Posts

Showing posts from March 31, 2013

Prank Kawan

Image
Assalamualaikum semua.. Nak citer kat korang tentang buatkan prank kat kawan. Siap buat pelan taw.. Prank masa birthday dah lama dah..tapi ni salah satu prank still saya ingat sampai sekarang..jangan gelak taw..ni namanya pelan prank conteng2 je..segan la pulak conteng cengini...

Saya kena bawak kawan saya kat bawah cari syiling yang berlambak saya 'terjatuhkan' (konon) dan rakan subahat lain buat preparation untuk the main event...buahahahahaha!!!
"Please, teman cari duit syiling...terjatuh dari depan dorm ke bawah tu...please temankan cari.." and kawan betul-betul percaya...and she's really searched it..
"biar betul...tak de pun duit syiling tu...banyak sangat ke?" kawan bertanya. "banyak...sangat...sangat banyak...please carikan..ada duit syiling emas seringgit tu..kan susah cari sekarang ni..." saya beritahu dia.
sepanjang conversation tu berlalu.. rakan yang lain semua sediakan baldi yang penuh dengan sabun mandi + bedak + sabun basuh..dan …

"Giga Siblings Birthday Giveaway by Arya Addin"

Image
Assalamualaikum...dan salam jumaat dari saya.. Pagi-pagi lagi dah join giveaway ni..tengah rajin..ecehh angkat bakul sendiri..
klik banner ni kalau nak join..
Sweet Bitter wishes pada adik-adik Aya
kalau tengok gaya dia, rasa macam anak sulung...macam saya.. so senang saya buat sweet bitter wishes pada semua adik Aya,okay?
Kepada adik Imah, adik Apit dan adik Adam, first akak nak pesan belajar rajin-rajin taw..belajar sampai pandai.. bila belajar jangan pernah putus asa...cakap berdasarkan pengalaman sendiri..
yang kedua, suka kan menabung..tu la perkara paling akak suka buat dari kecik.. nak kata akak banyak duit kat bank, tak tahu menahu la pulak.. sebab..tahu kumpul je..kumpul untuk kegunaan masa depan..
yang ketiga, dengar pesan orang tua.. andai kata kalau nasihat pada mulanya tak masuk akal, restore dulu..ohh simpan dulu..nanti lambat laun mesti akan paham jugak akhirnya..
okay tak sweet bitter wishes ni.. kalau boleh akak pun nak adik-adik akak sendiri yang baca ni.. jadi kaka…

Bila ATM tak ada....

Image
Assalamualaikum semua... apa jadi kalau ATM tak ada ek..
gambar dari Himpunan Cerita Lawak Facebook
hahaha...okay jangan gelak macam pontianak pulak.. ramai bila tengok gambar ni..macam-macam la reaksi.. jangan tanya nape CIMB Bank taw.. semua akan wonder "apa kena-mengena dgn ATM bola sepak tuhhh??"
#Justforlaugh

Bila Blogger Jadi Maid | review buku

Image
Assalamualaikum semua..review buku lagi!! buku ni saya pick random je masa beli tu..sebab guna voucher RM250 tu.. susah jugak nak habiskan..memandangkan dah habis belajar ni kan.. ohh, bukan novel je saya beli...ada lagi tu.. cuma berat sikit nak baca...so takes time..okay jap ni nak tunjuk buku tu..

rate buku ni 3 bintang setengah daripada lima.. sebab macam boleh expect apa yang berlaku..but still seronok nak baca.. Masa mula baca dah bayangkan diri sendiri...ehh cuma bezanya watak dalam buku ni Hanis Arisya, blogger yang femus...baru graduate nak cari kerja.. and ambil keputusan nak jadi maid kat salah sebuah orang ternama. sebabkan dia jadi maid...dia jumpa cinta sejati dia.. tempuhi pelbagai cabaran dan rintangan bersama Tengku Ashraf.. saya tak la..memang dah graduate..and nak cari kerja..tapi jadi maid kat rumah sendiri je  hehehe..pasal cari cinta sejati...tak la..cinta terhadap adik-adik je la..
Tak boleh nak citer panjang, nanti tak best kalau orang tak baca lagi.

Bila mula bersatu dengan krayon

Image
Asslamualaikum semua.. okay maybe macam comel ek bunyinya.. alahai angkat bakul sendiri la pulak..  ada satu hari tu tengah bosan pastu timbul rasa rindu nak main dengan krayon.. apa lagi mula berimaginasi kartun la saya dibuatnya..
before korang tengok hasil lukisan+warna yang agak childish ni, jangan gelak...okay tutup mulut tu dengan tangan..

aah la Doreamon yang saya lukis ni...okay..memang saya yang lukis.. Doreamon saya lukis ni gemuk sikit..maklum la baru nak warming up,cengini la ghupenye.. krayon yang ada pun tak banyak..disebabkan tu..guna je mana kaler rasa kena.. dan memang ada sikit ada tak kena.. hehehe...ada yang gelak lagi ke? aisehhh...hahhaa...tengok la next lukisan saya lak..
p/s: agak-agak ada bakat jadi cikgu seni tak?

