Thursday, June 27, 2013

Perkara yang boleh terjadi Sebelum Exam (waktu study week)

 
Post ini lebih kepada pengalaman hidup sebagai mahasiswa dan kejadian sebegini tak pernah lari dalam menjadi sebahagian hidup mahasiswa.. Post ini juga bukan untuk menakutkan bakal mahasiswa tetapi sebagai persediaan mental yang perkara ini adalah perkara biasa akan berlaku dan harus diingatkan untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih bijak.

Perkara ni boleh berlaku dalam tempoh sebelum dan semasa exam yea..
1. Assignment mengejut atau Projek menimbun2 boleh jadi apabila lecturer bagi assignment tambahan yang due date boleh jadi sebelum atau selepas exam. Ini akan menyebabkan study tergendala dan kurang tidur gara-gara untuk siapkan assignment. Waktu ini kita akan mula mempersoalkan "aku datang universiti ni untuk buat projek ni je ke...bila nak habis..?" percaya la..projek itu sebenarnya membantu proses pembelajaran dalam kelas. Hanya orang yang memandang remeh, mungkin menyatakan projek dan assignment yang menimbun tu tidak mendatangkan faedah.

2. Pergaduhan atau bertikam lidah hanya perkara salah faham dan stress dengan exam dan projek..perkara sebegini memang akan berlaku..kalau kita matang, just moving forward dan abaikan pergaduhan remeh-temeh..

3. Tikam belakang kawan bila dapat nota tambahan dari lecturer atau hint dari lecturer. Ada segelintir akan menyembunyikan dari rakan kelas yang lain.

4. Soalan dan statement yang boleh buat kita annoying
"Ko dah habis study ke belum?"
"Elehh, senang je tu...tak kan tu pun tak reti.."
"Ko tidur ke dalam kelas..masa belajar bab ni?"
"Apa je yang ko tahu ha?"
"pergi la tanya orang lain..aku tak senang ni"
Kalau nak buat list...memang banyak la..tak terkira..

5. Kawan makan kawan lebih kurang macam bertikam lidah dan tikam belakang kawan tetapi boleh juga terjadi antara rakan sekelas ataupun serumah atau sebilik.. Bila perkara ini berlaku, harus motivasikan diri balik untuk tidak terjejas pelajaran dengan memikirkan masalah ini.. Mungkin ada di antara kita akan rasa tak tenang sebab bergaduh dengan rakan baik...fikirkan mana yang terbaik untuk saat itu.. Luahkan rasa itu kepada yang rapat agar dapat membantu untuk lebih fokus untuk menghadapi peperiksaan.

Memang semuanya berlaku pada saya..pada tahun pertama, saya sangat naif..dan mula belajar dari pengalaman dan menganggap itu semua pelengkap sebagai hidup seorang mahasiswa. Harap sedikit sebanyak dapat membantu...Jangan stress perkara sebegini masa musim exam..kalau boleh elakkan amat la digalakkan..Semoga berjaya.. No Stress,okay? (^_^)

okay nak selitkan overall dalam lukisan yang sangat geometrik dari saya.. alahai, budak 6 tahun pun boleh buat ni..next time saya perbaiki lagi yea...


apa pandangan korang? boleh kongsi kalau ada kelainan sikit..ohh hey, jangan komen gambar je...hehehe..segan la..sebab drawing ni bukan la 'watak utama'


Wednesday, June 26, 2013

Pengetua SAMURA masuk TV | Jerebu


Mesti sejak kebelakangan ni ramai update pasal jerebu kan.. tempat saya kat Kuala Pilah ni...boleh la tahan jerebunya..tapi tak seteruk macam yang lain.. Banyakkan bersabar yea kawan-kawan..
Jadi saya mula memerhati di laman sosial (facebook, twitter) banyak respond dan luahan hati dan rasa pasal jerebu ni.. Isu salah-menyalah sudah menjadi perkara yang pasti..

Haaa, berbalik kepada tajuk post..pengetua sekolah lama saya masuk TV..


yea saya...dulu saya sekolah disini.. bila dengar je IPU Muar teruk tempoh hari, memang benda pertama saya pikirkan sekolah lama saya, Sains Muar (SAMURA). Timeline twitter dikalangan school mate tu memang lagi mengingatkan saya pada Muar.

Jadi kepada semua... Jangan jadikan peristiwa jerebu ni sebagai satu bala tapi harap lebih memandangnya sebagai hikmah daripada-Nya untuk lebih menyayangi alam sekitar. Mungkin dulu kita pernah memandang temeh pada perkara yang kecil..tapi percaya la ini untuk kebaikan bersama. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya... Sikap keterbukaan dan kematangan kita turut dinilai..

p/s : baru beberapa bulan yang lepas bertemu dengannya.. Beliau tetap maintain...dan selalu kagum dengan karismanya..

Saturday, June 22, 2013

Taleeb dah Kahwin??


