Posts

Showing posts from August 5, 2012

Misi Mengemas Rumah

Assalamualaikum dan hye semua... Bulan puasa kali ni terasa panjang bagi saya. Mungkin sebab saya bercuti, tu yang rasa panjang.. Misi mengemas rumah ni sememangnya rasa tak pernah habis disebabkan ada adik kecik ni... Mengecat rumah, kemas bilik, buang apa yang tak patut contohnya kertas-kertas sejak zaman SPM lagi, baju yang tak muat dan jarang guna diberi kepada kepada yang lebih memerlukan...
kenapa perlu tunggu nak raya baru nak buat? mungkin ada yang akan cakap, kan lebih elok jika konsisten maknanya tak perlu nak time raya baru nak buat... tapi bukan ke time raya orang nak datang ziarah-menziarahi, sanak-saudara berkumpul.. apa-apa pun alasannya bagi saya, itu la masa yang sesuai untuk melaksanakan misi mengemas rumah... 
harap kan semua kawan-kawan di luar sana pun melaksanakan misi mengemas ini...

Olympic London 2012: game pilihan anda?

assalamualaikum semua... semalam kita digegarkan berita yang Dato' Lee Chong Wei merangkul pingat perak untuk acara badminton. Beliau sememangnya hero Malaysia.. bukan rezekinya untuk dapat pingat emas.. apa-apa pun kami penyokong Dato' Lee Chong Wei akan sentiasa sokong beliau..
Olympic 2012 memang event yang menarik untuk kita tengok..  apa game pilihan anda?? saya punye pilihan ada 2 game.. basketball dan cycling.. antara game mesti ikut.. mungkin sebab minat la kot.. tak ada favourite team, cuma suka game tu..basketball tu lebih tengok team USA. maklum la majority dari mereka NBA Player. Cycling?? baru paham cara permainan, rasa macam menarik...tu yang suka...  korang pulak bagaimana? akhir sekali, semoga berjaya kepada kontinjen Malaysia...bawak lagi banyak medal.. make us proud.. chaiyok3!!
haaa!! esok Dato' Lee Chong Wei akan tiba di KLIA pukul 6.30pagi..siapa berkelapangan, lepas solat subuh...pergi sambut beliau hehehee...
p/s: kalau boleh dapat full data game Ol…

Senang ke nak berfikiran positif?

Assalamualaikum dan hye kepada semua... pagi ni nak bagi otak tu berfikir sebentar... kita memang sentiasa diingatkan untuk bersikap positif. Bila kita bersikap positif, semua perkara yang mustahil jadi tidak mustahil (betul kan, tak terbalik kan ayat ni?? hihihi)  bila berlaku sesuatu perkara yang boleh melemahkan semangat kita..kawan-kawan yang tak beri dorongan..untuk menanganinya harus berfikiran positif.. untuk buat orang lain berfikiran positif itu memerlukan bakat juga taw.. tak semua orang boleh lakukannya...
mungkin ada yang cakap, "alarhh kalau takat cakap je...aku pun boleh buat.." pada pendapat saya, untuk sentiasa berfikiran positif memang susah bagi saya...tapi...kena buat secara konsisten..dan perlu selalu muhasabah diri...letak kan diri kita pada keadaan orang lain.. 
kepada kawan-kawan yang lain...teruskan berfikiran positif..saya pun akan berusaha untuk melakukannya juga... ini sahaja dari saya...  so, BE POSITIVE!!!