Prince Charming | review buku

Image
Assalamualaikum semua...Setelah beberapa hari ni melayan novel rasa nak update pasal novel la yea.. Kiranya di'approve' oleh saya kalau nak baca..hehehe tiba-tiba sejak dua menjak ngidam novel kot..

mungkin ada yang pernah baca.. Kisah mula bertukar jadi menarik selepas Nurul koyakkan Carta Prince Charming.. Nurul dan Kelab Bola Sepak..bila baca mula la aku dok bayang pemain dari Kelab Bola Sepak yang diceritakan ala Prince Charming.. konflik cerita menarik...sebab baca non-stop.. ending? seperti yang saya jangkakan..apa ending dia? kena baca sendiri la..okay? tak best pulak nak citer semuanya..
rate buku ni 3 bintang setengah daripada 5 jadi, tunggu la lagi update pasal buku yang saya baca okay? bukan ulat buku...cuma jadi pencinta novel yang tak berapa tegar..

AUSTIN MAHONE : The Next Big Thing

Image
Hye guys.. Ni nak share pasal Austin Mahone... siapa dia ni? Sama macam Justin Bieber bakat nyanyian dia diketahui dari video. Mana tahu pasal dia ni...? Dari MTV to be exact.. tengok video Say Somethin' pastu pikir  "not bad jugak ni..memang lebih kurang macam Justin masa lagu One Time"
tak pernah tengok video dia? aiseh..okay..patut la semua tercengang je tu

kalau tengok gambar ni, mesti orang pikir dia Justin la kot..
entah tak tahu apa future budak ni lagi.. hope muzik dia terus berkembang.. aiseh dah bunyi macam peminat pulak kan... jom terjah blog dia Austin Mahone

Giveaway Naili Shoppe Di Mialiana.com

Image
Giveaway Naili-Shoppe Di Mialiana.com

NAILI SHOPPE : Kedai Online Termurah Di Pasaran
Naili Shoppe merupakan pemborong, pengedar dan penjual pelbagai produk kecantikan, kesihatan, tudung (bawal, labuh, ratu), stoking buluh, shawls serta pelbagai jenis aksesori bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.
Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Naili Shoppe ini ialah D’Herbs, Anugerah, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Nurbeautyline, Fellina, Megah Perawan, CocoaCollagen, Avail, Pamoga - Vida Beauty, Beauty Umairah, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Hijrah, Smartherbs, Pompure, D’Qistee, Produk Sunnah, Jerslin, Jamu Ratu Dara dan banyak lagi.
PEMBELIAN SECARA ONLINE AMAT DIALU-ALUKAN
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :- Puan Naili : 013-3913 349 Blog : www.naili-shoppe.com Emel : nailishoppe@gmail.com
Alamat Premis : Naili Shoppe T00-UF2, Blok C Pangsapuri Putra Damai Jalan P11E Presint 11 Putrajaya
Business Hours : Isnin – Juma…

Segmen : 300 Bloggers

Image
Assalamualaikum semua...ohh hai.. tadi pergi blog-walking blog Fendy..tengok latest post dia pasal Segmen: 300 Bloggers terus tertarik di hati nak join..tah kenapa.. mungkin nak meramaikan 300 tu la..bukan sikit..tapi boleh dicapai..

bagi rakan-rakan yang nak join,boleh terus ke Blog Paly NI tarikh tamat pada 3 April 2013 pada pukul 2359
sempat lagi bagi siapa nak memeriahkan segmen ni.. kalau yang rajin blog-walking sama-sama, insya-Allah dapat nak kenal yang lain..
p/s: kepada empunya blog, first time sebenarnya kenal blog anda.. salam perkenalan...and keep on writing,okay?

How to Save Your Own Life | novel review + update

Image
Hai...lama rasanya tak menulis kat sini.. sejak dua menjak, membaca tu jadi part of hobby..memang betul rasa ngantuk kalau membaca terlalu lama...tapi last dapat baca...satisfaction..tak boleh nak digambarkan la.. okay, maaf yea ni nak cerita la buku yang
saya recommend kawan-kawan yang lain patut baca.

Mengisahkan pengalaman penulis itu sendiri..pada mula hidupnya hanya tumpu pada kerjayanya sahaja.. buku sebelumnya How Starbucks Saved My Life ceritakan hidupnya semasa jadi Advertising Executive dan selepas dia dipecat. ada 15 pengajaran semua sekali.. saya dapat impak juga lepas baca buku ni.. pada mulanya, saya menulis diary untuk diri sendiri dengan tiada tujuan saya sendiri tapi lepas baca buku ni...baru saya perasaan yang saya ada improvement.. dari segi pemikiran, sosial...sewaktu 3 tahun yang lalu dan sekarang memang banyak beza..
rating: 4 daripada 5
memang best pun...dan better korang baca sendiri..
sebab penceritaan dari penulis tu memang saya boleh relate dengan diri send…