Monday, September 21, 2015

Unplanned date : Maze Runner 2 movie

Hi semua.. Apa khabar? Saya alhamdulillah sihat.. Apa citer kali ni? Citer dia macam mana, baca taw sampai habis..

Pagi Sabtu baru ni, saya hadiri kelas keusahawanan untuk lengkapkan ilmu di dada. Kemudian dapat whatsapp message, kawan sekolah rendah ajak pergi IOI City Mall di Putrajaya. Masa tu tanpa pikir panjang terus saya plan dengan dia.

Kawan saya ni timetable kerja tak menentu.. Nak ajak keluar selalu saje salah timing. Dia yang suggest untuk layan movie.. Dan saya memang Okay untuk tu. Lupa pulak, nama kawan saya ni Nazihah. Nak berkenalan ke? Go through me first yaa..

Tapi bila dia tanya, "Tak apa ke nisa keluar? Suami tak marah ke?"

Dalam hati ada rasa geli hati sebab saya dengan suami memang saling kenal kawan masing-masing. Paham tak? Tak jelas eh.. Macam ni.. Kalau suami nak hangout dengan kawan dia, saya join sama.. Begitu sebaliknya. Suami nak main futsal, saya siap borak dengan suami dan kawan-kawan dia. Sebab itu cara kami.

Jadi kami bertiga layan Maze Runner 2.. Untuk pengetahuan semua, saya tak layan lagi Maze Runner yang first. Saya suka watak Thomas sangat bersemangat, fokus pada matlamat untuk ubah generasi muda dan bantu kawan-kawan dia. Sanggup buat apa sahaja. Rempuh dengan halangan walaupun tahu bahaya menanti di depan.

Cuma Part yang zombie tu tak suka. Sepanjang scene zombie, saya tutup mata.. Terperanjat tu takyah kira berapa kali.

Jadi, unplanned date lagi best dari duduk plan yang entah bila jadinya. Walaupun selama 13 tahun tak berjumpa, akhirnya rezeki untuk bertemu dapat juga. Alhamdulillah..

Itu sahaja dari saya. Terima kasih baca sampai habis ea..

Dari penulis yang akan terus menulis,

Anisa Nadhira Binti Anuar..

1 comment:

thanks for the comment(s) and enjoy to read more

Menu : Terung Masak Sambal Daebak

Bahan-bahan yang diperlukan bergantung kuantiti orang rumah anda yea. Nisa buat untuk 2 orang makan. 1. Bawang putih 3 ulas 2. Terung kecik ...

Popular Post