosak. Zip la rosak. Walaupun dah banyak jahitan still lagi guna, sayang punya pasal..

Not now please...waaaaa~~ okay la nak naik train jap lagi. Jangan rindu ea...hahaha..

Nukilan mengada dari empunya blog,

Anisa Anuar

P/s : gambar tu nak tunjuk guna pin tudung nak bagi tutup..no more zip..

Tuesday, August 26, 2014

My Dilemma : Patut ke saya belanja? - kad Starbucks

Hey semua. So, tajuk pun dah straight to the point. Macam ni, nak dijadikan cerita...saya dulu memang tiap bulan jejak ke Starbucks sebagai cara saya nak belanjakan diri. Dah nama pun coffee lover, memang suka la pergi sana.

Jadi saya dah jadi regular customer, saya beli kad Starbucks yang ada duit dalamnya. Ala-ala touch N go. Sejak say NO to Starbucks (baru kuatkuasa ke atas diri sendiri dua bulan yang lalu) jadi baki yang saya ada ni....apa saya nak buat?

Belanjakan saje? Bagi kat orang? Burn kan aje....nak kata banyak tu tak la..tapi bazir duit dalam tu.

Pendapat kawan-kawan macam mana?

Terima kasih ya.

Salam sayang dari empunya blog,

Anisa Anuar

Wednesday, August 20, 2014

Mini Library


Hey semua.. Bilik saya sekarang boleh tahan dipenuhi dengan banyak buku. Gara-gara hobi saya membeli..dan baca buku (Ada ehh hobi beli buku??)

Nak dijadikan cerita, saya ingat nak buat mini library..maksudnya disini saya nak bagi orang luar pinjam buku saya tapi....dengan cara menyewa.

The trick part is...am I that totally trust untuk orang tu pinjam buku tanpa ada cacat cela atau macam mana nak pastikan buku yang dipinjam kembali kepada asal..

Ada yang bagi cadangan, "kalau dah tak baca lagi untuk second or third round..jual je kat orang.."

I was like "nooooooo....." (Dengan mimik muka sekali). Mana boleh jual..semua buku dibeli dengan hasil gaji bulanan dan ditambah dengan kegigihan.

Jadi, korang rasa....idea nak bagi orang sewa buku tu...okay tak?? Kalau korang rasa okay...maybe or maybe not dijalankan sebab masih dalam pertimbangan dan ambil kira risiko dan probability..

Cadangan dan suara anda amat dihargai,

Dari empunye blog..
Anisa Anuar

Sunday, August 17, 2014

Umpan guna selfie

Salam syawal semua.. Mood raya lagi niehh..tajuk post over sangat eh? To make it short, sebenarnya nak tangkap gambar si kecik ni (gambar pertama).

Disebabkan dia ni sangat lincah dan genius tak bagi gambarnya ditangkap...terpaksa umpan dia guna selfie nak bergambar (gambar kedua) haishhh... Jangan tak tahu budak-budak zaman sekarang kecik-kecik dah tahu selfie...jauh beza zaman kita yea dak.

Apa? Ohhh...korang fikir cerita dasyat sangat ke? Waduh..waduh..jangan begitu dong~~

BTW, tahniah sahabatku merangkap dulu housemate merangkap geng budak foodcourt yang sekarang dah jadi tunangan orang. Semoga dipermudahkan urusan untuk ke jinjang pelamin dan seterusnya membina mahligai indah (ewaaahhh...ayat curlass gitu)



Salam sayang dari penulis,
Anisa Anuar
xoxo

I need your help | Email Spam

  Hi semua. Tengah buat clean up email macam biasa especially part (Spam). Sebabkan ni the only appear, jadilah satu kisah entry post unt...