Friday, February 16, 2018

Kisah Aku & Stokin


Teringat pada kisah-kisah aku dan stokin. Ada yang menarik dan ada bagi pengajaran buat aku. Entah kenapa, aku mahu coretkan kisah ini.

Ketika aku darjah 6, mahu mengikut kawan untuk ke camping. Sedang aku siapkan beg untuk ke sana, dalam list cikgu ada sebut 'stokin tebal'. Dalam hati aku, "untuk apa stokin tebal..kan kita camping...tak apalah ikut saje la..." 
Tibanya hari camping, malamnya jadi sejuk yang amat. "ohh stokin tebal ada dalam beg.." inilah fungsinya stokin tebalnya.. syukur sangat pada waktu itu.

Kisah yang lain dengan stokin ketika aku aktif berkawad Kadet Polis. Nasihat dari senior, "Kalau boleh stokin tebal atau pun berlapis-lapis bila kita berkawad ni nanti. Nak elak melecet.."
Sekali lagi stokin adalah penyelamat aku. Kali ni untuk berikan aku keselesaan ketika berkawad.

Satu persatu aku cuba ingat kisah aku dan stokin. Ada masanya stokin aku di paras buku lali. Entah kenapa aku ada stokin ini. Aku percaya kebarangkalian waktu itu tengah trend dan murah untuk dibeli. Akhirnya stokin yang aku pakai itu menjadi lusuh dan menjadi besar. Aku pernah struggle untuk membetulkan stokin aku yang melorot ke bawah dan bagi aku itu 'Bad Socks Day'. Sekali lagi entah kenapa aku tidak membuangkan atau letaknya ke tepi supaya tidak dipakainya lagi. Ohh yea aku jenis yang attach to things too much. Jenis yang tak boleh nak lepaskan barang yang aku ada. 

Sedang aku scroll newsfeed facebook aku, ternampak iklan Stokin Soka ini. Dalam hati aku terdetik, "cantiknya stokin ni...tapi stokin ni sama ke dengan yang 'Bad Socks Day' yang aku pakai tempuh hari. Aku beli stokin yang harganya RM1 tetapi akhirnya aku akan ada 'Bad Socks Day' dan tak lupa juga stokin yang aku pakai yang buat kaki aku berbau dek terperap dalam kasut dan seharian aku tidak membukanya.

Terus aku membelinya dan cuba sendiri Stokin Soka. Kini, sememangnya jatuh cinta habis pakai stokin ni. Entah berapa pasang dah aku ada. Suka yang plain, kanik mahupun yang ada corak-corak.

Ini kaki sendiri taw. 

Sekarang aku pakainya di tempat kerja. Sebabkan office air-cond yang jenis centralize. Terima kasih stokin Soka buat aku selesa memakainya. Selesa ketika buat kerja, nak pergi keluar makan dan tak perlu risau bab bau, 'Bad Socks Day' sebab semua tu dah tak berlaku. Materialnya diperbuat dari nylon spandex - buat rasa selesa dan tidak berpeluh.

Ada jugak bila weekend pergi kenduri atau jalan-jalan, husband tanya "Tak pakai ke Stokin.. better pakai ea.." Risau bab aurat juga. Terima kasih tolong ingatkan. 

Ada satu pesanan yang aku dapat...

Aurat kaki dan tangan kita perlu jaga. Aku masih kearah perbaiki hari demi hari. Semoga aku dan orang yang ada misi yang sama, kami akan terus istiqamah.

No comments:

Post a Comment

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post