Hye semua... Korang kenal dengan penyanyi yang famous dengan lagu Restu Cinta? Baca SINI untuk tahu lebih lagi pasal tu.. Jadi pagi-pagi lagi macam biasa bukak facebook untuk tahu update kawan-kawan..
Jadi betul ke Taleeb ni dah kahwin...


selepas statement beliau dari facebooknya... ramai mengucapkan tahniah atas pernikahannya..
setakat itu sahaja, kemungkinan belum update lagi..jadi tunggu untuk kenyataan lanjut darinya..

ini post yang menambahkan kenyataan tentang perkahwinan Taleeb



Tahniah Taleeb dan isterinya.. Semoga berkekalan hingga akhir hayat.. Tahniah!!

INTERVIEW


Hey semua...Apa khabar? Sihat? Saya? Sihat je...dan tengah struggle untuk mencari kerjaya..
ecehh..bukan apa...sementara menunggu tawaran kerja dan lebih lagi panggilan untuk interview...saya sekarang berkerja kat kedai area rumah je.. well...we have to start from somewhere kan?
saya fikir yang saya perlu lebih lihat dunia luar...memandangkan hampir 6 bulan duduk di rumah dan menyebabkan diri ni mental breakdown.. okay..nak terus cerita pasal interview hari tu..

Interview kali ni saya buat lebih sikit homework dan syukur sangat apa soalan yang jangka interviewer tanya ternyata ada.. antara soalan common ditanya ialah :-

Tell me about yourself, What are your strength and weakness, Why should we hire you, What do you know about your position

cuma ada jugak yang unexpected punya soalan, "why do you put that amount of expected salary?"
nasib baik otak masa tu bergeliga dengan baik dan dicampurkan dengan Oh My English.. tak tahu la apa jadi time tu, tawakal banyak-banyak.. Yang saya excited pasal interview ni sebab sikit sebanyak related dengan coursework yang saya belajar kat UiTM..dream job? lebih kurang..antara choices..

Mencari kerja ni la saya rasa....realiti memang menarik..describe menarik? hehehe....subjektif la tu..

study dengan gigih walaupun tengah jaga kedai

bapak datang bawak coklat kat kedai...pastu ada customer ngecek sikit la..


Monday, June 10, 2013

masa depan ANISA's CORNER


Setelah sekian lama tak ada post...hahaha
seminggu je tak ada entry. Ada jugak terfikir apa masa depan ANISA's CORNER ni...
yang pasti,blog ni memang akan ada cerita kisahku,
apa yang saya rasai,dengar dan nampak.
Sebenarnya, saya nak mengambil keputusan untuk menyepi...bukan sahaja pada blog
tapi...pada semua laman sosial yang saya ada..kenapa??

Saya cuma nak mengenali diri ni jauh dari blog dan laman sosial yang lain.Menggunakan blog untuk mengenali diri...tak selalunya berkesan..Apa yang nak dicari? Itu saya tak pasti tapi jauh disudut hati ni...masih mencari diri..Apa saya hendak buat untuk hidup saya.. Apa usaha yang saya dah buat..

Harap saya tak perlu menyepi terlalu lama dari blog ni..
Blog-walking selagi terdaya.. Sebab perasaan untuk berblog masih ada dalam hati ni..
Hey, jangan risau... Ini bukan la post yang menyedihkan.. Sejak dua menjak banyak berfikir..
Jadi...my learning in progress...Remember guys, cherish your day to do great things.
Write good things on your blog, be nice to others.
Wrong usage of word can give different meaning from the real meaning..



Saturday, June 01, 2013

Hadiah Konvo


Cerita konvo tak habis lagi ke... aiseh.. tak la.. ni kasik tunjuk la sikit hadiah konvo yea..


mintak adik kesayangan yang giler camera jadi model pegang hadiah..
bunga+winnie the pooh tu hadiah dari Fad..siapa dia tu?
ada la...hehehe.. *blushing*

yang hand made bantal ada macam character android tu
siap ada nama NISA tu, kawan yang buat.. Faaizah namanya..
dah addicted buat hand made tu..dan yang paling best, lepas penat konvo tu..
tidur dalam kereta beralaskan bantal Faaizah bagi..
puas la cari bantal yang best dalam kereta..ni baru namanya gunakan sepenuhnya kan..

ni je ke? ohh ada lagi satu..
Wani ada bagi tempat letak handphone..tapi dah kena kidnap dengan adik tu ha..
sibuk je nak kakak dia punya barang..
Mak Teh pulak bagi blaus..macam tahu je anak sedare dia perlukan banyak lagi baju cantik.
tak pandai nak beli baju lawa... gitu la jadinya..

apa-apa pun terima kasih sebab bagi hadiah..
sebenarnya, dah warning siap-siap tak nak bunga hidup..sebab tak pandai jaga..
dari membazir begitu saje..jadi tak pe la..ni pun memadai..

p/s : suka benor si Tiya ni...bila dapat 19 like kat facebook untuk gambar dia ni..
 

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post